Tuesday 26 April 2016

Wakil Melaka [ZARUL ZAQWAN]





ZARUL ZAQWAN, jejaka mewakili negeri Melaka ini ingin kongsikan serba sedikit prihal negeri yang diwakilinya pada pentas Mister Planet Malaysia kali ini. Beliau juga menegaskan personaliti yang utuh dan menarik antara perkara penting bagi seseorang bergelar Mister Planet Malaysia.

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
“Negeri Melaka merupakan salah satu negeri yang sememangnya sinonim dengan sejarah sehingga terkenal di seluruh dunia. Melaka dimana segalanya bermula, dari menjadi sebuah tempat berteduh Parameswara sehinggalah menjadi sebuah pusat dagangan antarabangsa, malah telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Bandaraya Warisan Dunia. Bukan itu sahaja, bumi Hang Tuah ini telah menjadi hub sektor pelancongan yang membawa Malaysia ke mata dunia. Melaka juga merumpunkan komuniti yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Peranakan Baba & Nyonya serta Portugis. Dari komuniti ini terhasilnya variasi masakan yang melambangkan identiti etnik masing-masing. Sebagai peneraju Bandar Teknologi Hijau, Kerajaan Negeri telah melaksanakan usaha dalam memelihara dan memulihara prasarana dana infrastruktur negeri Melaka dalam menepati kriteria status tersebut. Bangunan lama diberi nafas baru, telah dicat semula sekaligus dapat menarik minat pelancong yang hadir”.

CIRI-CIRI UNTUK DINOBATKAN SEBAGAI MISTER PLANET MALAYSIA 2016
“Pada pendapat saya, antara ciri-ciri penting yang perlu ada untuk menjadi Mister Planet Malaysia ialah berpesonaliti menarik, mempunyai sifat kepimpinan dan keyakinan diri serta sifat rendah diri dan empati”.

Kredit
Mister Planet Malaysia
Foto Arazzsrazzswill
T-Shirt : Pinopanda
Selempang Rasmi : Wan Huzairil
Make Up & Hair Do by Kahoo
Lokasi : KL Bird Park

Thursday 14 April 2016

Wakil Kedah [FAEZ BAHARUDDIN]




FAEZ BAHARUDDIN, jika sebelum ini beliau pernah menyertai HotSearch Mister Malaysia pada tahun lalu, kini jejaka yang mewakili Negeri Kedah Darul Aman bersaing hebat bersama peserta lain seluruh Malaysia di pentas Mister Planet Malaysia 2016. Jejaka berusia 25 tahun ini turut menegaskan bahawa untuk tampil lebih menyerlah di pentas MPM2016, setiap peserta harus bijak dan berpengetahuan luas tentang isu semasa, fesyen dan lain-lain. Kini, jejaka yang bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran ini telah bersedia menuju hari kemuncak MPM2016.

KEDAH DARUL AMAN
“Jika anda ingin menikmati kelainan termasuk melihat bunga mangkuk beruk dan bunga kembang tiga bulan, bertandanglah bersama keluarga ke puncak Gujung Jerai, iaitu satu destinasi peranginan terkenal di Kedah. Sambil menikmati keindahan alam semula jadi, telinga anda semua akan dijamu dengan pelbagai bunyi unggas dan serangga serta kicauan merdu sang burung yang girang hidup di hutan rimba. Gurung Jerai di daerah Yan, Kedah adalah gunung tertinggi di Utara Semenanjung. Di puncak gunung itu pelbagai kemudahan disediakan oleh Kedah Resort Sdn Bhd, termasuk 30 unit chalet dan bilik penginapan antara RM40-RM110 untuk satu malam. Bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak, mereka boleh meredah hutan melalui denai yang ada sambil menikmati keindahan dan keunikan flora dna fauna hutan tropika di tanah tinggi itu. Alangkah seronok berjalan dibawah payungan pokok hutan yang rimbun. Pastinya kepenatan tidak terasa kerana suasananya sentiasa dingin dan udaranya sangat nyaman".

CIRI-CIRI UNTUK DINOBATKAN SEBAGAI MISTER PLANET MALAYSIA 2016
“Haruslah bijak, berpengetahuan luas tentang isu semasa, fesyen dan lain-lain. Selain itu untuk menjadi Mister Planet Malaysia, seorang jejaka tersebut haruslah berkeyakinan tinggi apabila berdepan dengan masyarakat, malahan penampilan haruslah kemas dan menarik. Bukan itu sahaja, mereka juga sentiasa bersedia menerima arahan, berfikiran terbuka, positif serta sedia menerima kritikan dan pandangan”.

Kredit
Mister Planet Malaysia
Foto Arazzsrazzswill
T-Shirt Pinopanda
Selempang Rasmi Wan Huzairil
Make Up & Hair Do by Kahoo
Lokasi KL Bird Park

Tuesday 12 April 2016

Wakil P.Pinang [NAZIRUL MUBIN]




NAZIRUL MUBIN, rata-rata pemerhati Mister Planet Malaysia 2016 di laman sosial meletakkan beliau di kedudukan tertinggi dalam senarai peserta Mister Planet Malaysia pada tahun ini. Jejaka berusia 26 tahun yang mewakili Pulau Pinang ini bersemangat ingin kongsikan lokasi, kisah yang menarik prihal negeri yang diwakilinya di pentas Mister Planet Malaysia 2016, Pulau Pinang.

“Ekopelancongan yang menarik perlu orang awam tahu tentang PP adalah Penang Go Greener. Konsep ini diperkenal oleh kerajaan negeri bagi menyahut seruan dunia berkaitan dengan green & sustainablity. Kami disarankan kerap berbasikal (tidak kira ke tempat kerja @ bersiar-siar). Sejajar dengan itu, pihak negeri telah menyediakan papan tanda berbasikal di hampir semua jalan raya di PP. Runsing kerana tidak punyai basikal ketika di PP? Kini tidak lagi kerana banyak pengusaha yang menjalankan perniagaan sewa basikal di kawasan Bandaraya Georgetown. Hal ini demikian kerana pengusaha sewa basikal di PP wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan”.

CIRI-CIRI UNTUK DINOBATKAN SEBAGAI MISTER PLANET MALAYSIA 2016
“Kriteria yang perlu ada pada seseorang individu untuk bergelar Mister Planet adalah mempunyai perwatakan yang menarik, seorang Mister Planet kini adalah seorang semi-selebriti. Selain daripada itu, ilmu pengetahuan juga perlu mantap supaya mereka sentiasa bersedia menjawab sebarang pertanyaan yang bakal diajukan. Tambahan lagi, EQ juga memainkan peranan penting, hal ini kerana seorang Mister Planet akan berhadapan dengan pelbagai jenis ragam manusia berlainan jantina serta umur”.

Kredit
Mister Planet Malaysia
Foto Arazzsrazzswill
T-Shirt Pinopanda
Selempang Rasmi Wan Huzairil
Make Up & Hair Do by Kahoo
Lokasi KL Bird Park

Monday 11 April 2016

Wakil Perlis [FAUZI MOHAMAD]




Memiliki bentuk tubuh yang menawan bukanlah satu perkara yang mudah, ia memerlukan ketekunan, tahap disiplin yang tinggi untuk mencapainya. Jejaka mewakili negeri Perlis Indera Kayangan ini telah membuktikan bahawa dengan kesemua elemen tersebut, beliau kini berpuas hati kerana memiliki bentuk tubuh yang menjadi idaman kebanyakan jejaka diluar sana. Fauzi Mohamad, jejaka berusia 28 tahun (juga seorang jurulatih kecergasan) ini tampak bersedia untuk bersaing dengan teman-teman dalam persaingan merebut mahkota kejuaraan Mister Planet Malaysia 2016.

PERLIS INDERA KAYANGAN
“Antara tempat yang mencuri tumpuan di Perlis adalah Ladang Tebu Chuping. Sebagai sebuah pekan kecil di Perlis,  Chuping punyai keunikannya yang tersendiri. Manakan tidak, lokasi ini merupakan tempat dimana letaknya ladang tebu TERBESAR DI MALAYSIA. Tahukah anda bahawa keluasan ladang tebu ini adalah seluas 22,000 hektar. Tambahan lagi, ladang tebu ini juga mempunyai geografi yang menarik menjadikannya ia satu panorama indah yang mampu dinikmati sepanjang perjalanan sebelum tiba di Padang Besar”.

CIRI-CIRI UNTUK DINOBATKAN SEBAGAI MISTER PLANET MALAYSIA 2016
“Selain mudah belajar, beretika dan pencinta alam sekitar,  Mister Planet Malaysia juga harus peka dan perihatin terhadap perkembangan sosioekonomi, bencana alam, politik Malaysia dan informasi terkini industri seni tanah air”.

Kredit
Mister Planet Malaysia
Foto : Arazzsrazzswill
T-Shirt : Pinopanda
Selempang Rasmi : Wan Huzairil
Make Up & Hair Do by Kahoo
Lokasi : KL Bird Park
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...