Monday 26 January 2015

Ratu Cantik Colombia Menang MISS UNIVERSE 2014


KREDIT : MISS UNIVERSE

Tepati ramalan! Ratu Cantik dari Colombia, Paulina Vega berjaya mendominasi pentas Miss Universe 2014 sebentar tadi dengan memenangi gelaran terulung dalam dunia ratu cantik, Miss Universe 2014. Dengan kejayaan beliau menjulang mahkota tersebut, sekaligus menewaskan calon terdekatnya iaitu wakil tuan rumah, Nia Sanchez dari Amerika Syarikat yang berkedudukan tempat Kedua. Paulina Vega, anggun mengenakan evening gown berona lembut sudah dijangkakan kemenangannya apabila kebanyakan penggiat dan pengikut pageant meletakkan beliau antara calon yang bakal menyerlah pada edisi ke-63 kali ini.

Dalam perkembangan lain, tempat ketiga dimenangi ole Ukraine, diikuti Netherlands diposisi keempat dan gadis cantik manis dari Jamaica menduduki tempat kelima. Pada edisi kali ini jugak menyaksikan wakil dari negara besar dunia pageant tidak berada dalam kelompok 5 terbaik terakhir seperti Filipina dan Venezuela (Hanya di TOP10). Mahkota Miss Universe 2014 edisi terkini dimahkotakan oleh pemenang lalu dari Venezuela, Gabriela Isler.

Nasib tidak menyebelahi wakil Malaysia, Sabrine Beneett apabila tidak tersenarai dalam TOP15 terbaik. Walaupun tidak tersenarai, wakil Malaysia yang dianggap antara wakil terbaik Malaysia ini sudah melakukan yang terbaik di Miami, Amerika Syarikat. Tahniah diucapkan kepada PAULINA VEGA, MISS UNIVERSE 2014..!

Senarai Penuh Miss Universe 2014
Miss Universe 2014Miss Colombia
1st Runner-Up – Miss USA
2nd Runner-Up – Miss Ukraine
3r Runner-Up – Miss Netherlands
4th Runner-Up – Miss Jamaica

TOP10
Miss Argentina
Miss Philippines
Miss Spain
Miss Venezuela
Miss Australia

TOP15
Miss Brazil
Miss France
Miss India
Miss Italy
Miss Indonesia

Best in National Costume – Miss Indonesia
Miss Congeniality – Miss Nigeria
Miss Photogenic – Miss Puerto Rico

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...