Mempunyai bentuk badan yang menarik,
tidak mustahil bagi jejaka tinggi lampai ini antara yang tersenarai dalam
kedudukan terbaik Mister Planet yang dianjurkan pada beberapa bulan yang lepas.
Rezekinya murah sekali apabila kini jejaka yang mewakili negeri Perak pada
Mister Planet Malaysia 2014 yang lalu kini akan tampil dengan bertenaga pada
satu pertandingan yang bakal diwakili oleh beliau sekitar pertengahan tahun
ini.
“Pada penghujung Mac kelak, saya akan
menjadi pendidik di sebuah sekolah di
Port Klang selama tiga bulan sebagai guru bagi mata pelajaran Sejarah dan
Geografi”,tambahnya. Pada perkembangan lain, sejurus selepas pulang dari
pertandingan di Jamaica kelak, jejaka yang mesra disapa Fareez ini akan
melanjutkan pengajiannya ke peringkat PhD dalam bidang Philosopher of Art yang
berkemungkinan dalam atau diluar negara.
Fareez dinobatkan tempat ketiga dalam
pertandingan Mister Planet Malaysia 2014 yang dipentaskan pada November 2013
yang menyaksikan pertembungan 15 wakil negeri termasuk tiga wilayah
persekutuan. Pada pertandingan tersebut, Eizaaz Fareez dinobatkan sebagai
Mister Planet sekaligus membawa cabaran Malaysia ke Manila, Filipina bagi pertandingan
Mister Planet 2014 pada pertengahan tahun ini.
No comments:
Post a Comment