Monday, 27 July 2015

SHARAPOVA & MAYWEATHER Paling Kaya!


KREDIT : zimbio

Maria Sharapova telah membuktikan beliau bukan sahaja atlet yang berjaya merangkul kejuaraan demi kejuaraan dalam WTA, akan tetapi gadis manis dari Rusia ini juga tersenarai di tangga #1 Atlet Wanita Berpendapatan Paling Tinggi di Dunia (dan berkedudukan #26 bagi keseluruhan) untuk kali ke-11 berturut-turut menerusi Forbes.com. Maria Sharapova memperoleh $29.7 juta hasil wang kemenangan dan pelbagai penajaan yang diterimanya.

Pendapatan penajaan yang dimiliki oleh pemain tenis tinggi lampai ini 2x ganda dari pendapatan yang diperoleh oleh pemain #1 dunia, Serena Williams. Sharapova memperoleh $23 juta wang penajaan, lebih $10 juta berbanding Serena Williams dan menjadikannya berada di kedudukan #26 keseluruhan Atlet Berpendapatan Paling Tinggi di Dunia setakat ini (Jun 2014-Jun 2015).

Pemenang 17 kali kejuaraan Grand Slam kategori lelaki, Roger Federer unggul di kedudukan #5 Atlet Berpendapatan Tinggi di Dunia dengan nilai $9 juta kemenangan dan $58 juta hasil tajaan. Pemain boxing yang terkenal Floyd Mayweather masih unggul di tangga #1 Atlet Berpendapatan Paling Tinggi dengan hasil kutipan sebanyak $300 juta mengatasi kesemua atlet seluruh dunia.

Senarai penuh Atlet Berpendapatan Paling Tinggi di Dunia 2014/2015
FLOYD MAYWEATHER - $300 JUTA (Tinju)
MANNY PACQUIAO - $160 JUTA (Tinju)
CRISIANO RONALDO - $79.6 JUTA (Bola Sepak)
LINONEL MESSI - $73.8 JUTA (Bola Sepak)
ROGER FEDERER - $67 JUTA (Tennis)
LEBRON JAMES - $64.8 JUTA (Basketball)
KEVIN DURANT - $54.1 JUTA (Basketball)
PHIL MICKELSON - $50.8 JUTA (Golf)
TIGER WOODS - $50.6 JUTA (Golf)
KOBE BRYANT - $49.5 JUTA (Basketball)

Atlet Wanita Berpendapatan Tertinggi
#1 MARIA SHARAPOVA (Kedudukan #26 secara keseluruhan) – anggaran RM110juta
#2 Serena Williams (Kedudukan #47 secara keseluruhan) – sekitar RM95juta

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...