Saturday 10 January 2015

KEITH CARLOS Pecah Dominasi Peserta Wanita, Menang ANTM21

kredit freddyo.com
Setelah bertahun-tahun program pencarian model terulung yang dikelolai oleh supermodel terkenal, Tyra BanksAmerica’s Next Top Model berpihak kepada wanita, kini musim 21 yang menampilkan peserta lelaki dalam program ini membuahkan hasil apabila buat julung kalinya model lelaki dinobatkan sebagai JUARA AMERICA’S NEXT TOP MODEL 21. Juara musim 21 menjadi milik jejaka berumur 26 tahun, Keith Carlos.
Di pentas akhir, Keith membenam cabaran terhebat dalam program ini, Will Jardell, model lelaki yang memiliki ketinggian 196cm. Tampak manis lagi, bukan sahaja musim ini menyaksikan juara menjadi milik mutlak model lelaki, Final 3 juga didominasi oleh model lelaki iaitu Adam Smith, Will Jardell dan Keith Carlos.

kredit projectq.us

Pada edisi kali ini turut menyaksikan pelbagai drama yang tidak pernah berlaku dalam sejarah ANTM sebelum ini. Antara kejadian terbesar adalah persengketaan yang ditimbulkan oleh peserta dari California, Romeo Tostado kepada Adam Smith yang menyaksikan penyingkiran mengejut dilakukan oleh program ini. Jom kita TRIVIA sikit mengenai musim ini ;

1.       KEITH CARLOS menjadi peserta lelaki dalam sejarah ANTM yang menjuarai pertandingan ini.



2.      TOP3 final didominasi oleh peserta Lelaki iaitu KEITH CARLOS, WILL JARDEL & ADAM SMITH

3.      ROMEO TOSTADO disingkirkan di episod 5 disebabkan mencetuskan pergaduhan, dan ini adalah kejadian terbesar dalam sejarah ATNM.

4.      CHANTELLE YOUNG yang tersingkir pada episod 4 diserap masuk semula ke episod 10 atas kemenangan beliau dalam COMEBACK-ANTM akan tetapi tersingkir semula pada episod 13

5.      LENOX TILLMAN menjadi peserta wanita terakhir tersingkir iaitu berada di TOP4 final.



6.      Musim kali ini turut menyaksikan percintaan antara model Denzel-Mirjana, Keith-Kari

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...