Tuesday 24 June 2014

NAZMI NORDIN Juara Mister Planet Malaysia 2015


Nazmi bersama Eizaaz, Mister Planet Malaysia 2014

Pencarian Jejaka yang bakal mewakili Malaysia ke pentas dunia Mister Planet di Madrid, Sepanyol pada tahun 2015 akhirnya sudah menemui pemiliknya apabila wakil dari Perlis, Mohd Nazmi Bin Che Nordin dinobatkan sebagai Mister Planet Malaysia 2015 yang turut menewaskan 15 peserta lain pada kemuncak final yang diadakan di Auditorium Muzium Negara pada 22 Jun 2014.

Jejaka tampan yang mesra disapa Nazmi ini tampil penuh bergaya, tidak hanya pada rupa yang tampan, akan tetapi jejaka yang juga pelajar Master dalam bidang Perubatan Nuklear ini turut memberikan jawapan dan lontaran pandangan yang bernas tatkala memberikan jawapan.

TOP6 Mister Planet Malaysia 2015
Markah yang dikira bukan sekadar pada rupa, bentuk badan dan ilmu pengetahuan prihal alam sekitar dan hutan, akan tetapi mereka telah diberikan tugasan dan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh semua peserta telah diambil markah dan dinilai untuk mencari belia yang bakal mewakili dan ideal untuk menjadi wajah Malaysia pada pertandingan di Sepanyol sekaligus menjadi duta FRIM selama setahun.



Dengan kemenangan tersebut, Nazmi Nordin membawa pulang hadiah yang bernilai sekitar RM10,000 termasuk beberapa pakej istimewa yang ditawarkan. Hadiah turut disampaikan oleh pemegang takhta Mister Planet Malaysia 2014, Eizaaz Farez Zakaria, wakil pihak MUNP, En.Azman Bosri, En.Kos Serani dan individu kuat dalam Mister Planet, Mr Ross Alvaro yang hadir bersama-sama memeriahkan majlis akhir Mister Planet Malaysia 2015. Final tersebut turut dihoskan oleh pengacara yang sangat manis dan menarik iaitu model terkenal dan Top10 Miss Universe Malaysia, Shangkharee serta Deegun.
 
Pembukaan yang sangat menarik dari kesemua peserta.
Bukan sahaja dinobatkan sebagai Juara Mister Planet Malaysia 2015 sahaja dan bakal mewakili Malaysia ke Sepanyol, jejaka tampan ini juga turut memenangi bagi kategori sampingan iaitu Mister Intelligence dan Mister Fotogenik. Tahniah dari DOMINASI LELAKI  ucapkan kepada Nazmi.
 
Eizaaz Farez, Mister Planet Malaysia 2014
Mister Planet Malaysia 2015 – Mister Perlis (Nazmi)
Naib Juara – Mister Kelantan (Faiz)
Tempat Ketiga – Mister Sarawak (Voon)
Tempat Keempat – Mister Pahang (Inzar)
Tempat Kelima – Mister Labuan (Benasri)
Tempat Keenam – Mister Selangor (Sukhey)

Shangkharee antara hos pada kemuncak MPM2015 

1 comment:

  1. kawan aku nieh...hahahah..aku bangga dengan nazmi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...