Penantian demi penantian, akhirnya
pihak Dominasi Lelaki dapat jua mendapatkan berita terkini prihal pelakon
kacak, Amran Ismail. Ketika menghubungi pengurus kepada pelakon ini, selebriti
yang mesra disapa Amaris ini sedang menjalani pengambaran bagi drama terbaru
berjudul MENANTI HIDAYAH RAMADHAN yang
bakal ditayangkan sempena Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Tambah lagi, drama 30 episod ini
adalah sebuah drama yang menampilkan Amran sebagai peneraju utama (watak
utama). Drama ini akan bertemu
peminat dan penonton sepanjang Ramadan
di RTB (Brunei) dan juga penonton dari Sabah dan Sarawak.
kredit : production |
DOMINASI LELAKI : semoga berjaya
kepada Amran dan teamnya, semoga dapat menjadi pelakon yang sentiasa cemerlang
kelak.
No comments:
Post a Comment