Berdych sebelum ini bersama H&M. Foto GettyImages |
Beberapa hari lalu, peminat kepada
bintang tenis ternama dari Republik Czech, TOMAS BERDYCH terkejut apabila
bintang tenis tersebut memuat naik sekeping gambar dengan memakai outfit
daripada jenama Adidas. Seperti sedia maklum, Berdych sebelum ini menyarung
rekaan H&M pada setiap kali kejohanannya malahan pernah berkerjasama dengan
empayar tersebut untuk koleksi Tenis, Tomas Berdych Collections yang dijual di
kebanyakan negara di dunia.
Sedikit info, Tomas Berdych menjadi
pemain tenis pertama yang dilamar menjadi duta kepada H&M dan kontrak
khabarnya bermula pada awal 2013. Kini, pemain tersebut menjadikan Adidas
sebagai brand yang akan ‘mengikutinya’ setiap kali kejohanan tenis seluruh
dunia. Berita itu sekali lagi disahkan oleh Berdych sendiri selang beberapa
hari selepas itu. Berdych memuatnaik sekali lagi rekaan Adidas dilaman
Instagram miliknya.
No comments:
Post a Comment