Teka-teki siapakah jejaka yang bakal
tampil menghiasi edisi penutup 2014 bagi Maskulin akhirnya terjawab apabila
pelakon yang berbakat besar, Fattah Amin dipilih kali ini. Bukan sahaja
memiliki rupa yang menarik dan tinggi lampai, pelakon yang kini sedang hangat
menerusi drama Cinta Ibadah ini juga turut melonjak perubahan yang dilihat
menerusi lakonannya di kaca televisyen. Kami di DL amat tertarik percaturan
yang dibuat oleh team Maskulin, pada
edisi kali ini kerana mereka membuat survey dan undian daripada pembaca untuk
membuat pilihan siapakah yang layak dan patut diketengahkan menerusi edisi
penutup 2014 ini. Satu pujian buat team Maskulin kerana sehingga kini masih
meletakkan peminat dan pengikut majalah sebagai satu corak dan cara mendekatkan
diri dengan mereka. Tahniah Maskulin.
Dapat dilihat, pada kali ini, konsep
lebih kepada santai dan pelbagai input dikongsikan menerusi edisi kali ini.
Selain itu, terdapat juga rentetan 2014 Malaysia menjadi tumpuan dunia
sepanjang tahun ini serta halaman fesyen yang menampilkan 17 stail ubah
penampilan urbanis muda. Semuanya terdapat dalam Maskulin penutup 2014,
Disember ini.
Ayuh jangan lupa dapatkan Maskulin di
pasaran tidak lama lagi yang menampilkan Fattah Amin, seorang juara berbakat
besar sebagai penghias muka depan Maskulin.
No comments:
Post a Comment