sekadar gambar hiasan. kredit Google |
Putus Terpaksa! Walaupun sukar ditelan
kepahitan tersebut, hakikatnya ia sering berlaku sehingga hari ini. Kadang kala
direnung kembali, apa kesilapan yang berlaku pada diri sehingga kasih sayang
yang dicurahkan selama ini menjadi debu berterbangan tiada penghuni. Tiada
ribut, tiada badai yang pernah berlaku, tiba-tiba mendapat utusan bahawa
hubungan yang terjalin selama ini ‘terpaksa’ putus ditengah jalan. Senjata
apakah yang menghunus dada tatkala mendapat berita begitu? Ku renung, ku dakap
dan ku simpul, tapi ku temu jalan buntu. Meskipun laungan kasih sayang yang
senantiasa menghembus sayu sentiasa ku dengar, akan tetapi pengakhiran begini
membayangi diri. Kini, semuanya sudah berakhir, selimutilah jiwa dengan positif
akal, muhasabah diri, mungkin ini jalan yang terbaik, apakah semuanya bakal
bertaut kembali? Pernahkah kasih yang ‘ditumpahkan’ ke tanah, dikutip kembali?
No comments:
Post a Comment