Monday 22 September 2014

EWAL, NUHA & AZWAN Pilihan Juara AF 2014?

KREDIT GAMBAR : PAGE AKADEMI FANTASIA
Kini program realiti Akademi Fantasi 2014 sudah memasuki minggu ketiga ianya berlangsung. Sudah tentu semua pelajar juga sudah bersedia menggegarkan pentas dan menonjolkan keistimewaan serta ilmu yang diturunkan oleh semua tenaga pengajar. Pada minggu ini, peserta AF diberikan tugasan menyampaikan lagu yang dipopularkan oleh juara-juara dari program realiti ini.

Selaku pemerhati dan sebahagian penggiat dunia hiburan tempatan, saya berpandangan  EWAL, NUHA dan AZWAN boleh dilabelkan TOP3 material berdasarkan persembahan pada malam tersebut.
 
FAREZ TERKANDAS DI MINGGU KETIGA. KREDIT GAMBAR : PAGE AKADEMI FANTASIA
ADEL? Agak bagus pada konsert sebelum ini, akan tetapi beliau sedikit tenggelam apabila mempersembahkan sebuah lagu yang keluar dari genrenye. Akan tetapi masih berhak menduduki senarai lima terbaik dikuti NINA kerana personalitinya yang sangat menarik.
Bagi FIRMAN, MUNA dan ZARIF, persembahana mereka terlalu selamat, cukup untuk mengelak daripada menghuni tangga tercorot.

Selain FAREZ yang tersingkir pada minggu ini, 2 pelajar lagi iaitu AMAN dan ZIHA patut memberikan ‘sesuatu’ yang woww untuk menyaingi rakan-rakan lain yang sudah melangkah di hadapan.
 
KREDIT GAMBAR : PAGE AKADEMI FANTASIA
Apapun, selagi jari menjad juri, macam-macam bisa terjadi. Jadilah penonton yang bijak, bukannya sekadar suka-suka sebab si ‘dia’ kenalan anda mahupun kekasih angan-angan anda. SELAMAT BERJAYA SEMUA PELAJAR! Terima kasih dan kredit kepada Abg Deegun untuk pandangan yang diberikan. 
 
KREDIT GAMBAR : PAGE AKADEMI FANTASIA
ADEL – JAHAT (STACY)
FIRMAN – RELAKAN JIWA (HAZAMA)
ZARIF – ADUH SALEHA (MAWI)
MUNA – PERCAYALAH (INDAH RUHAILA)
FAREZ – AWAN NANO (HAFIZ)
ZIHA – HATIMU MILIKKU (NERA)
NINA – ILLUSI (ADIRA)
AMAN – HANYA KAU YANG MAMPU (AIZAT)
EWAL – KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN (SHAHIR)
NUHA – AKU LEBIH TAHU (MILA)
AZWAN – IZINKANKU PERGI (KAER)

Li Na Bersara dari Arena Tenis

kredit : WTA

Pemain tenis China, Li Na baru-baru telah mengumumkan persaraan beliau dalam arena tenis selepas hampir 15 tahun selepas bertukar kepada pemain profesional pada tahun 1999. Li Na yang kini menduduki ranking keenam dunia mengambil keputusan menggantung raket pada usianya 32 tahun. Sehingga kini, pemain no.1 dari China tersebut memperoleh sekitar RM50juta wang kemenangan dalam kariernya termasuk sekitar RM10juta duit kemenangannya pada tahun 2014.


Fakta mengenai Li Na

1.       Pemain China pertama memenangi gelaran WTA. Beliau memenangi kejuaraan pada kejohanan Guangzhou International Women’s Open dan menjadi pemain China pertama pada ketika itu.

2.      Menjadi pemain pertama dari Asia dan memenangi kejohanan Grand Slam (Terbuka Perancis).

3.      Pemain yang menduduki rangking tertinggi dari Asia (lelaki/wanita) dalam sejarag tenis. Selepas Kimiko Date –Krumm merekodkan kedudukan tertinggi iaitu no.4 pada 1990, Li Na tampil memberi kejutan selepas menenangi Terbuka Perancis pada 2011 dan memasuki WTA Final pada 2013 (Naik no.3 dunia) dan meningkat ke kedudukan kedua dunia pada tahun ini di selepas kejohanan di Doha.

Kini Li Na sudah tiada lagi memeriahkan pentas kejohanan tenis dunia, semoga Li Na gembira dan menjalani hidup terbaik selepas ini. Sudah tentu seluruh rakyat China dan peminat tenis, peminat Li Na merinduinya.

Tuesday 16 September 2014

DKNY Tampil 3 Haruman Terbaru



Donna Karan, satu jenama yang tidak asing lagi dan sangat terkenal. Setelah tampil hangat dengan keluaran haruman DKNY Be Delicious pada 2004, seterusnya DKNY Be Delicious Fresg Blossom (2009) dan DKNY Golden Delicious (2010), rangkaian haruman dibawah label DKNY Be Delicious nampaknya sekali lagi tampil dengan haruman terbaru, edisi terhad yang menampilkan 3 haruman berbeza iaitu DKNY Be Delicious Sparkling Apple, DKNY Be Delicious Fresh Blossom Sparkling Apple dan DKNY Golden Delicious Sparkling Apple. Haruman ini tampil 50ml dalam EDP.

DKNY Be Delicious Sparkling Apple :
Top Notes : Green Apple, Red Currant, Watermelon
Heart Notes : Rose, Violet Leaves, Lily of the Valley, Tiare
Base Notes : Magnolia Wood, Sandalwood, Amber


DKNY Be Delicious Fresh Blossom Sparkling Apple:
Top Notes : Neroli, Apple, Tangerine, Pear
Heart Notes : Lily of the Valley, Pittosporum, Gardenia
Base Notes : Ambrette Seed, Musk, White Woods


DKNY Golden Delicious Sparkling Apple:
Top Notes : Grapefruit, Blackcurrant, Ginger
Heart Notes : Golden Apple, Lily of the Valley, Plum
Base Notes : Sandalwood, Amber, Musk

kredit gambar dan sumber dari fragrantica.com


Thursday 11 September 2014

Soalan UPSR 2014 BOCOR?


KREDIT : GAMBAR BH

Peperiksaan UPSR 2014 bermula pada Selasa lalu dengan kertas BM sebagai kertas pertama yang diduduki oleh semua pelajar yang mengambil UPSR pada tahun ini. Sudah pasti gemuruh dan pelbagai rasa yang dirasai oleh seluruh adik-adik yang melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Akan tetapi perjalanan yang sepatutnya diakhiri pada Khamis, 11 September 2014 ‘dikotori’ dengan pelbagai kontroversi yang melanda apabila diumumkan kertas UPSR bagi matapelajaran Sains didapati bocor.
 
Laporan AWANI

Laporan BH

Laporan SINAR HARIAN

Bukan itu sahaja, pada hari ini turut dikhabarkan kertas bagi Bahasa Inggeris 1 & 2 juga turut bocor sekaligus menyulitkan lagi pelajar yang menduduki peperiksaan yang berjumlah lebih dari 450 ribu orang. Kami di DL sangat bersimpati dengan nasib yang dialami oleh adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan yang besar ini. Persoalannya siapakah dalang bagi pecah amanah ini? Diharapkan individu yang bertanggungjawab kepada masalah yang melanda ini mendapat hukuman yang setimpal dengan apa yang dilakukannya. Bagi kertas Sains, pelajar UPSR akan mendudukinya pada 30 September 2014 ini.

Peserta-Peserta Mister International Malaysia 2014 (MIM2014)




Mister International 2014 sudah dapat dirasai debarannya, hampir kesemua negara yang terlibat dan menghantar wakil sudah bersiap sedia gempur dan bakal menggegarkan pentas Mister International 2014 yang bakal diadakan di Korea pada bulan Oktober ini. Setelah melihat beberapa wajah dan calon yang tersenarai, dapat dilihat persaingan yang sengit bakal berlangsung kelak. Antara negara yang dilihat bakal memberikan tentangan hebat seperti Mexico, Slovenia, Venezuela, Filipina, Thailand, Honduras, Turkey dan beberapa negara lagi.

James Ng (Mister International Malaysia 2013) Kredit foto dari LMen

Jose (Mister International 2013) Kredit foto dari LMen
Beberapa hari yang lalu, negara Thailand dan Filipina baru sahaja  menampilkan calon mereka bagi  beberapa pageant sekitar 2014/2015. Wakil ke pentas Mister International 2014 bagi Thailand adalah Vittawat Srikes (Phee), Filipina (Neil Perez). Adakah calon Malaysia yang terpilih ini dapat mengatasi kehebatan beberapa calon yang dianggap favourite? Jom kita lihat antara calon-calon yang diketengahkan oleh Mister International Malaysia 2014 ; (kredit foto dari MIM & gigacircle.com)

ASHVEEN
CJ
HAFIZ
IVAN
JASON
KEN
KEV
NEOH
NICK
NIGEL
TERENCE
TIMOTHY
YUEGENE
Menurut update yang dikongsikan oleh page MIM, khabarnya juara Mister International 2013, Jose akan turut hadir sebagai kemunculan khas. Jose yang juga wakil Venezuela turut hadir ke pentas akhir Mister International bagi negara-negara seperti Thailand, Filipina, Republik Czech dan banyak lagi. Mister International Malaysia 2014 akan diadakan pada 21 September 2014.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...