Monday 30 November 2015

Mister Planet Malaysia 2016 (Musim Ketiga)




Bertemakan ekopelancongan domestik serta melestarikan alam sekitar, pertandingan Mister Planet Malaysia kini kembali untuk musim ketiga selepas kemenangan wakil Kedah (Eizaaz) dan Perlis (Nazmi) untuk musim sebelumnya. Dianjurkan oleh organisasi Malaysian United Nations Pageants (MUNP) dan disokong sepenuhnya oleh agensi kerajaan dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, program ala ratu cantik versi lelaki ini bukan sahaja mempertaruhkan paras rupa untuk melahirkan pelapis muda bagi mewarnai pentas peragaan tempatan, malah berfungsi sebagai platfom untuk membentuk personaliti yang boleh diangkat sebagai ikon dalam segala aspek.

Menurut pengarah MUNP, En Azman Bosri juara bakal mewakili negara ke pertandingan peringkat dunia yang bakal diadakan pada 2016 atau 2017 selain finalis juga bakal berpeluang menggalas tugas sebagai duta kecil Malaysia ke pentas dunia dalam beberapa pertandingan berlainan.

16 finalis yang bertanding ini mewakili 16 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Sepanjang program ini berlangsung, mereka wajib mengikuti pelbagai aktiviti yang disusun khas oleh pihak pengurusan termasuk kelas ketrampilan diri serta kelas komunikasi.

Senarai 16 orang peserta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...