Saturday 23 February 2013

Jessica Amornkuldilok Juara Asia's Next Top Model Pertama...!



Nama program pencarian model terkemuka dunia memang sangat dikenali. Selepas berjayanya America’s Next Top Model selama 18 musim dan disambung dengan musim yang terbarunya, Edisi Kolej, baru-baru ini program yang dibawah label supermodel terkenal, Tyra Banks ini iaitu Asia’s Next Top Model yang bersiaran dari Bandar Singa, Singapura sudah melabuhkan tirai dengan jayanya. Jessica Amornkuldilok telah diangkat sebagai juara yang pertama bagi Asia’s Next Top Model yang telah menewaskan 2 lagi peserta akhir pada kemuncak program realiti tersebut. Juara dari Thailand tersebut menewaskan peserta dari Taiwan ( Kate ) dan Filipina ( Stephanie ) dan membawa pulang dengan gayanya hadiah kemenangan seperti Kontrak Model bersama Agensi Model Storm Model Management, 3 Bulan Tajaan perjalanan kerja di London, Muncul sebagai penghias muka depan majalah terkemuka, Harper’s Bazaar Singapura, wang tunai 100,000 dolar Singapura, menjadi wajah baru bagi kempen Canon IXUS 2013 dan membawa pulang Subaru XV.


Walaupon bermula dengan sedikit perlahan, tapi itu tidak mematahkan semangat kepada peserta jelita dari Thailand ini untuk meningkatkan prestasinya sekaligus meyakinkan para juri memilihnya sebagai juara Asia’s Next Top Model yang pertama. Walaupun umurnya ( 27 ) menjadi debat para juri, akan tetapi prestasi setiap minggu yang sangat konsisten dan ‘kelahiran’ gambar dan gaya jalan yang sangat mantap memudahkan Jessica menewaskan peserta lain dengan mudah. Pada awalnya, Jessica sangat risau akan bahasa Inggeris yang dituturkan olehnya kerana penguasaan pada bahasa tersebut agak lemah dibandingkan dengan peserta lain, tetapi beliau yakin bahawa tidak semestinya beliau lemah dalam bahasa beliau perlu menyerah kalah, beliau bangkit dengan semangat baru dan membuat ‘pecutan’ tanpa toleh ke belakang lagi sehingga di pentas final.


Kini, Jessica sangga berbangga pada diri atas usahanya dan mahu melebarkan sayapnya ke Hollywood. Beliau jugak dianggap peserta yang sangat pandai bergaya di depan kamera, dan mempunyai corak jalan yang bergaya. Pada pentas final, kemunculan khas oleh Tyra Banks bersama juara ANTM18, Sophie turut membuatkan final tersebut meriah.





DOMINASI LELAKI : Tahniah diucapkan kepada Jessica dari Thailand, semoga maju jaya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...