KREDIT Majlis Tilawah Al-Quran Malaysia |
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat
Antarabangsa kali-56 telah melabuhkan tirainya pada 14 Jun 2015 yang lalu
dengan menyaksikan Qari Iran dan Qariah dari Indonesia dinobatkan sebagai Johan
Tilawah Al-Quran pada edisi kali ini. Majlis tilawah ini berlangsung bermula
pada 9 Jun yang lalu sehingga Ahad, di PWTC. Qari dari Iran yang memperdengar
bacaan pada hari terakhir itu telah mengutip sejumlah 91.75%, tipis
meninggalkan pesaing terdekatnya iaitu wakil Malaysia-Wan Ainuddin Hilmi bin
Abdullah dengan peratusan diterima 91.38%.
Bagi kategori Qariah, wakil Indonesia
unggul mengetuai senarai Johan Qariah, berjaya mengumpul 91.55% jauh
meninggalkan Naib Johan dari Filipina yang berjaya memperoleh 88.36%. Wakil
Malaysia dari kategori Qariah tidak pulang dengan tangan kosong apabila berada
di keduduka Ketiga di belakang Filipina dengan memperoleh 86.97%.
Seperti edisi sebelum ini, majlis
tilawah turut menganjurkan pertandingan menghafaz Al-Quran. Pada edisi kali
ini, wakil Qatar unggul sebagai Johan Hafazan bagi kategori Lelaki dengan
memperoleh 97.6% manakala kategori Wanita dimenangi oleh wakil Malaysia, dengan
memperoleh 89.50%. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan pemenang.
Menariknya, pada edisi kali ini turut menyaksikan peserta termuda iaitu Rumesa,
Qariah Pakistan sebagai peserta termuda-berumur 13 tahun.
Keputusan Penuh Majlis Tilawah &
Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-56
Tilawah Al-Quran
Qari
1. 91.75 % (IRAN)
2. 91.38% (MALAYSIA)
3. 90.97% (FILIPINA)
4. 90.10 (BRUNEI)
5. 87.55% (ALGERIA)
Qariah
1. 91.55% (INDONESIA)
2. 88.36% (FILIPINA)
3. 86.97% (MALAYSIA)
4. 86.47% (BRUNEI)
5. 80.13% (THAILAND)
HAFAZAN
Qari
1. 97.6% (QATAR)
2. 96.26% (KUWAIT)
3. 92.75% (TUNISIA)
Qariah
1. 89.50% (MALAYSIA)
2. 89.38% (MAURITIUS)
3. 88.25% (TUNISIA)
Johan
Qari dan Qariah menerima jongkong emas YaPEIM bernilai RM70,000, piala iringan
serta wang tunai sebanyak RM40,000.
No comments:
Post a Comment