Saturday, 12 October 2013

Garapan Terbaik dalam WANITA KIMONO MERAH




Buat pertama kalinya DL tertarik mahu membuat artikel dan review sedikit dengan bahan bacaan yang DL pernah baca selama ini, buat masa terdekat ini, novel sentuhan ulung Syafie Mahyani telah ‘menyentuh pintu’ hati DL dengan hasil penulisan beliau yang dianggap sangat menarik. Menggunakan tajuk WANITA KIMONO MERAH, pengarang novel ini sangat ‘dekat’ dengan pembaca tatkala menggunakan ayat yang mudah dan ada kalanya cukup ‘extreme’. Langkah yang menarik bagi novel ini.

WANITA KIMONO MERAH menceritakan kisah lampau 20 tahun yang lepas yang menghantui penghuni seterusnya pada sebuah banglo yang pernah didiami oleh mereka sebelum ini. Ditambah lagi dengan kehidupan seorang supermodel yang menghadapi gangguan yang aneh dengan kepincangan dalam perhubungan beliau. Bagaimanakah kesudahan cerita ini tatkala kematian ‘menjemput’ mereka dengan pelbagai tanda tanya. Apakah misteri banglo tersebut? Siapakah WANITA KIMONO MERAH yang disebut-sebut oleh Evelyn, watak utama dalam novel ini sehinggakan tatkala anaknya yang sudah berumur 5 tahun pandai berbahasa Jepun dan lebih dasyat lagi apabila Evelyn menjumpai anaknya sedang mengunyah mayat dalam bilik stor di rumahnya! ..........................

Jangan lupa dapatkan WANITA KIMONO MERAH keluaran Lejen Press, hasil nukilan Syafie Mahyani. DL letakkan 8/10 bintang untuk novel ini kerana novel ini antara buah tangan istimewa dan sangat menarik dari hasil nukilannya sehinggalah jalan cerita yang sangat ‘real’.

Sunday, 6 October 2013

Fasha Sandha dalam In-Trend Oktober




In-Trend Oktober ini menampilkan HOT MAMA, Nur Fasha Sandha atau dikenali sebagai FASHA SANDHA dipilih sebagai penghias muka depan majalah tersebut bagi edisi Ratu Sehari. Cinta Tidak Pernah Sehangat Ini, ceritera Fasha dalam In-Trend. Beliau tampak manis dan ayu tatkala wajahnya dihadiahkan kepada peminat In-Trend sebagai gadis sampul bulan ini.


Selain itu, 52 tip dan idea bagi bakal mempelai membentuk hari utama mereka juga disediakan dengan semuanya tersedia penuh dalam In-Trend bulan Oktober ini.
Dapatkan keluaran In-Trend terbaru ini dalam paluan CINTA dan SAYANG di pasaran sekarang…!

SEKSUAL & Penyakit BATU KARANG..?




Penyakit batu karang antara penyakit yang acap kali menjadi perhatian kita semua. Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dan anda fahami dengan PENYAKIT BATU KARANG..?

Penyakit Batu Karang adalah logam yang terhasil dalam buah pinggang dari zat galian atau mineral yang terdapat dalam air kencing. Antara langkah terbaik untuk mencegah penyakit ini adalah dengan memperbanyak minum air dan haruslah tidak menahan kencing.

Antara tanda awal penyakit batu karang adalah : sakit yang teramat pada bahagian belakang sehingga ke bahagian paha dan lebih teruk apabila tatkala membuang air kencing, ianya bercampur dengan darah. Rasa sakit yang teramat tersebut berlaku apabila pergerakan batu karang dari buah pinggang ke saluran ureter. Tekanan yang kuat pada kesakitan yang berlaku sekaligus akan memberi kesan kepada ereksi.

Sumber : Terima kasih Maskulin, olahan kembali dari Maskulin
 

Saturday, 5 October 2013

Gisele Bundchen SUPERMODEL Paling MAHAL..!


Nama GISELE BUNDCHEN memang tidak asing lagi tatkala menyebut prihal pentas peragaan dan aliran dunia model di dunia. Beliau yang sentiasa menjadi pilihan penghias depan majalah dan pilihan jenama terkenal antarabangsa seakan sangat selesa berada pada liga yang tersendiri kerana kemasyuran yang diterimanya sangat luar biasa. Beliau memegang takhta supermodel paling kaya dan dibayar paling tinggi di dunia dengan pendapatan lebih jauh dan tinggi ( sekitar 7x ganda tingi ) dari supermodel yang lain. Ayuh kita lihat pendapatan para supermodel di dunia dengan jumlah yang wooooowwww..!
2013 :

1.       GISELE BUNDCHEN ( $ 42 JUTA )
2.      MIRANDA KERR                   ( $ 7.2 JUTA )
3.      ADRIANA LIMA                    ( $ 6 JUTA )
4.      KATE MOSS              ( $ 5.7 JUTA )
5.      LIU WEN                    ( $ 4.3 JUTA )
6.      HILARY RHODA                    ( $ 4 JUTA )
7.      CAROLYN MURPHY ( $ 3.6 JUTA )
8.      JOAN SMALLS                      ( $ 3.5 JUTA )
9.      CANDICE SWANEPOEL       ( $ 3.3 JUTA )
10.   LARA STONE             ( $ 3.2 JUTA )

Adriana antara pencabar terhebat kerana  berada dalam kalangan supermodel pilihan termasuk supermodel yang hangat daripada Victoria Secret.


Walaupun sedikit menurun pendapatan Gisele berbanding pada tahun sebelumnya iaitu 
($ 45juta ), tapi ia masih membuatkan beliau berada di puncak supermodel mempunyai pendapatan paling tinggi di dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...