Sunday, 10 August 2014

EIZAAZ FAREZ & NAZMI NORDIN Saling Kagumi

KREDIT : semua gambar dari ADIB SC

Buat julung kalinya kami di DL menyatukan johan, juara dan wajah Malaysia yang bakal mewakili Malaysia di pentas dunia – di Mister Planet 2014 dan 2015. Kami berbesar hati memperkenal jejaka tinggi lampai mewakili 2014 serta jejaka fotogenik dari 2015 ini – Eizaaz Farez Zakaria dan Nazmi Che Nordin yang dilabel punyai sentuhan yang mahal serta pakej yang lengkap untuk menggegarkan pentas antarabangsa di Filipina pada 2014 serta di Sepanyol pada tahun 2015.

Dengan Ramadan yang berlalu dan Syawal menjelma, ayuh kita selidik dan ketahui kisah raya dan persiapan mereka menjelang hari istimewa dan pertandingan yang bakal diwakili beliau akan datang ;



EIZAAZ : “Saya kini giat berlatih berenang seperti yang diberitahu oleh pihak antarabangsa antara sukan yang kerap dilakukan di Manila kelak adalah sukan air.

Ketahui umum, Nazmi adalah pemenang baru yang bakal wakili Malaysia ke Madrid pada tahun depan. “Secara jujurnya saya sangat terkejut dinobatkan sebagai Mister Planet Malaysia 2015 dan memperoleh 2 lagi anugerah sampingan kerana rata-rata punyai IQ yang tinggi dan bijak beraksi di hadapan kamera. Perasaan ketika itu, terkejut dan pada masa yang sama bersyukur dan selepas ini saya punyai tanggungjawab yang lebih besar untuk membawa nama Malaysia ke Madrid”, katanya pembuka bicara.
keserasian mereka persis kembar.
Bercakap prihal hari raya, kedua-dua jejaka berpewatakan menarik ini punyai kisahnya sendiri.
 
EIZAAZ : “Saya berasal daripada utara Malaysia, iaitu Kedah, sudah semestinya saya mengidamkan ketupat palas, lodeh, rendang ayam kampung. Jika kuih pula saya amat menggemari semperit, kuih bakar dan chocolate chips. Pendek kata, ketupat palas mesti wajib perlu dihidang di pagi Syawal”

NAZMI : “Pengalaman Aidilfitri yang saya tidak boleh lupa apabila baju melayu raya saya berlubang akibat percikan bunga api. Sampai sekarang, mesti teringat punya! (tersenyum). Kuih raya sudah semestinya semperit dan tart nenas menjadi pilihan. Kiranya juadah dipagi Syawal kami adalah ketupat yang dimakan bersama rendang ayam atau kari daging buatan mama”.

Bukan itu sahaja, mereka kelihatan seperti adik beradik melalui gambar yang dirakamkan oleh jurufoto terkenal, Adib. Dapat dilihat, mereka berdua sangat mengagumi antara satu sama lain.

EIZAAZ : “Pandangan saya, Nazmi adalah seorang yang amat teliti dan mempunyai sifat kepimpinan. Beliau amat bijak bercampur sesama finalis dan yang paling penting punyai pakej lengkap beserta IQ yang cukup membuatkannya layak menyandang gelaran tersebut”.

NAZMI : “Eizaaz seorang yang peramah dan kebijaksaan yang ada pada dirinya membuatkan dia sangat menyerlah. Beliau juga mempunyai kemahiran PR yang sangat bagus pada pandangan peribadi saya”.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua jejaka dan semoga berjaya dan menggalas nama Malaysia di mata dunia, semoga dapat membanggakan nama Malaysia. Untuk akhiri artikel ini, kami di DL ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN jika ada silap dan salah prihal apa jua yang kami kongsikan buat ada semua. Terima kasih atas sokongan anda semua. Kami tinggalkan anda dengan beberapa keping gambar mereka berdua, ucapan dan wajah ikon yang bakal berentap di Filipina dan Sepanyol pada tahun 2014 dan 2015.


EIZAAZ : “Ucapan saya SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN kepada semua rakyat Malaysia terutama yang sentiasa menyokong saya. Saya berharap akan membawa nama Malaysia terkenal di mata dunia terutama sektor pelancongan”.


NAZMI : “Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT AHRI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh kaum keluarga, iaitu abah (En. Che Nordin), mama (Pn Azizah said), adik-adik saya (Nidzam, Salwa, Sarah), saudara-mara, warga Tadika Ujong Batu, warga Sek.Keb. Sero Perlis, Sek Men. Sains Tunku Syed Putra (SEMESRA), UiTM Kampus Puncak Alam, UPM Serdang, warga MPM 2015, seluruh kenalan yang mengenali diri. harapan saya adalah semoga doa dan sokongan anda akan mengiringi saya di Madrid kelak. Saya berjanji akan melakukan yang terbaik dan mengharumkan nama Malaysia”.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...