Saturday 3 January 2015

Adik AHMAD FARHAN Johan Adik-Adikku Musim 5

KREDIT GAMBAR : BH ONLINE
Sekalung tahniah diucapkan buat adik kecil molek dari Tuaran, Sabah – Ahmad Farhan Ansir apabila dinobatkan sebagai Johan Adik-Adikku Musim 5 pada penghujung bulan Disember 2014 yang lalu. Adik Farhan yang berumur 11 tahun itu menewaskan  4 pencabar yang lain pada Pentas Akhir Adik-Adikku Musim 5.

Menerusi kemenangan beliau, adik Farhan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, pakej umrah, piala iringan, Al-Quran digital dan sijil penyertaan. Tempat kedua disandang oleh wakil Kelantan, Naufal Syakirin yang membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM16,000. Adik Naufal merupakan peserta termuda dalam final Adik-Adikku Musim 5 ini iaitu berumur 10 tahun. Final Adik-Adikku menyaksikan pertembungan 3 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan.

Senarai penuh pemenang Adik-Adikku Musim 5

Johan : Ahmad Farhan (Sabah, 11 Tahun)
Naib Johan : Naufal Syakirin (Kelantan, 10 Tahun)
Ketiga : Muhammad Hanafi (Johor, 12 Tahun)
Keempat : Nurul Farhana (Sabah, 11 Tahun)
Kelima : Nuruzzawanah Yamni (Terengganu, 11 Tahun)

DL doakan agar program seperti ini akan diteruskan dan mendapat tempat lagi, in shaa Allah. Tersentuh dengan lontaran suara dan bait-bait yang dilemparkan oleh adik-adik ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...