Saturday, 17 January 2015

Kalendar 2015 TOM DALEY

kredit : pyramidshop.com

Memulakan kerjaya sebagai penerjun seawal 13 tahun, penerjun dunia yang kini berumur 20 tahun, Tom Daley dikenali ramai dalam arena sukan dunia. Selain bergerak aktif dalam bidang sukan, remaja tampan yang memenangi pingat emas di Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland 2014 ini juga aktif dan mendapat liputan hangat dalam beberapa majalah terkemuka dunia.


Selain tampil dalam liputan dan menyerlah di muka depan majalah, penerjun England ini yang juga pernah memenangi pingat gangsa bagi di Sukan Olimpik pada 2012 di London tempoh hari juga telah tampil dengan keluaran kalender istimewa untuk tahun 2015.
Menurut lama web pyramidshop.com, kalender tersebut dijual pada harga GBP9.99 (sekitar RM52.74). pada kalender tersebut juga memaparkan beberapa gambar menarik daripada atlet ternama tersebut, boleh rujuk link yang disediakan untuk tempahan pyramidshop

kredit : pyramidshop.com
kredit : pyramidshop.com

Monday, 12 January 2015

Juara Jejaka LISA 2014, NOORHALIMAN Impi Menjadi Pelakon Terkenal



Kemenangan tatkala dinobatkan sebagai Jejaka LISA 2014 pada Pencarian Jejaka LISA adalah sesuatu yang tidak disangka buat jejaka berumur 23 tahun ini. Nama Noorhaliman Mohd Noor Halim, jejaka kelahiran Selangor ini beranggapan kemenangan beliau pada pertandingan edisi 2014 itu adalah rezeki dan tuah buatnya untuk lebih bersemangat mencapai cita-cita dalam bidang ini. Baru-baru ini, kami di DL cuba mendapatkan beliau untuk sesi interbiu kali ini.

DL : TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DINOBATKAN SEBAGAI JEJAKA LISA 2014, BOLEH KONGSIKAN PERASAAN KETIKA INI?
H : “Syukur alhamdulillah, pertamanya saya sungguh gembira sebab dapat memenangi pertandingan ini. Rasa tak percaya pon ada sebab saya tidak pernah terfikir untuk masuk pertandingan sebegini. Tambah lagi, terima kasih kepada yang sudi mengundi saya selama ini. Rasa bersyukur sangat”.

DL : APAKAH TASK ATAU TUGASAN YANG PALING SUKAR SEPANJANG PROGRAM INI?
H : “Bagi saya, task yang paling mencabar adalah tressure hunt di NU Sentral. Kami perlu menjawab pelbagai soalan dan jawapan berdasaran isi kandungan yang terdapat dalam Majalah LISA sendiri. Selain itu, soalan teka-teki juga agak sukar kerana amat memerlukan daya pemikiran yang kreatif. Tapi bila dah tahu jawapan, tersenyum lebar jugak la seketika”, (tersenyum)


DL : BAGAIMANA ANDA MELIHAT PERSAINGAN KESEMUA FINALIS? APAKAH PERSEDIAAN ANDA SUPAYA LEBIH KELIHATAN MENYERLAH BERBANDING PESERTA LAIN?
H : Ketika kami dipanggil untuk diumumkan sebagai finalis PLL2014, saya lihat kesemua peserta hebat-hebat belaka. Mereka ada pelbagai pengalaman contoh pernah menjadi model dan pelakon berbanding dengan diri saya yang baru pertama kali melangkah ke dunia seperti ini. Berbalik kepada persediaan, setiap task yang diberikan, saya akan cuba buat sehabis baik kerana itu sahaja yang akan membuktikan saya ingin bersungguh-sungguh memenangi setiap task yang diberikan.

DL : APAKAH PERANCANGAN ANDA SELEPAS INI?
H : “Perancangan selepas ini, ingin mencuba pelbagai bidang. Jika ada yang tidak tahu, dalam diri saya ni ada juga menyimpan impian untuk menjadi pelakon terkenal, tapi saya tidak pernah berkongsi impian saya kepada sesiapa lagi. Kebetulan saya mendapat peluang memenangi pertandingan ini, mungkin ini adalah tapak permulaan diri saya untuk berkecimpung dalam dunia seni ini”.


Jika ada yang tidak tahu, jejaka yang berkerja sebagai techinal consultant ini ingin berlakon di samping Awal Ashaari dan Lisa Surihani jika diberi peluang. Kami di DL akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Haliman, semoga dipermudahkan jalan menuju kejayaan ya..!


TRIVIA HALIMAN
NAMA : Noorhaliman Bin Mohd Noor Halim
UMUR : 23 Tahun
ASAL : Selangor
IMPIAN  : Ingin menjadi orang uang dikenali ramai dan mengharumkan nama keluarga, sahabat dan nama Malaysia.
Terima kasih sekali lagi kepada Haliman untuk sesi ini.

FEDERER, SHARAPOVA Tepati Ramalan, Juarai Brisbane International 2015


KREDIT : PAGE BRISBANE INTERNATIONAL

Kejohanan pemanas badan menuju ke acara Grand Slam pertama musim 2015 baru sahaja melabuhkan tirainya petang semalam waktu Malaysia apabila pilihan pertama kejohanan tepati ramalan apabila muncul sebagai juara bagi WTA dan ATP Brisbane International 2015. Pada Sabtu yang lalu, pilihan pertama kejonanan Maria Sharapova bangkit meneruskan kemaraan walaupun tewas di set pertama 6-7 menewaskan pemain ke-7 dunia dari Serbia Ana Ivanovic dengan tiga set 6-7 6-3 6-3 dalam masa lebih 2 jam setengah. Dengan kemenangan pada kejohanan pertamanya di Brisbane, sekaligus menambahkan lagi koleksi kejuaraan ke-34 dalam karier WTA-nya.
 
KREDIT : ZIMBIO.COM
Dalam acara perseorangan lelaki ATP Brisbane, Roger Federer dicabar hebat pilihan ketiga Milos Raonic dari Kanada sebelum menang 6-4 6-7 6-4 pada aksi perlawanan lewat petang semalam. Tampak lebih manis, dengan kemenangan yang dilakar oleh jaguh Switzerland ini sekaligus misi 1000 kemenangan perlawanan telah dipecahkannya. Dengan kejayaan yang disandang oleh dua jaguh dalam dunia tenis ini, memperlihat mereka seakan memberi amaran untuk saingan hebat pada aksi Terbuka Australia yang akan bermula pada minggu hadapan.

Saturday, 10 January 2015

KEITH CARLOS Pecah Dominasi Peserta Wanita, Menang ANTM21

kredit freddyo.com
Setelah bertahun-tahun program pencarian model terulung yang dikelolai oleh supermodel terkenal, Tyra BanksAmerica’s Next Top Model berpihak kepada wanita, kini musim 21 yang menampilkan peserta lelaki dalam program ini membuahkan hasil apabila buat julung kalinya model lelaki dinobatkan sebagai JUARA AMERICA’S NEXT TOP MODEL 21. Juara musim 21 menjadi milik jejaka berumur 26 tahun, Keith Carlos.
Di pentas akhir, Keith membenam cabaran terhebat dalam program ini, Will Jardell, model lelaki yang memiliki ketinggian 196cm. Tampak manis lagi, bukan sahaja musim ini menyaksikan juara menjadi milik mutlak model lelaki, Final 3 juga didominasi oleh model lelaki iaitu Adam Smith, Will Jardell dan Keith Carlos.

kredit projectq.us

Pada edisi kali ini turut menyaksikan pelbagai drama yang tidak pernah berlaku dalam sejarah ANTM sebelum ini. Antara kejadian terbesar adalah persengketaan yang ditimbulkan oleh peserta dari California, Romeo Tostado kepada Adam Smith yang menyaksikan penyingkiran mengejut dilakukan oleh program ini. Jom kita TRIVIA sikit mengenai musim ini ;

1.       KEITH CARLOS menjadi peserta lelaki dalam sejarah ANTM yang menjuarai pertandingan ini.



2.      TOP3 final didominasi oleh peserta Lelaki iaitu KEITH CARLOS, WILL JARDEL & ADAM SMITH

3.      ROMEO TOSTADO disingkirkan di episod 5 disebabkan mencetuskan pergaduhan, dan ini adalah kejadian terbesar dalam sejarah ATNM.

4.      CHANTELLE YOUNG yang tersingkir pada episod 4 diserap masuk semula ke episod 10 atas kemenangan beliau dalam COMEBACK-ANTM akan tetapi tersingkir semula pada episod 13

5.      LENOX TILLMAN menjadi peserta wanita terakhir tersingkir iaitu berada di TOP4 final.



6.      Musim kali ini turut menyaksikan percintaan antara model Denzel-Mirjana, Keith-Kari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...