KUALA LUMPUR: Dulu digelar bohsia, kini
dipanggil cikaro. Maksudnya hampir sama, tetapi yang membimbangkan ibu bapa
masa kini ialah remaja perempuan ini terbabit dalam kegiatan tidak bermoral
seawal usia 11 tahun, terutama di kalangan keluarga bermasalah.
Berikutan dibiarkan bebas tanpa
pengawasan ibu bapa, mereka berebut-rebut menjadi ratu cikaro di kalangan
lelaki bernafsu buas dan samseng jalanan. Bagi melayakkan mereka menjadi ratu,
sekali gus mudah mendapat teman, tiga kriteria perlu dipenuhi iaitu seksi,
gedik dan berani.
Demi mengejar gelaran itu, kebanyakan
gadis yang sebahagian besarnya berusia belasan tahun, sanggup menyerahkan
mahkota diri kepada samseng jalanan yang baru beberapa jam dikenali.
Berdasarkan tinjauan Metro Ahad, majoriti remaja terbabit berebut gelaran itu
kerana menganggapnya sesuatu yang membanggakan, selain mengelak malu ditertawa
atau dicop penakut oleh rakan cikaro lain.
Bertindak atas aduan orang ramai, terutama warga kota yang risau melihat
kemunculan kembali gadis bohsia, Metro Ahad melakukan siasatan serta tinjauan
di beberapa lokasi tumpuan samseng jalanan sekitar bandar raya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk
berita selanjutnya.
No comments:
Post a Comment