Monday 12 January 2015

Juara Jejaka LISA 2014, NOORHALIMAN Impi Menjadi Pelakon Terkenal



Kemenangan tatkala dinobatkan sebagai Jejaka LISA 2014 pada Pencarian Jejaka LISA adalah sesuatu yang tidak disangka buat jejaka berumur 23 tahun ini. Nama Noorhaliman Mohd Noor Halim, jejaka kelahiran Selangor ini beranggapan kemenangan beliau pada pertandingan edisi 2014 itu adalah rezeki dan tuah buatnya untuk lebih bersemangat mencapai cita-cita dalam bidang ini. Baru-baru ini, kami di DL cuba mendapatkan beliau untuk sesi interbiu kali ini.

DL : TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DINOBATKAN SEBAGAI JEJAKA LISA 2014, BOLEH KONGSIKAN PERASAAN KETIKA INI?
H : “Syukur alhamdulillah, pertamanya saya sungguh gembira sebab dapat memenangi pertandingan ini. Rasa tak percaya pon ada sebab saya tidak pernah terfikir untuk masuk pertandingan sebegini. Tambah lagi, terima kasih kepada yang sudi mengundi saya selama ini. Rasa bersyukur sangat”.

DL : APAKAH TASK ATAU TUGASAN YANG PALING SUKAR SEPANJANG PROGRAM INI?
H : “Bagi saya, task yang paling mencabar adalah tressure hunt di NU Sentral. Kami perlu menjawab pelbagai soalan dan jawapan berdasaran isi kandungan yang terdapat dalam Majalah LISA sendiri. Selain itu, soalan teka-teki juga agak sukar kerana amat memerlukan daya pemikiran yang kreatif. Tapi bila dah tahu jawapan, tersenyum lebar jugak la seketika”, (tersenyum)


DL : BAGAIMANA ANDA MELIHAT PERSAINGAN KESEMUA FINALIS? APAKAH PERSEDIAAN ANDA SUPAYA LEBIH KELIHATAN MENYERLAH BERBANDING PESERTA LAIN?
H : Ketika kami dipanggil untuk diumumkan sebagai finalis PLL2014, saya lihat kesemua peserta hebat-hebat belaka. Mereka ada pelbagai pengalaman contoh pernah menjadi model dan pelakon berbanding dengan diri saya yang baru pertama kali melangkah ke dunia seperti ini. Berbalik kepada persediaan, setiap task yang diberikan, saya akan cuba buat sehabis baik kerana itu sahaja yang akan membuktikan saya ingin bersungguh-sungguh memenangi setiap task yang diberikan.

DL : APAKAH PERANCANGAN ANDA SELEPAS INI?
H : “Perancangan selepas ini, ingin mencuba pelbagai bidang. Jika ada yang tidak tahu, dalam diri saya ni ada juga menyimpan impian untuk menjadi pelakon terkenal, tapi saya tidak pernah berkongsi impian saya kepada sesiapa lagi. Kebetulan saya mendapat peluang memenangi pertandingan ini, mungkin ini adalah tapak permulaan diri saya untuk berkecimpung dalam dunia seni ini”.


Jika ada yang tidak tahu, jejaka yang berkerja sebagai techinal consultant ini ingin berlakon di samping Awal Ashaari dan Lisa Surihani jika diberi peluang. Kami di DL akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Haliman, semoga dipermudahkan jalan menuju kejayaan ya..!


TRIVIA HALIMAN
NAMA : Noorhaliman Bin Mohd Noor Halim
UMUR : 23 Tahun
ASAL : Selangor
IMPIAN  : Ingin menjadi orang uang dikenali ramai dan mengharumkan nama keluarga, sahabat dan nama Malaysia.
Terima kasih sekali lagi kepada Haliman untuk sesi ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...