Monday 30 December 2013

Gisele Bundchen Wajah Baru Pantene




Dilaporkan, supermodel terkaya dunia yang sukar digugat, Gisele Bundchen kini dilantik menjadi wajah baru bagi jenama Pantene. Wanita berusia 33 tahun tersebut berganding bersama Queen Latifah, Zooey Deschanel dan Eva Mendes untuk menjadi wajah popular bagi jenama tersebut.

Gisele merasakan bahawa Pantene membantu rambutnya kelihatan sihat. Beliau juga yakin dan percaya perjanjian menjadi wajah kepada produk sebegini menjana sekurang-kurangnya beberapa juta ke dalam akaun bank model. Tambahan lagi, Gisele juga pernah menandatangani kontrak kecantikan bersama Chanel yang dilaporkan bernilai sekitar RM12 juta. (financialexpress)

Sharapova Wins in Brisbane




Maria Sharapova won her 1st match on her return from injury at the Brisbane International. In 1st round, she defeated Carolina Garcia of France 6-3 6-0 in 64 minutes. There was only break in the 1st set in the second game in Maria’s 1st WTA match since August. Maria secure the set 6-3 in 40 minutes. 2nd set, Maria took only 24 minutes as Maria wrapped up victory over 20-year-old for her 1st WTA win since July. (mariasharapova.com)

Saturday 28 December 2013

Zulfahmi Khairuddin dalam Maskulin Januari 2014




Sedang mencari halaman yang menarik pihal jejaka dan lelaki? Haaa, nah kami menampilkan dan mencadangkan anda MASKULIN yang kini sudah melampirkan isu bagi Januari 2014. Menampilkan pelumba moto3 yang sedang hangat ini sebagai penghias muka depan adalah satu percaturan yang menarik. Siapa yang tidak kenal dengan Zulfahmi Khairuddin. Apakah yang dimaksudkan dengan …MASIH RELEVAN? Dapatkan juga pelbagai isu yang diketengahkan dalam halaman dan setiap helaian yang ditampilkan ini. Jadi, jangan lupa dapatkan naskah anda dengan segera tidak lama lagi dipasaran.

Friday 27 December 2013

(Pilihan Penonton) Kejutan Minggu 6 Pencetus Ummah


Dikatakan antara persembahan terbaik top3 setiap minggu, PU Rahmat

Cabaran kian mencabar, kini hanya tinggal 6 peserta yang masih bersaing dalam program pencarian pendakwah terulung negara..! siapakah yang bakal meneruskan perjuangan hingga ke penghujung program ini?  Malam semalam, bermulah percaturan minggu keenam yang menyaksikan 6 peserta berentap dengan hujah dan dakwah dibawah tema PILIHAN PENONTON. Selain itu juga, semalam menyaksikan peserta berbakat dan kreatif, PU Sufian tidak bernasib baik apabila diumumkan tersingkir lalu memberi laluan kepada 2 peserta yang mendapat undian terendah pada minggu lepas, PU Hafiz dan PU Fakhrul meneruskan perjuangan pada minggu ini.

PU Fakhrul memilih Bulan Ramadan sebagai tajuknya.



Dengan bertemakan PILIHAN PENONTON yang agak menarik pada minggu ini, topik mereka adalah daripada pilihan penonton yang memberikan cadangan melalui lama facebook rasmi Pencetus Ummah sendiri. Setiap minggu dapat dilihat, corak penyampaian mereka pada pentas program ini nampaknya semakin matang dan semakin bertenaga. Antara topik yang diberikan kepada peserta mengikut tema PILIHAN PENONTON pada minggu ini adalah ;

PU Yeop tampil dengan 2 pelakon tambahan

PU FAKHRUL – BULAN RAMADAN
PU HAFIZ – ADAT vs SYARIAT
PU SALMAN – DOKTOR
PU SHAHUL – MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
PU YEOP – PERANG BADAR
PU RAHMAT – SURAH AL-ASR

Dilihat pada malam semalam, bagi pandangan pihak DL sebagai penonton, antara peserta yang terbaik pada malam semalam adalah PU RAHMAT & PU SHAHUL. Mereka antara peserta yang menyampaikan hujah dan dakwah dengan begitu bertenaga dengan respon yang agak baik daripada pihak juri. Peserta undian terendah minggu lepas, PU HAFIZ juga tidak kurang hebatnya semalam dengan topik ADAT vs SYARIAT yang menampakkan beliau semakin selesa dengan penguasaan pentas dan corak penyampaian yang disampaikan.

PU Shahul kelihatan kian selesa saban minggu
PU Hafiz lepasi TOP3 minggu ini

3 peserta yang mendapat markah terendah pada minggu ini adalah ;

PU SALMAN – DOKTOR
PU FAKHRUL – BULAN RAMADAN
PU YEOP – PERANG BADAR

PU Salman dengan tajuk Doktor

Malam semalam juga diumumkan satu kejutan kepada penonton apabila undian kini dibuka kepada semua peserta iaitu penonton boleh mengundi kesemua peserta yang masih tinggal dalam program ini termasuk yang tidak tersenarai dalam 3 peserta terendah sekaligus pada minggu hadapan adalah minggu bagi separuh akhir. Penonton boleh mengundi di www.pencetusummah.com iaitu sehari sekali. Selamat mengundi..!

kini tinggal 6 peserta yang bertanding di pentas Pencetus Ummah

Thursday 26 December 2013

SOO WINCCI Tersenarai TOP100 Wanita Tercantik Dunia




Kecantikannya sangat terserlah, gayanya penuh santai dan sangat menyukai beliau dalam arena masakan, nama Soo Wincci bukan asing lagi kepada yang mengikuti program masakan Malaysia, Masterchef Malaysia All Stars kini. Bekas Miss World Malaysia 2008/2009 ini dilihat sangat lemah lembut dan sudah tentu memiliki rupa paras yang menawan.

Terbaru, Soo Wincci telah tersenarai dalam Indipendent Critics sebagai salah seorang dari 100 Wanita Tercantik Dunia pada tahun 2013. Menyerlah dengan kedudukan ke-91 dari 100 orang, bagi DL sudah cukup terbaik bagi wanita ini yang semakin berkembang kerjayanya di Taiwan. Selain Wincci, beberapa wanita cantik juga tersenarai buat pertama kali seperti Gabriella Wilde dari UK dan Marcela Guirado dari Mexico.


Selain sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan model, penyandang ratu cantik ini juga telah melancarkan album terbaru berbahasa Melayu yang berjudul Su Win Si by Soo Wincci dan sudah berada di pasaran pada 20 Disember 2013.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...