Tuesday 31 March 2015

Carta 20 Radio CTFM Kini Kembali!



Siti akan muncul di Konsert Unplugged Siti Nurhaliza 2015. Gambar SNTO

Carta ini menjadi antara madah dan pilihan pendengar untuk peminat penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza sebelum memberhentikan untuk seketika. Kini ianya kembali semula dengan tarikan dan pilihan lagi yang semakin bertambah.

Radio CTFM: Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza tampil semula dengan Carta CTFM yang menyepi sekian lama. Dengan plihan lagu lebih 150 buah lagu, Carta CTFM ini akan menyaksikan lagu manakah dari album-album milik Siti Nurhaliza menjadi pilihan undian dari pendengar dan peminat Siti Nurhaliza.

Tahukah anda bahawa Radio CTFM adalah radio yang hanya boleh didengari secara online di www.radioctfm.com dan dikelolai oleh peminat beliau yang berada di Singapura. Radio ini menjadi dan mendapat sokongan padu daripada peminat Siti sendiri. Radio online ini mula dilancarkan pada Jun 2009 dimana lagu Siti akan diputarkan.

Berbalik kepada carta, Carta 20 secara rasmi akan diumumkan oleh DJ Khyree pada 9.30 malam setiap Rabu. Kepada mereka yang ingin mengundi, boleh terus ke laman web rasmi CTFM atau boleh klik pada pautan yang kami sediakan ini -----> RADIO CTFM

Dalam perkembangan lain Siti, beliau akan muncul dalam Konsert Unplugged Siti Nurhaliza 2015 pada 7 April ini di Istana Budaya.

Friday 27 March 2015

SOO WINCCI, AARON AZIZ, IZARA AISYAH Bintangi Filem KAU YANG SATU


KREDIT FOTO MILIK PAGE WINCCI

Beliau seorang ratu cantik, beliau memiliki kepakaran dalam bidang peragaan, cekap memasak, sukakan nyanyian, pesona pemilik nama Soo Wincci usah diperkenal lagi. Penyanyi yang sedang gah di negara Taiwan ini melangkah maju ke hadapan dengan beberapa buah tangan terbaru. Setelah tampil dengan album antarabangsa dan mendaki carta di Taiwan menerusi album tersebut, Wincci bakal tampil menerusi filem terbaru yang kini sedang giat berlangsung pengambaran.

Kami di DL antara peminat Wincci, melihat beberapa keping gambar dan update yang dibuat oleh model ini, beliau sedang giat menjayakan antara watak terpenting dalam filem akan datang yang khabarnya berjudul KAU YANG SATU. Filem ini juga dibintangi oleh beberapa nama terkenal tanah air seperti Izara Aisyah, Aaron Aziz dan Zaidi Omar yang diarahkan oleh Osman Ali.
 
WINCCI menerusi update di FB rasmi miliknya. Kredit page Wincci
Menerusi filem ini, Wincci memegang watak Isabella. Tambah lagi, jika tidak silap filem ini juga diadaptasi dari sebuah novel yang juga judul yang sama, KAU YANG SATU, karya Nia Azalea.

Apapun, kita sama-sama nantikan perkembangan dan jalan cerita. Mesti sentuhan dari Osman Ali bakal menjadi fenomena lagi ya. Semoga karya ini mendapat sambutan, selamat maju jaya kepada semua pasukan, pelakon dan tenaga kerja KAU YANG SATU.

Thursday 26 March 2015

Malek Marcus McCrone, Dari Pelumba Basikal ke Peragawan Terkenal


KREDIT FOTO FB GLAM LELAKI

Bukan sahaja memilik raut wajah yang tampan, tahukah anda pemilik nama MALEK MARCUS McCRONE ini pernah menjadi pemain basikal yang terkenal suatu ketika dahulu. Kini, nama beliau meningkat naik dan gah dalam bidang peragaan. Jangan lupa dapatkan GLAM Lelaki April 2015 yang menampilkan jejaka kacak ini sebagai penghias muka depan GLAM Lelaki.

GLAM Lelaki April akan bermula dijual dengan harga terbaru iaitu RM7.42 iaitu termasuk 6% GST.

Wakil Vietnam Menang Mr Global 2015, Malaysia Cipta Rekod


Kredit Foto : Nguyen Tuan Khank
Make Up : Phuc Nghia
Stylist : Nguyen Duc Tan
Lam Toc : Chi Tam

Rasanya masih belum terlambat DL ingin mengucapkan jutaan tahniah buat wakil Vietnam, Nguyen Van Son apabila dinobatkan sebagai Mr Global International 2015, iaitu edisi kedua bagi pertandingan ini. Jejaka tinggi lampai dari Vietnam ini menewaskan 20 peserta lain di anjang pertandingan yang diadakan di Thailand. Thailand sudah dua kali menjadi lokasi utama bagi pertandingan ini.

Son untuk muka depan MOT MAGAZINE - Isu April, MOT adalah antara majalah fesyen terkenal di Vietnam. Kredit TOMG
Pada pentas akhir, Son jejaka kacak ini menundukkan cabaran terdekatnya, wakil Venezuela yang berpuas hati di kedudukan kedua. Wakil Malaysia pada edisi kali ni ialah Tuan Mohd Faiz. Malaysia sangat berbangga dengan pencapaian wakilnya apabila wakil kita menembuskan diri dalam kalangan 13 yang terbaik.
 
Crowning moment. Kredit foto page The Official Mister Global
Jom kita lihat beberapa foto rasmi dari FB Mr Global, wajah pemenang bagi 2015 – Nguyen Van Son dari Vietnam.


Kredit Foto : Nguyen Tuan Khank
Make Up : Phuc Nghia
Stylist : Nguyen Duc Tan
Lam Toc : Chi Tam
TOMGP

Kredit Foto : Nguyen Tuan Khank
Make Up : Phuc Nghia
Stylist : Nguyen Duc Tan
Lam Toc : Chi Tam

Kredit Foto : Nguyen Tuan Khank
Make Up : Phuc Nghia
Stylist : Nguyen Duc Tan
Lam Toc : Chi Tam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...