Wednesday 27 August 2014

Rumah Terbuka EIZAAZ FAREZ Meriah!



Syawal sudah melabuhkah tirainya, sudah tentu hari-hari terakhir Syawal ramai dalam kalangan kita merangka untuk membuat rumah terbuka Syawal bukan? Alhamdulillah, kami di DL menerima jemputan rumah terbuka dari Juara Mister Planet Malaysia 2014, Eizaaz Farez Zakaria di kediaman beliau, di Shah Alam pada 24 Ogos yang lalu.

Kelibat saudara mara serta sahabat handai Eizaaz memenuhi ruang kediaman beliau di sini termasuklah beberapa nama yang cukup dikenali dalam industri seperti Abg Oda Yunus, Zulyasrani, pereka fesyen Waridi dan ramai lagi. Kami semua disajikan dengan hidangan yang sangat enak oleh pihak tuan rumah seperti hidangan nasi, pelbagi lauk pauk hinggalah ke pencuci mulut yang menambat selera tetamu yang hadir sekitar jam 4 petang majlis bermula.

Ayuh kita lihat beberapa moment dan gambar yang sempat kami ‘tembak’ pada hari berkenaan. Gambar kredit dari DL sendiri dan teman, abg AdibSC.
















Terima kasih diucapkan sekali lagi buat Eizaaz atas jemputan tersebut, semoga dilimpahkan rezeki untuk anda sekeluarga. Buat pengetahuan semua, Eizaaz kini sedang giat menjalani latihan bagi persiapan beliau ke Mister Planet 2014 yang bakal diadakan di Manila, Oktober 2014 ini.

Wednesday 20 August 2014

'ERASER' Satukan Dhiya dan Queenz Cheng



Romantis, jalan cerita yang menarik serta dapat mengimbau kembali moment indah ketika zaman persekolahan dahulu. ESCAPE mempersembahkan filem pendek berjudul ERASER arahan Lee See Teck yang kini sudah menemui penonton di celcomescape.com. Filem pendek berdurasi sekitar 3 minit tersebut membawa cerita penuh pengajaran serta kisah cinta yang menarik. Cinta tanpa batasan kaum, Cinta juga dapat satukan negara yang lebih baik dan Cintalah Malaysia.

KREDIT : Koleksi dari DHIYA
Dalam filem pendek ini turut menampilkan Dhiya, finalist Hero Remaja 2012 sebagai Mohd Amir seorang jejaka dan periang, penyabar dan work hard serta penyanyi kumpulan MFACE iaitu Queenz Cheng sebagai peneraju utama.

Anda boleh layari link yang diberikan untuk menonton filem pendek ‘ERASER’ ini ---------> ERASER 1 & ERASER 2

NADAL Tarik Diri, FEDERER Diletakkan Pemain Pilihan di Terbuka Amerika Syarikat 2014


KREDIT : ZIMBIO.COM

Lebih kurang seminggu sahaja lagi, kejohanan Grand Slam terakhir iaitu Terbuka Amerika Syarikat bakal berlangsung. Kejohanan GS adalah kejohanan utama yang menjadi tumpuan rata-rata pemain dan penonton seluruh dunia. Berita yang baru diterima, pemain pilihan, Rafael Nadal tidak dapat bermain di Terbuka Amerika Syarikat atas faktor kecederaan yang dialaminya dan sekaligus memberi peluang terbuka kepada beberapa nama lain seperti Roger Federer, Novak Djokovic dan Andy Murray untuk memenangi kejohanan ini.

Dengan ketiadaan Nadal, Federer secara langsung diletakkan sebagai pilihan kedua dimana Federer tidak akan bertemu dengan pilihan pertama, Novak Djokovic hingga final. Kemungkinan besar pada tahun ini menyaksikan pertemuan Federer-Djokovic pada aksi final jika mereka mampu menewaskan lawan masing-masing sebelum melangkah ke final.

Tuesday 19 August 2014

[TERBARU] WOMAN Haruman Terbaru Christina Aguilera



Penyanyi terkenal antarabangsa, Christina Aguilera tampil dengan haruman terbaru yang digelar WOMAN yang bakal berada di pasaran pada September 2014. Haruman yang mengetengahkan ciri penuh feminin, sensual ini mempunyai reka bentuk botol yang sangat menarik.

Nota haruman pada WOMAN kali ini adalah bergamot dan pink pepper, pear pada nota atas. Middle notes pula menampilkan daun violet dengan sentuhan madu manakala asasnya pula golden amber, tonka bean dan sandalwood. WOMAN hadir dalam EDP 30ml, 50ml dan 75ml.
Kredit dan sumber : fragrantica.com

Sunday 17 August 2014

Paris Hilton Tampil Single Kedua & MV Terbaru "Come Alive"


kredit : wallpampers.com

Sudah lama penyanyi dan selebriti terkenal dunia, Paris Hilton sudah tidak tampil dengan sentuhan dan album terbaru, kali terakhir rasanya sekitar 2006 menerusi album PARIS yang menggunakan namanya sebagai tajuk album. Menerusi album tersebut juga yang menampilkan 11 buah lagu turut menyaksikan beberapa buah lagu seperti STARS ARE BLIND, TURN IT UP, NOTHING IN THIS WORLD mengungguli dan terkenal di seluruh dunia.

Kini, selebriti berkulit cerah tersebut tampil dengan karya terbaru berjudul ‘COME ALIVE’, single keduanya dipasaran. Selain tampil dengan lagu, MV bagi lagu ini juga dilancarkan beberapa bulan lepas yang menyaksikan olahan ‘fairy-tale’ pada hampir keseluruhan tema lagu tersebut yang sangat cantik. Paris juga dilihat antara selebriti yang sering tampil dengan gaya penuh anggun pada MV yang dihasilkan termasuklah MV sebelum ini.

MV yang berdurasi sekitar lebih 4minit ini menyaksikan fantasi empunyai diri dengan penuh ilham yang sangat menarik. Pada perkembangan lain, khabarnya album terbaru beliau kemungkinan akan dipasarkan sekitar penghujung tahun ini.

Sebelum ‘COMES ALIVE’, Paris Hilton tampil dengan single pertama berjudul ‘GOOD TIME’ sekitar tahun lepas.

Olahan : news, rollingstone, mtv.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...