Tuesday 23 December 2014

SITI NURHALIZA dalam HER WORLD Januari 2015




Selebriti cantik dan figura kesayangan ramai, Dato’ Siti Nurhaliza membuka tirai 2015 dengan tampil penuh menawan dalam majalah HER WORLD edisi Januari 2015. Ketahui cerita covergirl HER WORLDSITI NURHALIZA lebih lanjut dengan mendapat naskah anda dipasaran dengan harga RM7.

KREDIT : PAGE HER WORLD MALAYSIA

MASKULIN Januari 2015 Lebih Segar




Saban tahun, sudah pasti pengikut majalah unggul lelaki no.1 Malaysia – MASKULIN menantikan siapakah gerangan yang menjadi wajah halaman hadapan. Nah, MASKULIN dengan bangganya meletakkan pelakon berbakat besar, Amar Baharin sebagai penghias muka depan bagi Januari 2015. Bukan sahaja seorang yang berbakat besar, nama Amar juga sering menjadi perhatian dan pilihan pengarah bagi membintangi drama-drama di Malaysia.

Bukan itu sahaja, tampaknya pada kali ini pembikinan dan olahan serta konsep bagi halaman MASKULIN tampak lebih segar. Tahniah kepada team MASKULIN kerana sentiasa menampilkan kelainan. Semoga terus berjaya. Dapatkan MASKULIN di pasaran dengan harga SM RM6.50

Thursday 18 December 2014

SABRINA BENEETT Bersedia 'Gegarkan' Pentas Miss Universe 2014 di AS

KREDIT : PAGE MUMO

Anjang Miss Universe 2014 yang diadakan pada Januari 2015 nampaknya semakin dirasai segelintir pengikut besar acara ini, lebih-lebih lagi berkaitan dengan peragaan bagi busana anggun petang serta baju kebangsaan yang akan menjadi daya tarikan acara tersebut. 

Setelah negara jiran, Thailand tampil pada sidang media kelmarin dengan evening gown yang cantik serta national costume yang menawan. Menerusi wakil mereka, Pimbongkod Chankaew – gadis tinggi lampai ini akan mengenakan baju kebangsaan bertemakan ‘Shadow Play of Siam. Khabarnya, lebih menarik lagi evening gown berona soft cream yang digayakan oleh Pimbingkod adalah rekaanya sendiri.

baju kebangsaan bertemakan ‘Goddes of Kenyalang

KREDIT : PAGE MUMO
Semalam, wakil Malaysia Sabrina Beneett tampil dengan baju kebangsaan bertemakan ‘Goddes of Kenyalang’ yang diilhamkan oleh Adila Long serta evening gown berona tembaga pula mendapat sentuhan pereka popular Fiziwoo.  Kelihatan Sabrina sudah bersedia untuk menggegarkan pentas Miss Universe tidak lama lagi. Berdasarkan gambar bagi kedua-dua elemen tersebut, kelihatan beliau sangat bertenaga dan memperlihat tahun ini Malaysia amat menyerlah dalam menghasilkan national costume serta evening gown yang hebat. Kami di DL sangat memuji perician yang dibuat pada national costume tersebut. Tahniah kepada pasukan MUMO!

KREDIT T-PAGEANT
KREDIT T-PAGEANT. BAJU KEBANGSAAN THAILAND
KREDIT T-PAGEANT
Sama-sama nantikan kejutan pada kemuncak Miss Universe 2014 yang diadakan di Doral, Miami pada 25 Januari 2015.

Tuesday 16 December 2014

"MANI Sebuah Karya yang Berbeza" - SYAFIE MAHYANI



KREDIT LEJEN
Setelah mendapat title Bestseller untuk karya pertamanya, Wanita Kimono Merah tidak membuat jejaka Syafie Mahyani berada dalam zon selesa. Kini penulis berbakat besar ini tampil dengan karya terbaru yang khabarnya lebih panas dan lebih hebat- MANI : Wanita Kebaya Kuning, secara rasmi berada di pasaran pada minggu lalu.

MANI : WANITA KEBAYA KUNING adalah sebuah cerita yang berbeza dengan WANITA KIMONO MERAH, lebih mendebarkan dan tentunya penceritaan serta penulisan yang berbeza, ujar penulis melalui sesi tembual secara online dijalankan.  Lebih manis lagi, novel yang mula dijual di Expo Buku 1Malaysia ini dinobatkan ditempat #1 novel dari Lejen paling laku..! Wah, permulaan yang sangat baik. Bukan itu sahaja, karya bestseller beliau yang pertama WANITA KIMONO MERAH tersenarai di tangga #14 novel paling laku di expo tersebut.



Ketika ditanya prihal kontroversi mengenai karya pada awalnya, Syafie punyai jawapan sendiri. “Memang mengejutkan dan sedikit memberi tekanan. Akan tetapi saya cuba lihat dari sudut positif. Ya, mereka sudah menilai sebelum membacanya, sejujurnya lagi, saya tak sabar untuk mendengar reaksi pembaca. Memang ada beberapa pembaca yang suka akan cerita itu dan mereka tidak pula menimbulkan isu bahawa karya itu hanya didasari oleh sesuatu yang ramai katakan, karya lucah. Kedua, penulisan saya pada kali ini lebih matang berbanding WKM dan bagi saya kedua-dua karya ini saya sendiri sangat berpuas hati dan punyai keistimewaan tersendiri”, tegasnya.

“Tinggi harapan saya untuk karya kedua ini. Selain dekat dengan diri saya sendiri, saya berharap pembaca puas dan menikmatinya, itu yang penting”, jelas beliau. Pada perkembangan lain, penulis ini berhasrat juga untuk tampil dengan novel ketiganya pada 2015 ini.


DOMINASI LELAKI : Tahniah Syafie Mahyani untuk karya tersebut, semoga terus cemerlang dan menghasilkan sesuatu yang berguna dan menarik kepada pembaca.

Ratu Afrika Selatan Dimahkotakan Miss World 2014, Malaysia Cipta Kejutan!


Rolene Strauss kini bergelar Miss World 2014. Kredit missosology

Bukan sahaja memiliki raut wajah menawan, tinggi lampai, gadis berusia 22 tahun dari Afrika Selatan ini membuktikan beliau yg terbaik dalam kalangan terbaik apabila pemegang nama Rolene Strauss dinobatkan sebagai Miss World 2014 kelmarin.
Pelajar bidang perubatan ini menewaskan 121 peserta lain untuk melayakkan beliau dimahkotakan dengan mahkota terulung berona biru tersebut. Rolene dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Dunia yang ke-65 pada tahun ini yang diadakan di London. Tempat kedua diungguli oleh ratu Hungary (Edina Kulcsar), manakala ratu dari AS (Elizabeth Safrit) diangkat di kedudukan ketiga.
 
Kredit missosology
Lebih manis bagi Malaysia menerusi wakilnya, Dewi Liana Seriestha apabila tidak pulang dengan tangan kosong. Dewi Liana, berketinggian 179cm ini memenangi bagi kategori Best Talent yang membenam cabaran peserta terdekatnya dari Scotland. Satu pencapaian yang besar bagi Malaysia di pentas Miss World. Selain itu juga, Malaysia juga tersenarai dalam TOP25!

Pada tahun ini juga, dapat dilihat bahawa beberapa negara yang mendahului dan menguasai beauty pageant agak ‘tergelincir’ sedikit pada tahun ini. Dapat dilihat beberapa negara seperti Filipina (sekadar TOP25), Thailand (unplaced), Venezuela (unplaced), Indonesia (TOP25), dan antara calon pilihan India menerusi Koyal Rana, tersenarai dalam TOP10 sahaja.
 
kredit eonline
Apapun keputusan adalah muktamad dan tetap, tahniah kepada semua pemenang. Jutaan tahniah kepada Rolene Strauss dari Afrika Selatan. Kini anda adalah MISS WORLD 2014! Keputusan penuh Miss World 2014

MISS WORLD : ROLENE STRAUSS (AFRIKA SELATAN)
1ST RUNNER-UP : Edina Kulcsar (HUNGARY)
2ND RUNNER-UP : Elizabeth Safrit (AS)
TOP5 : AUSTRALIA & ENGLAND
BEST SPORT : Krista Haapalainen (FINLAND)
BEST MULTIMEDIA : Elizabeth Safrit (AS)
BEST BEACH FASHION : Olivia Asplund (SWEDEN)
BEST TALENT : Dewi Liana Seriestha (MALAYSIA)
BEST TOP MODEL : Isidora Borovcanin (BOSNIA & HERZEGOVINA)
PEOPLE’S CHOICE : Maeya Nonthawan Thongleng (THAILAND)
5 BEAUTY WITH A PURPOSE : Koyal Rana (INDIA), Idah Nguma (KENYA), Julia Gama (BRAZIL), Maria Asteria Sastrayu Rahajeng (INDONESIA) dan Rafieya Husain (GUYANA)

Malaysia diwakili Dewi Liana yang turut memenangi Best Talent di Miss World 2014 menewaskan Miss Scotland. Kredit theborneopost

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...