Monday 24 June 2013

Izzue Islam dan Shaheizy Sam Pilihan GLAM Lelaki dan Maskulin


Hari berganti hari dan bulan juga telah berganti bulan. Kini, Julai bakal menjengah tatkala Jun bakal melabuhkan tirainya bagi tahun 2013 ini. Tatkala seharian penat bekerja, jika dilayan majalah dan info yang terbaru dari majalah pilihan Dominasi Lelaki ini, boleh juga menghilangkan penat kan..!



Bagi penggemar dan pemerhati dunia fesyen dan info yang berguna buat si jejaka, nah kami di DL mengetengahkan koleksi dan pilihan yang tepat buat anda untuk edisi Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Bagi pendapat dan perspektif DL sendiri, Glam Lelaki kali ini tampil dengan style yg WOW apabila menggunakan ilham soft dan mainan warna gelap pada kulita majala mereka. Menampilkan bintang popular kini, Izzue Islam yang baru sahaja mendirikan rumahtangga amatlah sesuai tatkala beliau kini sedang menjadi bualan ramai dek hasil lakonan beliau yang kini diterima dan dipandang ramai.  Time of His Life – Izzue Islam…! Selain itu juga, dapatkan berita prihal wajah ikonik penghias kempen di dunia dan info yang menarik mengenai tabiat yang PELIK di gimnasium.


Majalah MASKULIN tidak kurang hebatnya, menampilkan pemenang Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam sebagai taruhan jejaka sampul kali ini amatlah tepat dengan pencapaian yang diterima oleh beliau. Seorang yang versatile dan esklusif, tidak hairanlah beliau kini antara sebutan para pengarah di Malaysia untuk menjayakan sesebuah watak utama filem mereka. Dapatkan juga info mengenai 4 jejaka dalam MASKULIN bulan ini ; Aqasha, Sein, Zul Ariffin dan Zain yang berbicara prihal transformasi gaya hidup sihat..!

DOMINASI LELAKI : antara naskah pilihan kami setiap bulan, kepada yang belum mendapatkannya lagi, jadikan MASKULIN dan GLAM LELAKI sebagai pilihan anda bulan ini..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...