Tuesday 30 October 2012

MUARA HATI vs AIM 2012..??


Blog DOMINASI LELAKI dah berhabuk..! lama sangat tak update berita terbaru..! malam ini DL gigihkan jugak mencari bahan untuk tatapan para pembaca setia DOMINASI LELAKI. Hari ini DL memilih penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza sebagai bahan update terbaru ok.


Berita terbaru, bukan khabar angin tetapi memang realiti bahawa pada malam kemuncak gilang gemilang Anugerah Industri Muzik 2012, penyanyi kesayangan ramai ini menjadi salah seorang artis yang akan membuat persembahan pada malam itu. Mengikut risik-risik senarai yang dikeluarkan, nama penyayi baru yang berbakat, Hafiz juga turut dimasukkan dalam individu yang akan membuat persembahan..! adakah pesona MUARA HATI akan diperdengdangkan pada malam berkenaan..?

Tambahan lagi, Dato’ Siti Nurhaliza menerima 2 pencalonan menerusi album inggeris pertamanya iaitu All Your Love menerusi kategori Vokal Terbaik dalam Lagu ( I Cry Out ), dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik ( Stand Up ). Kedua-dua lagu ini memiliki kekuatan yang tersendiri dan saingan kali ini agak sengit dikatakan.


DOMINASI LEKAKI : selamat maju jaya Dato’ Siti untuk pentas akhir AIM. Khabarnya, ramai yang tidak sabar menyaksikan MUARA HATI dinyanyikan oleh DIVA negara ini bersama Hafiz. Nantikan AIM 2012 pada 17 November 2012 ini.

Wednesday 3 October 2012

Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Hari Wanita 2012


KEMUNCULAN ISTIMEWA oleh penyanyi TERSOHOR negara, Dato’ Siti Nurhaliza pada Majlis Hari Wanita 2012 semalam memang tidak diduga, dengan mengenakan busana indah merah-hitam, Dato’ Siti tampak cantik walaupon hanya mengenakan olesan solekan tipis di wajahnya. Hakikatnya pelantun lagu CINDAI ini sememangnya mempunyai raut wajah yang cantik.


Dato’ Siti antara selebriti yang diundang ke Majlis Sambutan Hari Wanita 2012 yang bertemakan WANITA, PENCETUS EKONOMI BARU yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia. Kedatangan & kemunculan mengejut Dato’ Siti pada majlis tersebut memang tidak diduga & mencetuskan ‘fenomena’ apabila ramai diantaranya berebut mendapatkan beliau untuk bergambar. Wahhh, macam inilah kan menjadi orang yang popular, tapi saya sebagai penulis blog pon turut gembira apabila melihat keramahan penyanyi tersohor ini melayani peminatnya walaupun beliau dalam keadaan yang tidak sihat.


Jom kita lihat sedikit sebanyak gambar Dato’ Siti ketika Majlis Sambutan Hari Wanita 2012 ;








DOMINASI LELAKI : buat Dato' Siti, DL doakan semoga cepat sembuh..! 

Monday 1 October 2012

‘TOURIST’ by Ethan Zhong for Men’s Uno China


‘TOURIST’ by Ethan Zhong for Men’s Uno China




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...