Beliau seorang jejaka tinggi lampai,
sentiasa menguntumkan senyuman yang manis, tidak hairanlah nama beliau dipilih
sekali lagi mewakili Malaysia ke pentas dunia yang diadakan baru-baru ini iaitu
Mister Asia 2014 yang berlangsung di Hong Kong. James Ng Yin Teng sebelum ini pernah mewakili Malaysia pada
tahun 2013 menerusi Mister International di Jakarta, Indonesia akan tetapi
nasib tidak menyebelahi beliau apabila tidak mendapat menduduki kelompok
peserta terbaik pada pertandingan tersebut. Namun, kecewaannya terubat apabila
keberadaan beliau mewakili Malaysia ke Hong Kong pada pertandingan Mister Asia
2014 pada kali ini, beliau dipilih menerima Prince Charming Awards. Jutaan
tahniah dari kami di DL ucapkan buat James.
Baru-baru ini kami dari team DL telah
mendapatkan beliau dalam sesi temuramah ringkas untuk bertanyakan prihal
pertandingan yang diwakili beliau yang lepas.
DL : Apakah perasaan apabila mewakili
negara ke HK dalam Mr Asia dan apakah kelebihan yang dibawa untuk tampil
berbeza?
J : “Saya rasa excited dan tidak
sabar, tidak cukup tidur kerana memikirkan. Pada awalnya, saya tidak membuat
persediaan apa-apa, i just bring myself, my smile dan tampil dengan yakin pada
pertandingan tersebut. Saya bangga to be Malaysian, saya bangga kerana saya mewakili
pelbagai budaya di Malaysia”, sambil tersenyum.
DL : Dapat dilihat perbezaan 2013 dan
2014 dari segi tubuh badan anda. Boleh kongsikan serba sedikit.
J : “Di 2013 dan 2014, badan saya naik
sekitar 10kg, tiba-tiba Adrian Winson dari ADELICIOUS Entertainment melamar
saya untuk mewakili Malaysia untuk MR Asia ATV dan saya pula berfikir, adakah
saya cukup masa untuk maintain berat badan kerana ketika itu berat saya hampir
mencapai 100kg. 2013 di Mr International, berat saya 85kg, sekarang di Mr Asia
ATV berat saya 94kg”, tersenyum. Tambah James, secara mental, beliau kelihatan
bersedia akan tetapi bukan dari fizikalnya kerana pada ketika itu, beliau
sering mendapat respon negatif prihal berat badan serta tubuhnya yang sedikit
gempal dan berisi.
DL : Pengalaman apakah yang tidak
dapat dilupakan ketika menyertai Mr Asia 2014?
J : "kawan-kawan disana, semua tidak
akan dilupakan. Kesemua 16 orang saya anggap seperti adik beradik, ianya tidak
seperti satu pertandingan, kami sentiasa membantu antara satu sama lain. Banyak
teamwork dan mereka tidak pentingkan diri sendiri, Ya, saya tidak akan lupakan
jasa dan bantuan mereka serta production crews serta individu-individu yang
membantu kami semua ketika di HK. Disana, yang paling best adalah makan!
Hahaha, seminggu sekali, mereka akan membawa kami makan di steak house dan yang
antara paling saya suka! Selain itu, sudah tentu meluangkan masa di gym bersama
semua peserta, workout bersama-sama. Kami sangat bersemangat, motivated antara
satu sama lain”. Tambahnya lagi
DL : Negara manakah menjadi pencabar
terhebat buat anda ketika di Mr Asia?
J : "Peserta yang saya lihat antara
peserta paling berpotensi dalam pertandingan adalah peserta dari Myanmar,
Kharra. Beliau tinggi, badan seperti fashion model, punyai rupa menarik. Beliau
sangat bagus dan sering membantu dan production serta memiliki ramai fans.
Selain itu, peserta Thailand (Phew) serta Kemboja (Edwin Sun) juga antara
peserta yang hebat. Akan tetapi dapat dilhat peserta Myanmar memiliki aura dan
tahap yang lebih menyerlah lagi. Teman karib saya disana, Mr Singapura. Beliau
juga ialah teman sebilik saya disana, wakil Thailand, Phew, Mr Cambodia. Kami
sering bersama-sama! Dan saya sangat gembira dengan mereka. I Love them very
much. Keempat-empat kami sangat rapat”.
DL : Apakah langkah seterusnya selepas
ini? Masih fokus dalam bidang peragaan atau pelajaran?
J : "Selepas ini, saya akan sambung
dengan modelling, menjadi role model dan inspire lebih banyak orang untuk live
healthy lifestyle. Kita harus bersemangat untuk membantu orang lain. Saya akan
menggunakan beberapa title saya untuk menjadi satu influence yang baik dan
bagus untuk Malaysia. Saya juga akan terus belajar, saya tinggal satu tahun
lagi untuk habis. Saya tidak mahu membazir wang bapa saya dan schoolarship, jadi
saya habiskan degree dalam Bussiness Marketing. Pada Disember 2015, saya akan
graduasi. Jadi, belajar tidak mengambil masa saya, jadi saya akan terus jadi
model dan menjadi inspirasi kepada orang diluar”. Tuturnya penutup sesi ini.
TRIVIA JAMES NG YIN TENG
1. Hottest Hunk In Malaysia 2012 (Top12)
– Winner Newicon Magazine
2. Asia New Star Model Search 2012 (1st
Runner-up) – Amber Chia Academy, korean model association
3. Mr International Malaysia 2013
(WINNER) – ADELICIOUS ENTERTAINMENT. Represent Malaysia to Jakarta
4. Mr Asia ATV 2014 (Won Prince Charming
Awards)
5. Jejaka berumur 21 tahun, Anak kedua
dari 4 adik beradik dan semuanya lelaki.
Terima kasih kami ucapkan kepada James
Ng untuk sesi ini, semoga anda terus berjaya pada bidang yang anda ceburi.
No comments:
Post a Comment