Monday, 11 January 2016

3 Jejaka Kongsi Azam 2016



Agak lama kami di DL tidak tampilkan cerita terkini Faces of Dominasi Lelaki pada keluaran di laman rasmi kami. Sempena menyambut tahun 2016 ini, kami cuba dapatkan mereka untuk cungkil sedikit sebanyak kisah dan perkembangan terkini dan harapan yang hendak dizahirkan sepanjang 2016 ini. Kami dengan berbesar hati tampilkan 3 ikon blog kami (Dhiya, Afizi dan Mike) untuk berkongsi cerita mereka untuk 2016 ini.



DHIYA (Face of DL 2013/2014)
Dhiya, seorang jejaka kecil molek berasal dari Pahang ini sedang aktif dalam pengambaran sebuah filem disamping baru sahaja menamatkan kertas terakhir peperiksaan di tempat pengajiannya. “Alhamdulillah, semuanya ikut susunan waktu dan jadual. Disebabkan masih dalam tempoh belajar, Dhiya boleh tumpukan kerjaya pada waktu cuti dan waktu tiada kelas”, jelasnya. Tambahnya lagi, beliau kini sedang giat memberikan usaha sehabis baik dalam filem seram Come Play With Us yang diarahkan oleh Mitchel Stuart dari New York. Wah tahniah!

“Saya berharap agar 2016 adalah tahun yang lebih menakjubkan bagi Dhiya, in shaa Allah. Setiap kali dekat Tahun Baru, pasti kita flashback apa jua yang dilakukan dalam tahun tu kan? Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya, Dhiya  mulakan tahun 2016 dengan job yang berikan faedah dan berilmu”, tambahnya.

UCAPAN ULANGTAHUN KE-4 DOMINASI LELAKI : “Terima kasih DL sudi mengambil sedikit masa untuk berbual bersama. Semoga lebih berjaya di 2016. Selamat Tahun Baru dan Selamat Ulangtahun keempat".


AFIZI (Face of DL 2014/2015)
Seorang jejaka tinggi lampai ini pernah mengungguli gelaran Jejaka LISA pada 2013, Afizi Roslee merangka 2016 dengan begitu kemas. “In shaa Allah pada 2016 ini, saya lebih fokus dengan kerjaya sebagai officer yang terbaik dalam jabatan. Pada masa yang sama, seperti biasa Apie sibuk dengan perniagaan Pasar Seni (Apie de Souvenir) dan alhamdulillah perniagaan buat masa ini lebih stabil dari tahun sebelumnya”, katanya

Walaupun dengan jadual yang sangat padat, minat mendalam dalam dunia peragaan tidak pernah luntur buat anak kelahiran Sabah ini. Beliau masih menyatakan hasrat untuk meneruskan kerjayanya itu. “Saya memang terlalu sayangkan dunia peragaan dan minat masih mendalam. Untuk lepaskan? Saya rasa tidak untuk masa terdekat ini kerana saya perlukan ruang untuk stabilkan semua bidang kerja yang saya buat”. Afizi yang mesra digelar Apie ini juga sedang melanjutkan pelajarannya (PJJ) di UiTM Shah Alam. Beliau turut menyatakan kesedihan apabila terpaksa menarik diri daripada mewakili Malaysia dalam Mister Diversity dek kekangan masa.


MIKE (Face of DL 2015/2016)
Jejaka tampan dan juga seorang pelajar, Mike punyai misi dan rangkaan tersendiri untuk 2016. Mike, anak muda ini pernah menyertai HotSearch Mister Malaysia 2015 pada beberapa bulan yang lalu sebelum dinobatkan sebagai Mr Popular Dominasi Lelaki atas undian yang sangat tinggi berjaya dikutipnya. “Buat masa sekarang, saya sedang menjalani internship di Multimedia College KL selama 4 bulan".

“Bercakap mengenai 2016, saya mahu cuba memperbaik kekurangan yang ada pada diri. pada yang yang sama saya sedang mengintai beberapa casting yang diadakan. Target 2016? Meskipun agak besar untuk disasar, tapi saya cuba cabar diri saya untuk terjun ke dalam bidang lakonan. Ianya sesuatu yang baru bagi saya, tapi bak kat orang belum cuba belum tahu kan”, jelasnya. Bukan itu sahaja, jejaka ini juga pernah muncul dalam beberapa komersial seperti Pizza Hut dan RHB.

UCAPAN ULANGTAHUN KE-4 DOMINASI LELAKI : “ I wish you all a Happy New Year and wishing you best of lucks in 2016. Do not let people put you down, just stand for what you think it’s right for your own sake. Do what you want tp do, everyone has their own rights to don whatever the want. Just don’t do illegal stuffs and stay away from drugs. Improve your life, and it starts here in 2016”.

[Foto Mike dan Afizi dari koleksi Razzswill.  Dhiya dari koleksi sendiri]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...