Kredit Foto (Arazzs Razzswill) , MUA (Qif Alvarez) |
Terpilih melayakkan diri dalam
kalangan TOP16 merupakan satu impian bagi jejaka rupawan ini. Meskipun tidak
bernasib baik untuk membawa pulang gelaran utama d Mister Malaysia, pemilik
nama Johann Michael Gallyot bangga dengan penampilan dan pencapaiannya ketika
di dalam Mister Malaysia 2016 yang berakhir baru-baru ini. Tidak pulang dengan
tangan kosong, jejaka yang memiliki ketinggian 175cm ini membawa pulang title
bagi kategori Mister Excellent (Mister Divine) pada malam final tersebut yang
berlangsung pada 29 Mei 2015 yang lalu di Kota Dame, Kota Damansara dimana
penggerak utama bagi pertandingan ini adalah HOT Search yang dikelolai oleh Sdr
Digun Rahman. Baru-baru ini, kami di DL sempat mendapatkan jejaka yang mewakili
Putrajaya yang juga merupakan juara bagi Mister Malaysia Popular menerusi
undian di blog Dominasi Lelaki. MIKE mengungguli dengan kutipan undian 919,
jauh meninggalkan 15 peserta lain.
DL : Bagaimana perasaan anda ketika
terpilih antara TOP16 dalam kalangan ratusan yang hadir serta melepasi TOP32
baru-baru ini dalam Mister Malaysia 2016?
MIKE : “Pada awalnya, saya rasa
sanggat bangga kerana melayakkan diri dalam TOP16, kerana kita semua tahu yang
semua peserta sangat hebat, jadi semua peserta layak untuk menempatkan diri
sebagai TOP16. Rasa gugup tu ada sebab saya dikelilingi oleh peserta-peserta yang
bukan sahaja mempunyai wajah, fizikal yang bagus tetapi mereka juga memiliki
pengetahuan dan latar belakang yang hebat. Jadi, ianya sangat mencabar apabila
berentap dengan mereka. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang saya timba
melalui pertandingan ini, berkerjasama dengan ramai orang termasuk pihak
pengurusan, jurugambar, jurusolek dan kenalan dalam pertandingan ini”.
DL : Perkembangan terkini?
MIKE : “Sekarang saya sedang berusaha
untuk lebih menyerlah dalam industri, mencuba dan terus mencuba untuk
menonjolkan diri. Dalam pada masa yang sama, saya juga masih menuntut di MMC
dan akan terus berusaha untuk mendapatkan bentuk badan yang saya idamkan selama
ini, in shaa Allah”.
DL
: Harapan sejurus selepas pertandingan? Berminat dengan bidang lain,
atau terus mencuba dan membina nama dalam bidang peragaan?
MIKE : “Pertamanya, saya akan cuba
berusaha dalam bidang ini (peragaan) yang saya sangat suka, tapi pada masa yang
sama tetap akan mencuba sesuatu yang baru sebab saya suka mencuba. Mungkin
lepas ini kalau diberi peluang untuk mencuba dunia lakonan, i will say YES!
Saya akan cuba”, tersenyum.
Kami di DL akan sentiasa memberikan
sokongan yang padu buat jejaka diluar dalam kerjaya dan bidang yang diceburi. Semoga
kalian terus berjaya, kepada MIKE, semoga terus mendaki kejayaan. Jejaka
berusia 20 tahun ini juga menjadikan Jeff Said, Lazar Angelov sebagai sumber
inspirasinya.
Info MIKE GALLYOT
NAMA : JOHANN MICHAEL GALLYOT
NAMA KOMERSIAL : Mike
UMUR : 20 tahun
TINGGI : 175cm
CITA-CITA : Business Entrepreneur
SUMBER INSPIRASI : Terry Gallyot,
Lazar Angelov, Jeff Seid, Tony Fernandez, Lim Goh Tong.
No comments:
Post a Comment