Saturday 8 December 2012

Gambar Pembikinan Klip Video Terbaru GALAU - Siti Nurhaliza



Hasil kerja yang menarik, solekan yang memukau & lagu yang best...! itulah bait-bait kata yang boleh kita ‘layang’kan kepada figura Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza baru sahaja menjalankan pembikinan klip video bagi single terbarunya yang berjudul GALAU. Lagu ini buat pertama kalinya diperdengar kepada pendengar iaitu pada konsert di negeri kelahirannya, Pahang – Siti Nurhaliza LIVE in Pahang di Gambang City Resort. Penampilan Dato’ Siti pada pembikinan klip video ini sangat segar & cantik dengan mengenakan busana warna lembut  ( merah jambu ), ditambah lagi dengan sentuhan emas dari jurusolek terkenal dari Temerloh, Pahang iaitu Epie Temerloh. Jom kita lihat sedikit sebanyak gambar yang diberikan kebenaran sendiri oleh Epie Temerloh kepada pihak Dominasi Lelaki untuk memuatnaik gambar terpilih Siti Nurhaliza ketika pembikinan klip video sedang dijalankan.







 DOMINASI LELAKI : Nantika GALAU di corong-corong radio & klip video rasminya tidak lama lagi. Tahniah juga kepada Epie Temerloh hasil sentuhan emas yang sangat cantik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...