Sunday 30 November 2014

SHARAPOVA Dominasi 8 Pencalonan WTA Fan Favourite Awards


Nampaknya, pesona pemain tenis Rusia, Maria SHARAPOVA sukar dijatuhkan malah auranya sehingga kini masih mendapat perhatian pelbagai sudut. Terbaru dapat dilihat, pemain yang memenangi Grand Slam Kedua Terbuka Perancis 2014 ini mendominasi pencalonan Anugerah Pilihan Peminat WTA 2014 dengan 8 kategori daripada 13 kategori yang dipertandingkan.

Pada tahun 2014 juga turut menyaksikan beliau menjuarai buat kali ketiga kejohanan Porsche Tennis Grand Prix dan kini sudah mempunyai 3 buah kereta Porsche. Selain Maria, Serena, Simona, Ana, Petra dan beberapa nama lain juga turut tersenarai. Bagi kategori WTA Match of the Year, MARIA menerima 3 pencalonan iaitu kejohanan di Madrid (Halep), Cincinnati (Ivanovic) dan Wuhan (Bacsinszky). Senarai pencalonan Anugerah Pilihan Peminat WTA 2014 adalah;

1.       Fan Favourite Single Player
2.      Fan Favourite Double Team
3.      WTA Tournament of the Year
4.      WTA Match of the Year
5.      Grand Slam Match of the Year
6.      Favourite Player on Twitter
7.      Favourite Player on Facebook
8.      WTA Video
9.      WTA Live Show
10.   Tweet of the Year
11.    Selfie of the Year
12.   Twitter Mirror Photo of the Year
13.   Best Dress of 2014
 
Maria turut tersenari dalam kategori Grand Slam Match of the Year dan Best Dress 2014 menerusi kejohanan di Roland Garros. 

Pada tahun 2014 ini, Maria tersenarai bagi kategori ;

1.       Fan Favourite Single Player
2.      WTA Match of the Year ( vs Simona Halep in Madrid) ( vs Ana Ivanovic in Cincinnati ) ( vs Timea Bacsinszky in Wuhan )
3.      Grand Slam Match of the Year (vs Simona Halep in Roland Garros)
4.      Favourite Player on Twitter
5.      Favourite Player on Facebook
6.      Tweet of the Year
7.      Selfie of the Year
8.      Best Dress of 2014 (Roland Garros)


Lirik GANTUNG - Syura


kredit rakuten.com.my (RockCorner)


LAGU : GANTUNG
PENYANYI : SYURA
LIRIK/KOMPOSER : EDRY ABD HALIM
ALBUM : SIMBOLIK CINTA (MINI ALBUM 2014)

Jika Aku Bertanya, Apakah Akan Kau Berkata
Jujur Tentang Segala Isi Di Dalam Hatimu
Walaupun Sebenarnya Semuanya Sudahku Baca
Namun Ku Mahu Mendengar Dari Bibirmu Dulu

Kiranya Kau &  Aku Dah Tiada Lagi
Kiraya Cinta Sudahpun Terkubur Mati

(**)
Usah Sayang Dalam Benci
Usah Rindu Dalam Jemu
Memaksa Hatimu Berpura Tanpa Merasai
Dan Usah Cuba Dalam Kelu
Usah Belai Tak Bersentuh
Kau Biar Cinta Kita Gantung...Tak Bertali
Gantung..

Daripada Terseksa Lebih Baik Lepaskan Saja
Ikatan Yang Telahpun Terlerai Sekian Lama
Jika Benar Mencinta Yakinkan Diriku Semula
Masih Adanya Esok Dalam Kisah Cinta Kita

Kiranya Kau &  Aku Dah Tiada Lagi
Kiraya Cinta Sudahpun Terkubur Mati

(**)
Usah Sayang Dalam Benci
Usah Rindu Dalam Jemu
Memaksa Hatimu Berpura Tanpa Merasai
Dan Usah Cuba Dalam Kelu
Usah Belai Tak Bersentuh
Kau Biar Cinta Kita Gantung...Tak Bertali

Ulang **  1x



Tuesday 25 November 2014

Dominasi Peserta Lelaki, WILL Dijangka Juarai America's Next Top Model 21




Program pencarian model terulung yang dikelolai oleh supermodel terkenal, Tyra BanksAmerica’s Next Top Model bagi musim ke-21 kini semakin hangat. Bukan sahaja penuh dengan drama, kini pencarian tersebut semakin berada di kemuncak apabila TOP4 sudah diketahui. Kini hanya tinggal 5 peserta yang kelihatan didominasi oleh peserta lelaki iaitu seramai 3 orang manakala 1 daripadanya adalah wanita.

WILL menjadi perhatian dan pilihan untuk juara. Adakah WILL menjadi juara lelaki pertama dalam sejarah ANTM?
Pada episod yang ke-13 menerusi tema “The Girl Who Gets Caught in a Lie”, wanita unik, Chantelle terpaksa akur menerima kekalahan dan penyingkiran kedua apabila gambar pada sesi kali ini hambar dan menyebabkannya tersingkir buat kali kedua. Faktanya, beliau pernah tersingkir pada sebelum ini, iaitu pada minggu ‘make-over’ akan tetapi ANTMComeback telah menyerapmasuk beliau dan bersaing semula bersama-sama peserta lain.

Bagi episode ke-14, gadis lincah, Shei terpaksa pulang apabila gambar yang bertemakan Elvis Presley dan Marilyn Monroe yang digayakan olehnya sedikit hambar berbanding peserta lain. Adam Smith diumumkan sebagai best-photo.
 
Lenox menjadi peserta tunggal wanita yang tinggal.
Kini hanya tinggal Will, Adam, Keith, dan Lenox yang meneruskan perjuangan untuk memenangi gelaran America’s Next Top Model bagi musim ini. Adakah pada musim ini lelaki pula akan memecah tembok penguasaan wanita sejak dari musim pertama? Dalam ANTM, peserta lelaki telah mula diserapmasuk sejak dari musim lalu iaitu ANTM20 yang menyaksikan peserta lelaki Marvin terpaksa akur apabila tewas kepada Jordan, peserta wanita pada peringkat akhir. adakah Will, Keith atau Adam akan menyerlah pada kali ini? jika diberi pilihan, kami di DL memilih Will (lelaki) atau Lenox (wanita) untuk menjuarai pertandingan ini. Semua gambar kredit page ANTM21

Monday 24 November 2014

Keputusan Penuh Starz Hunk International 2014


TOP3. Kredit gambar dari Starz Hunk International 2014

Tahun 2014 bukan sahaja memperlihat beberapa nama yang menyerlah dalam beauty pageant seperti Tanisha DeMour (Juara Miss Teen International 2014) bersama pasukan, dan beberapa nama lain, kini terbaru wakil Malaysia ke Starz Hunk International 2014, Saw Chao Wei pula membawa nama Malaysia tersenarai dalam TOP5 malahan TOP3 yang terbaik pada malam final beberapa hari yang lalu.

Wakil Mongolia. Kredit gambar dari page Starz Hunk International 2014
Bukan sahaja menduduki Tempat Ketiga, tampak manis lagi jejaka yang berasal dari Pulau Pinang ini juga turut menggondol tiga anugerah sampingan iaitu Mr BestTalent, Mr Fitness dan Mr Fabulous Body. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Filipina menerusi wakilnya, JM Sungalo apabila dinobatkan sebagai Juara Starz Hunk International 2014. Selain Saw Chao Wei, Malaysia juga turut menghantar seorang lagi wakil, Fizul Nawi pada pertandingan tersebut. Tempat kedua dimenangi oleh wakil Mongolia, Enkthuwshin. Ini keputusan penuh Starz Hunk International 2014
 
Wakil Malaysia. Kredit gambar dari page Starz Hunk International 2014

Winner : JM Sunglao (Philippines)
1st runner-up : Enkhtuwshin (Mongolia) – juga turut memenangi bagi Best Model & Mr Photogenic
2nd runner-up : Saw Chao Wei (Malaysia) – turut memenangi bagi Mr Fitness, Mr Best Talent dan Mr Fabulous Body.
4 Singapura
5 Thailand
Mr Popularity : AJ (Philippines)
Best National Costume : Tony Haryanto (Indonesia)
Mr Charming : Kon Tiger Toch (Cambodia)
Best Smile : Maha Bala (Myanmar)
Mr Goodwill : William Huang (Indonesia)
 
Wakil Malaysia. Kredit gambar dari page Starz Hunk International 2014
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang bertanding. Terima kasih juga buat page International Male Pageants atas keputusan yang dikongsikan. Kredit kepada page tersebut dan page Starz Hunk International 2014

Sunday 23 November 2014

FATTAH AMIN 'Juara' MASKULIN Disember 2014




Teka-teki siapakah jejaka yang bakal tampil menghiasi edisi penutup 2014 bagi Maskulin akhirnya terjawab apabila pelakon yang berbakat besar, Fattah Amin dipilih kali ini. Bukan sahaja memiliki rupa yang menarik dan tinggi lampai, pelakon yang kini sedang hangat menerusi drama Cinta Ibadah ini juga turut melonjak perubahan yang dilihat menerusi lakonannya di kaca televisyen. Kami di DL amat tertarik percaturan yang dibuat oleh team Maskulin, pada edisi kali ini kerana mereka membuat survey dan undian daripada pembaca untuk membuat pilihan siapakah yang layak dan patut diketengahkan menerusi edisi penutup 2014 ini. Satu pujian buat team Maskulin kerana sehingga kini masih meletakkan peminat dan pengikut majalah sebagai satu corak dan cara mendekatkan diri dengan mereka. Tahniah Maskulin.

Dapat dilihat, pada kali ini, konsep lebih kepada santai dan pelbagai input dikongsikan menerusi edisi kali ini. Selain itu, terdapat juga rentetan 2014 Malaysia menjadi tumpuan dunia sepanjang tahun ini serta halaman fesyen yang menampilkan 17 stail ubah penampilan urbanis muda. Semuanya terdapat dalam Maskulin penutup 2014, Disember ini.
 
Antara gambar Fattah menerusi MASKULIN. Kredit IG Maskulin.
Ayuh jangan lupa dapatkan Maskulin di pasaran tidak lama lagi yang menampilkan Fattah Amin, seorang juara berbakat besar sebagai penghias muka depan Maskulin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...