Tuesday 11 June 2013

Maria Sharapova UNGGUL ATLET WANITA PALING KAYA DI DUNIA


9 tahun berturut-turut dan masih kekal di takhta pertama sebagai ATLET WANITA PALING MAHAL di dunia oleh Forbes. Begitulah kehebatan yang dimiliki oleh pemain tenis sensasi Rusia, Maria Sharapova selepas disenaraikan sebagai 100 Highest-Paid Athletes hari ini.

Maria Sharapova yang berkedudukan pada nombor ke 22 tersebut adalah wanita yang pertama tersenarai dalam kalangan lelaki-lelaki yang menduduki tangga teratas bagi ATLET TERKAYA DI DUNIA pada tahun 2013 dan atlet KEDUA terkaya selepas ROGER FEDERER yang menduduki tempat KEDUA selepas TIGER WOODS. Maria Sharapova, seorang jelitawan dunia tersebut menduduki tempat ke 22 unggul dengan memperoleh kekayaan sebanyak $29 Juta jauh meninggalkan pemain tenis ternama yang lain seperti Novak Djokovic, Rafael Nadal, Serena Williams dan juga pelari trek terhebat, Usain Bolt.

 Kenangan manis Maria ketika menang di Terbuka Perancis pada tahun 2012

Komersial bersama HEAD iaitu penaja bagi raket yang diguna oleh Maria Sharapova

Sharapova unggul dengan $29 Juta dengan pelbagai tajaan dan menjadi duta bagi produk terhebat seperti NIKE, HEAD, PORSCHE dan produknya sendiri iaitu SUGARPOVA. Bagi talian penajaan dan menjadi duta sahaja, Maria Sharapova telah menyumbangkan sekitar $23 Juta kedalam akaunya dan $6 Juta pula selebihnya adalah dari wang kemenangannya.
Ini adalah rekod terbaik buatnya apabila buat kali ke-9 berturut-turut menjadi ATLET WANITA PALING MAHAL DI DUNIA. Tahniah MARIA SHARAPOVA..!

 beliau juga menjadi wajah terbaru PORSCHE 

Sharapova juga unggul dan amat familiar menjadi penghias muka depan bagi majalah terkemuka dunia.


Bagi melihat keputusan penuh 100 tersebut, boleh layari www.forbes.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...