Saturday 12 October 2013

Garapan Terbaik dalam WANITA KIMONO MERAH




Buat pertama kalinya DL tertarik mahu membuat artikel dan review sedikit dengan bahan bacaan yang DL pernah baca selama ini, buat masa terdekat ini, novel sentuhan ulung Syafie Mahyani telah ‘menyentuh pintu’ hati DL dengan hasil penulisan beliau yang dianggap sangat menarik. Menggunakan tajuk WANITA KIMONO MERAH, pengarang novel ini sangat ‘dekat’ dengan pembaca tatkala menggunakan ayat yang mudah dan ada kalanya cukup ‘extreme’. Langkah yang menarik bagi novel ini.

WANITA KIMONO MERAH menceritakan kisah lampau 20 tahun yang lepas yang menghantui penghuni seterusnya pada sebuah banglo yang pernah didiami oleh mereka sebelum ini. Ditambah lagi dengan kehidupan seorang supermodel yang menghadapi gangguan yang aneh dengan kepincangan dalam perhubungan beliau. Bagaimanakah kesudahan cerita ini tatkala kematian ‘menjemput’ mereka dengan pelbagai tanda tanya. Apakah misteri banglo tersebut? Siapakah WANITA KIMONO MERAH yang disebut-sebut oleh Evelyn, watak utama dalam novel ini sehinggakan tatkala anaknya yang sudah berumur 5 tahun pandai berbahasa Jepun dan lebih dasyat lagi apabila Evelyn menjumpai anaknya sedang mengunyah mayat dalam bilik stor di rumahnya! ..........................

Jangan lupa dapatkan WANITA KIMONO MERAH keluaran Lejen Press, hasil nukilan Syafie Mahyani. DL letakkan 8/10 bintang untuk novel ini kerana novel ini antara buah tangan istimewa dan sangat menarik dari hasil nukilannya sehinggalah jalan cerita yang sangat ‘real’.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...