Sunday 26 May 2013

Keith Foo dan Saiful Razman Pilihan MASKULIN dan GLAM Lelaki Jun 2013


Tampil 2 jejaka hot masa kini, tidak hairanlah ianya menjadi tunjang utama dua majalah ini sangat diminati ditambah pula dengan setiap helaiannya memaparkan isu dan info yang sangat bertepatan dengan citarasa lelaki masa kini. Keunggulan Keith Foo dan artis seni visual terkenal, Saiful Razman sebagai jejaka sampul bagi isu Jun 2013 ini..! penuh bergaya, style dan berkarisma..! itulah bait-bait yang sesuai digambarkan oleh DL sendiri tatkala mendapat layangan hamparan muka depan majalah lelaki terulung di Malaysia, Maskulin dan GLAM Lelaki ini.


Bersesuaian dengan tema SELAMAT HARI BAPA pada bulan Jun ini, MASKULIN memaparkan beberapa isu dan lampiran yang menarik serta dihamparkan juga beberapa isu yang juga boleh menjadi daya tarikan pembaca seperti SEKS SAAT BERCUTI, KETAHUI 8 PUNCA KEROSAKAN OTAK dan pelbagai olahan menarik dari pemegang tagline “Takrif Terkini Lelaki Muda” ini.


Berbicara mengenai GLAM Lelaki yang semakin hari semakin menambat hai pembacanhya, isu kali ini pula menceritakan sisi lain seorang artis visual yang ‘cinta’ dengan hasil karyanya. Ketahui 10 artis komik terkemuka dunia dan pelbagai suntikan element segar dalam GLAM Lelaki bulan ini.

Friday 10 May 2013

Kegembiraan Dhiya di Laos..!



Ayuh jelajah ke Negara LAOS..! sungguh menarik tatkala melihat da menghayati setiap gambar dan rakaman yang dimuatnaik oleh finalis Hero Remaja 2012, Dhiya pada jelajahnya ke Laos. Beliau yang berlepas pada 20 April baru-baru ini berasa tidak sabar mahu melangkahkan kaki ke Negara orang, siapa yang tidak gembira untuk ‘meneroka’ negara orang dengan mata sendiri kan..?

Pergi ke Laos atas dasar untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya, secara tidak langsung beliau tidak ingin melepaskan peluang bagi merakamkan moment terindah tatkala merantau sebentar ke negeri orang. Tambahannya lagi, kita sendiri kekuarangan travel log dalam bahasa Malaysia. Jadi, dengan adanya rakaman yang dihasilkannya secara tidak langsung boleh ‘meringankan’ rujukan kepada orang di Malaysia J
Antara tempat yang menarik dilawati adalah Vientien City, Patuxay Park, Buddha Park, Lao Zoo ( Bon Voyage ), Nam Ngum River, Thailand Border dan bermacam lagi tempat yang menarik.



Perasan..? khabarnya kepad admin, sangat-sangat seronok..! pada hari pertama memang excited tetapi agak berdebar tatkala mahu ke perkahwinan temannya. Pada hari seterusnya, Dhiya telah rindukan nasi..! hahahhah. Tahukah anda jika anda melangkah ke Laos dan belajar bahasa Laos, kelebihan yang anda dapat adalah boleh mendapat harga menarik ( diskaun ) dari para peniaga. 







Jika mahu melihat rakaman yang sempat dirakam oleh Dhiya ketika di Laos, boleh ringankan jari anda untuk ke akaun Youtube miliknya di Dhiyauddin Ariffin Talents atau boleh ke link dibawah ini.


Wednesday 8 May 2013

Banyak BULU Kuat Bau...??


kredit : Tip Kesihatan Lelaki

Sedapnya PAVLOVA..!



PAVLOVA..? mesti kita terbayangkan sesuatu yang indah dan sedap kan? YA, sudah tentu sangat sedap bagi mereka yang sangat menggemarinya. Tahukah anda dari manakah wujudnya PAVLOVA yang semakin diminati oleh penduduk di Malaysia ini..? hari ini, DOMINASI LELAKI ingin berkongsi dengan anda semua yang mungkin ada diantaranya peminat tegar kepada pencuci mulut yang enak ini.

PAVLOVA diambil sempena nama seorang penari balet yang terkenal dar Rusia, Anna Pavlova dan ianya dicipta di Wellington, New Zealand buat julung kalinya bagi menghormati kepada penari balet kebangsaan tersebut. Menerusi buku biografi Anna Pavlova, jelas menerangkan manisan yang enak ini disediakan ketika Anna Pavlova mengunjungi tempat tersebut pada tahun 1926. Walaupun penciptaanya semakin meluas di dunia, akan tetapi ramai yang tidak pedulikan asal usul PAVLOVA tersebut.


Tahukah anda, di New Zealand, manisan tersebut sangatlah digemari dan istimewa. Tambahan lagi, ketika ulangtahun  Museum National Wellington pada Februari 1999, apabila PAVLOVA bersaiz gergasi berjaya dihasilkan. Akan tetapi rekod tersebut dipecahkan pada 2005 dengan saiz 64 meter panjang. ( olahan kembali dari SEDAP )

DOMINASI LELAKI : wahhhh, tak sangka, pihak kami pun baru mengetahui sejarah dan asal usul PAVLOVA ini. Biasanya sebelum ini, suka makan je J

Tuesday 7 May 2013

Pesona 5 Wanita dalam NONA Jun 2013



Pesona 5 Wanita dalam busana Kuning-Emas sangatlah cantik..! gabungan Siti Nurhaliza, Nor Aliah Lee, Wardina, Melissa Saila dan Aleya sangatlah sesuai dan cantik. Pelbagai cerita yang menarik dalam majalah NONA yang terbaru. Dapatkan info mengenai Fesyen Hijabella dan pelbagai lagi info yang menarik dalam NONA Jun 2013.

Friday 3 May 2013

Aeril Zafril Pilihan GLAM Lelaki Mei 2013



WAJAH MASA DEPAN AERIL ZAFRIL..! itulah penegasan yang digunakan oleh pihak GLAM LELAKI melalui tafsiran wajah muka depan bagi majalah yang sangat popular bagi kaum lelaki di Malaysia. Kenalilah seorang pelakon yang sedang meniti di bibir peminatnya dan mempunyai legasi peminat tersendiri. Bermula dari KISAH KAISARA sehinggalah HOLLYWOOD, pada usia yang mencapai 25 tahun, pelakon ini sudah mencapai tahap baru dalam kerjanya. Selain memiliki tubuh badan yang mantap, beliau juga seorang yang tabah dan berani, itulah menjadikan beliau cukup dikagumi. Rezekinya kian bertambah saban hari. Nah, kami terjah kepada anda wajah pelakon berbadan sasa, AERIL ZAFRIL.


DOMINASI LELAKI : teringin pihak DOMINASI LELAKI untuk bertemu dengan pemilik nama AERIL ZAFRIL yang mempunyai lakonan yang mantap, insyaAllah. Semoga Aeril berjaya dalam bidang yang diterajui sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...