Selain mengeluarkan album terbaru pada
tahun 2013 dan mendapat liputan terhangat dan memenangi pelbagai anugerah di
American Music Awards 2013 menerusi album Midnight Memories, tahun ini juga
sejarah buat kumpulan terkenal antarabangsa, One Direction apabila melancarkan
haruman yang istimewa buat peminatnya seluruh dunia.
Menggunakan OUR MOMENT sebagai taruhan
pertama, haruman ini lebih kepada si gadis yang manis dan ceria. Manakan tidak,
secara keseluruhan haruman ini lebih kepada aroma yang sangat ‘manis’
sesuai dengan rekaan botol berona merah jambu yang sangat feminine dan
keremajaan.
Setelah mendapatkan beberapa review
daripada pembaca seluruh dunia, keseluruhan berpendapat bahawa haruman ini
terlalu manis dan ada diantara mereka menyatakan bahawa haruman dari kumpulan
tersohor ini ‘not long lasting’. Akan
tetapi ianya tidak mematahkan semangat peminat kepada kumpulan ini serta
penggemar haruman yang ‘sweet and fruity’ untuk memilih OUR MOMENT sebagai
pilihan.
TOP NOTES : PINK GRAPEFRUIT, FOREST FRUITS, RED CURRANT
HEART NOTES : FREESIA, JASMINE, FRANGIPANI
BASE NOTES : WOODSY NOTES, PATCHOULI, MUSK
No comments:
Post a Comment