Friday, 8 January 2016

Paris Hilton Ajak Peminat Reka Haruman Terbaru




Dunia haruman boleh dilabelkan antara dunia yang sangat 'mahal' kerana kebiasaannya ciptaan haruman dihasilkan hasil sentuhan pereka terkenal, individu yang betul-betul mahir dalam bidang ini sahaja.

Akan tetapi berbeza pula dengan selebriti terkenal dunia, Paris Hilton yang kini sudah mempunyai 18 koleksi haruman. Paris Hilton baru-baru ini mengumumkan satu kempen penghasilan haruman terbaru dibawah labelnya di laman rasmi Instagramnya. Bukan itu sahaja, semua orang boleh menyertainya dengan menghasilkan rekaan bentuk botol,  nama haruman dan poster rasmi khas untuk haruman yang bakal dikeluarkan oleh selebriti yang terkenal dengan lagu Stars Are Blind ini. Ini antara penyertaan yang dihantar oleh peserta.




Hadiah yang menarik menanti bakal pemenang berupa haruman terkini, aksesori serta tas tangan. Dengan menggunakan hashtag #ParisHiltonNewFragranceConstest, rata-rata penyertaan yang diterima sangatlah menggalakkan. Hasil rekabentuk yang dihantar juga sangat hebat dan persis mereka ini sangat arif dengan taste Paris Hilton. Keputusan rasmi akan diumumkan pada Jumaat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...