Sunday 30 September 2012

Rahsia & Kontoversi..Adi Putra dalam GLAM Lelaki Oktober 2012


DOMINASI LELAKI dah berhabuk..! tolong..! Tolong..!! ‘bersihkan’ semula..!!! kenapa DOMINASI LELAKI dikatakan telah ‘berhabuk’..?? haaaa nak tahu semua, ini disebabkan sudah lama pihak kami tidak membuat sebarang entry dalam website ini. Ohh tidak..! bagi mengubat kerinduan kepada anda semua, hari ini DL mahu memberi inspirasi kepada golongan lelaki mengenai preview majalah kegemaran lelaki di Malaysia, GLAM Lelaki agar hari-hari anda tidak kesunyian kan.


Berbalik kepada topik yang asal, setelah menunggu & menunggu, akhirnya dengan rasminya GLAM Lelaki muncul dipasaran bagi edisi Oktober 2012 yang menampilkan aktor berbakar besar ADI PUTRA sebagai tunjak utama malajah tersebut. Apakah ‘RAHSIA & KONTOVERSI’ yang dibicarakan oleh Adi Putra melalui GLAM Lelaki ini..? Pelbagai isu menarik seperti 12 PENGGAYAAN SUT KELABU, 15 KARAKTER IKONIK PALING BERGAYA dan banya lagi dikupas dalam edisi GLAM Lelaki kali ini. Jadi dapatkan naskah anda di pasaran sekarang dengan harga RM7...! jom, jangan lepaskan...

Saturday 22 September 2012

SPERMA Tidak Bergerak..??



Situasi pesakit :
Beliau menjalani ujian sperma & mendapati bahawa spermanya tidak bergerak..! adakah sperma itu mati & tidak boleh digunakan..?? jom para lelaki kita baca sedikit info yang diolah dari sumber MASKULIN edisi September baru-baru ini.

Ulasan jawapan :
Pada dasarnya, situasi yang berlaku ini ( sperma tidak bergerak ) mempunyai sebab-sebab yang tertentu ;

·        Jika memang disahkan/betul-betul sperma tersebut telah mati seperti yang dinyatakan tersebut.

·        Selain itu, anggotanya iaitu ekor tidak berfungsi menyebabkan sperma tidak bergerak walaupun diketahui sperma tersbut masih hidup & bernyawa. Perkara seperti ini boleh diatasi melalui kaedah ART ( assisted reproductive technology ). Dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor pakar untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kaedah ART ini.

Wednesday 19 September 2012

Aura Karismatik Aqasha Hiasi MASKULIN Oktober 2012



AURA KARISMATIK AQASHA KEMBALI..! itulah yang ditaruhkan oleh majalah lelaki HOT di Malaysia, MASKULIN bagi edisi Oktober 2012 ini. Selain berbicara mengenai ‘KUASA AQASHA KEMBALI’, MASKULIN juga mempertaruh 10 TRIK FOREPLAY PALING NAKAL, dan mengetengahkan 10 blogger TEMPATAN TERHANGAT!!!  Kepada para blogger, MASKULIN kali ini juga turut berbicara & berkongsi mengenai idealisme 3 blogger & apa yang blogger harus tahu..! KENAPA LELAKI KUAT CEMBURU..?? semua dilampirkan & dikongsi dalam MASKULIN terbaru. Jadi jangan lupa dapatkan MASKULIN di pasaran sekarang yang meletakkan pelakon berbakat, AQASHA sebagai penghias muka depan MASKULIN OKTOBER 2012..!

Sakit Bila Terangsang..!


sekadar gambar hiasan

Situasi Pesakit :
·          Beliau tidak pasti keadaan yang berlaku kepadanya ( kemungkinan angin pasang @ uluran ). Apabila beliau mengalami rangsangan, zakar akan tegang & jika ianya berlaku berlarutan ( lama ), rasa sakit akan menyerang pada sebelah kiri ( antara pundi kencing & kemaluan ). Beliau melakukan onani apabila rasa sakit datang & rasa tersebut hilang selepas air mani keluar. Namun, beliau mendapati terdapat ketulan cairan air mani berbentuk seperti jeli yang besar & kadang kala kecil setiap kali onani.

    ·            Persoalannya, apakah penyakit yang dihidapi oleh pesakit diatas..?? jom kita rungkaikan dalam entry kali ini. Semoga perkongsian entry kali ini dapat memberi ilmu/info yang berguna kepada kita semua, terutamanya kaum lelaki.

 sekadar gambar hiasan

Jawapan ini dipetik dari Soal Jawab Doktor Sakit Tuan dari akhbar Harian Metro.
Angin pasang @ uluran berlaku apabila gumpulan usus termasuk ke dalam kerandut zakar melalui pembukaan luar biasa di antara perut & kerandut. Kantung tersebut akan kelihatan besar apabila gumpalan tersebut mengembang kerana kandungan gerakan angin dalam usus.

Perkara yang dialami oleh pesakit tersebut kini adalah perasaan sengal @ ketidakselesaan pada bahagian diantara pundi kencing & anggota kelamin. Kemungkinan pesakit tersebut menghidap VARIKOSEL di sebelah kiri. VARISOKEL ialah keadaan dimana pembuluh darah kepada buah zakar yang kembang & berpuntal.

Jika ianya ketara, buah zakar pada sebelah kiri akan kelihatan bergayut dengan urat vena yang mengembang. Jika ianya berterusan, ia boleh dirasa melalui pemeriksaan doktor. Jika ini berlaku, VARIKOSEL boleh diikat melalui perbendahan kecil.

sumber : olahan kembali oleh DOMINASI LELAKI

Tuesday 18 September 2012

Siti Nurhaliza TARUHAN UNGGUL LISA..!



ANGGUN, PENUH BERGAYA & MEMIKAT..! bait-bait ini DL tujukan buat figura Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza apabila beliau dijemput menjadi penghias muka depan bagi majalah LISA edisi ke-21. Trivia menarik untuk kali ini, Dato’ Siti juga antara selebriti memecah rekod menjadi penghias muka depan kebanyakan majalah bagi edisi bulan September Oktober 2012 ( Mingguan Wanita, URTV, NONA, LISA, HARMONI, Media Hiburan antaranya ). Berbalik kepada LISA, DL amat tertarik dengan penataan gaya, penghasilan foto yang menarik dihasilkan oleh team LISA. Sangat cantik..! kredit kepada fotografi SEAN/LENSWORKS & AZNI bagi arahan seni untuk cover story, Siti Nurhaliza. Memakai sekitar 5 persalinan, pelantun lagu JERAT PERCINTAAN ini dapat menghasilkan pose yang menarik sekaligus memuaskan hati team LISA untuk edisi terbaru ini.

antara gambar yang terdapat dalam LISA

Jom DL tnjukkan sedikit gambar yang menarik yang terdapat dalam majalah LISA keluaran 15 September 2012 ini. Apa maksud ‘DOMINASI DUA DUNIA....’ Siti Nurhaliza..?? mahukan ketahuinya lebih lanjut, ayuh dapatkan LISA di pasaran sekarang dengan harga RM3.90..!

antara gambar yang terdapat dalam LISA

Wednesday 12 September 2012

Siti Nurhaliza, 'TAKLUK' NONA Oktober 2012



DEBAR MENANTI KELAHIRAN..! itulah tajuk yang digunakan oleh majalah NONA bagi keluaran terbarunya iaitu keluaran Oktober 2012 baru-baru ini. Menjadikan sisi pesona DIVA negara, Dato’ Siti Nurhaliza sebagai penghias muka depan majalah tersebut, pelbagai perkara & cerita dikongsikan oleh pelantun lagu KU PERCAYA ADA CINTA ini kepada para pembaca.


Pelbagai cerita menarik & berita terbaru mengenai buah hati negara, Siti dalam NONA keluaran ini seperti tip & rahsia yang Siti sendiri kongsikan dalam majalah ini. SITI MENANGIS? Apa yang berlaku kepada Siti....?? PERANCANGAN LEBIH HEBAT?? Apa perkembangan terbaru presiden Simplysiti ini..?? semuanya bakal terjawab dalam NONA edisi Oktober 2012 ini..! dapatkan naskah NONA di pasaran sekarang dengan Siti Nurhaliza sebagai penghias muka depan.

Saturday 8 September 2012

Cahaya Lampu Melimpahi Itali



ROM – salah seorang angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa merakamkan gambar di pesisiran Laut Mediterranean, kelmarin. Gambar yang dirakam tersebut menunjukkan negara Itali terutamanya di bandar raya Rom, Naples dan Pulau Sicily yang dilimpahi cahaya lampu. Angkasawan tersebut merakamkan gambar itu pada jarak ketinggian 386.24 kilometer dari permukaan Laut Mediterranean. – Reuters

Kredit : KOSMO

Friday 7 September 2012

Gambar Percikan Api Matahari


MIAMI – kelmarin, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan mendedahkan imej nyalaan matahari  iaitu nyalaan/percikan api yang terkeluar daripada matahari. Kesan nyalaan tersebut telah menyebabkan berlakunya aurora terbentuk di langit.


Cahaya tersebut boleh dilihat di bandar Whitehorse, Yukon, Kanada pada 3 September lalu. Jaluran cahaya itu terbentuk apabila partikel-partikel yang dicas daripada matahari berlanggar dengan atom pada altitud yang tinggi di bumi. – Agensi
Sumber : olahan DOMINASI LELAKI daripada KOSMO

Projek Khas Siti Buat Peminat di Indonesia


Ramai sedia maklum bahawa DIVA Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza amat popular & penangan anak jati kelahiran Pahang ini juga sangat istimewa & menjadi buah hati kepada peminat di Indonesia, Singapura & tidak ketinggalan Brunei. Berita terbaru mengenai pelantun lagu Biarlah Rahsia & Cindai ini, beliau dalam perancangan menjalankan album projek khas dengan syarikat rakaman di Indonesia iaitu Virgo yang bakal menemui peminatnya hujung tahun ini. Buah tangan terbaru ini sekaligus menjadi taruhan & penawar rindu bagi peminatnya di republik tersebut.


Selain menjalankan projek khas album tersebut, Dato’ Siti juga akan terbabit dengan siri promosi & konsert seperti yang tercatat dalam kontrak disamping menghadiri sesi fotografi serta sidang media bagi mempromosikan album berkenaan.

Album berkenaan juga adalah produk serumpun kerana komposer yang dipilih & akan berkerjasama dengannya adalah komposer Indonesia disamping turut mendapat kerjasama daripada komposer tanah air. Antara komposer yang bakal terlibat adalah Sammy Simorangkir iaitu bekas vokalis Kerispatih, Dewiq & Siti sendiri ada menyumbangkan sebuah lagu berentak moderate dalam album ini yang susunan muziknya digubah oleh Aubrey Suwito.


Album ini juga akan dipasarkan di pasaran Malaysia. Album solo Siti ditangguhkan buat seketika kerana album projek khas ini sudah berjalan & Siti akan mendahulukan album serumpun ini dahulu kerana jelasnya jika kedua-dua album keluar serentak, beliau khuatir akan mengelirukan peminatnya.

Diolah oleh DOMINASI LELAKI daripada BERITA HARIAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...