Friday 7 December 2012

Lelongan Tudung & Busana Dato' Siti Nurhaliza

Tudung ini antara yang akan dilelong
 pada majlis tersebut.


LELONGAN TUDUNG untuk membantu pesakit AIDS/HIV & LELONGAN AMAL ( DEMI PALESTIN ) yang dibuat oleh penyanyi tersohor, Dato’ Siti Nurhaliza tidak lama lagi. Kedua-duanya pada hari yang berbeza tapi tujuan yang sama iaitu membantu mereka yang dalam kesusahan.

Dimulakan dengan LELONGAN TUDUNG bagi membantu pesakit AIDS/HIV. Dato’ Siti akan melelong tudung yang akan digayakannya pada majlis PERSEMBAHAN MAKAN MALAM AMAL TAHAJJUD CINTA iaitu satu majlis yang diadakan bagi mengutip dana bagi pertubuhan kebajikan iaitu YAYASAN AIDS MALAYSIA & YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA. Tambahan lagi, tudung yang dilelong itu juga mendapat sentuhan ilham dari dirinya sendiri dengan bantuan FAREEDA, malah kedua-dua tudung yang dilelong itu jugak direka khas & tidak dijual dalam rangkaian jenama FAREEDA tersebut. Malam amal tersebut akan berlangsung pada 30 Januari 2013 di Hotel Hyatt.

Kredit : Rozi Abdul Razak

LELONGAN AMAL ( DEMI PALESTIN ) di TV Al-Hijrah pada 23 Disember 2012 ini pula, Dato’ Siti akan melelong dau daripada koleksi busana miliknya iaitu biru ( jika tidak silap baju ketika rakaman ZOOM IN di RTM pada tahun 2008 ) , manakala kaftan berona hijau tersebut adalah busana yang dipakai oleh Dato’ Siti sendiri pada majlis perasamian Koleksi Eid ul-Fitr dari pereka tersohor, Rizman Ruzaini pada tahun 2010. Majlis ini akan diadakan di perkarangan TV Al-Hijrah, Pusat Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...