Saturday 18 April 2015

Vanessa Tevi Menang, Peminat Zahir Rasa Kecewa pada Miss Universe Malaysia

Foto : Kelvin Sing - MUMOFP


Malaysia antara negara yang sentiasa menghantar wakil di anjang Ratu Cantik Universe saban tahun. Boleh dikatakan bermula pada 2011 menerusi Deborah Henry, Malaysia melonjak dan disebut antara pesaing dari Asia yang cukup kuat, begitu juga seterusnya menerusi Kimberley Leggett pada 2012, Carey Ng pada 2013 dan Sabrina Beneett pada tahun lepas. Semalam berlangsungnya majlis akhir Miss Universe Malaysia 2015 dimana Vanessa Tevi dimahkotakan sebagai Miss Universe Malaysia 2015 sekaligus mewakili Malaysia di pentas Miss Universe 2015 pada tahun ini.

Kemenangan gadis berumur 24 tahun ini ibaratkan satu ‘tamparan’ hebat buat pengikut dan peminat pageant di Malaysia. Menerusi laman rasmi Miss Universe Malaysia Official Facebook Page, kemenangan Vanessa ‘dipatahkan’ oleh hampir 98% komentar dan mereka merasakan bahawa Vanessa ‘belum’ layak mewakili Malaysia di pentas prestij Miss Universe pada tahun ini.
 
Kelly Jagan. Foto Miss Universe Malaysia Official Facebook Page
Rata-rata komen dapat dilihat menzahirkan rasa kecewa kepada team Miss Universe Malaysia dan menyatakan sokongan pada kepada salah seorang finalis MUM 2015, Kelly Jagan. Tambahan lagi, ada antara mereka merasakan Kelly Jagan atau digelar KJ antara gadis paling layak menyanyi jelitawan lain seluruh dunia di Miss Universe 2015. Bukan itu sahaja, final MUM 2015 ini mendapat liputan peminat di beberapa buah negara seperti Indonesia.

Diharapkan ‘pergelutan’ ini tidak berpanjangan dan diharapkan wakil Malaysia menerusi Vanessa betul-betul membuktikan beliau memang pilihan yang tepat menggalas nama Malaysia ke pentas Miss Universe 2015. Sehingga tahun lepas, lebih dari 30 tahun Malaysia tidak pernah tersenarai antara kelompok yang teratas di pentas Miss Universe.

Thursday 16 April 2015

Fast & Furious 7 Pecah Rekod Malaysia & Seluruh Dunia


Foto hype.my

Filem Fast & Furious 7 boleh dilabelkan antara karya terbaik dan mendapat sambutan luar biasa di seluruh dunia. Filem ini membuktikan ianya adalah filem terbaik pada tahun 2015 apabila mengungguli tangga teratas box-office di US dengan mengutip $800 million pada minggu kedua sahaja. Di Amerika Utara sahaja, filem ini telah berjaya mengutip keseluruhan sebanyak $252.2m menjadikannya sebagai musim terbaik dalam siri Fast & Furious.

Di negara China, ia mula ditayangkan pada Ahad lalu. Bukan sahaja filem ini pecah panggung di seluruh dunia, filem ini turut mengungguli debut sepanjang zaman paling tinggi di China dengan mengutip lebih RM253 juta pada hari pertama ditayangkan di China. Filem tersebut ditayangkan di 95,604 panggung di China dengan sejumlah 10.16 juta penonton pada hari Ahad lalu sahaja.

FF7 menjadi filem terakhir mendiang Paul Walker. Foto celebeat

Bercakap mengenai sambutan filem ini di Malaysia, menurut UIP dalam satu kenyataan (menerusi update SuriaFM )filem ini berada di tempat pertama sebagai filem terlaris dalam sejarah tayangan Malaysia. Dalam tempoh 4 hari sahaja, filem ini berjaya mengutip sebanyak lebih RM27juta di Malaysia dan berjaya mengatasi kutipan seminggu filem Avatar, X-Men : Days of Future Past. Filem ini dijangka memperoleh kutipan USD1B dalam masa terdekat ini.

Dalam perkembangan lain, kemungkinan besar siri Fast & Furious dijangka disambung ke siri-8 yang kemungkinan pengambaran dibuat di China.

Fast & Furious 7 dibintangi oleh Vin Diesel, Paul Walker (dan diganti kepada Cody Walker), Dwayne Johnson, Kurt Russel dan ramai lagi

Kredit sumber dari mstar, theguardian.com

Sunday 12 April 2015

Album Konsert Unplugged Siti Nurhaliza 2015 Bakal Diterbitkan?




Belum hilang lagi bahang kehangatan penonton yang menonton Konsert Unplugged Siti Nurhaliza 2015 baru-baru ini, berita yang baru dikongsikan oleh penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza itu seolah-olah memberi gambaran bahawa akan ada satu kejutan lagi yang bakal beliau tampilkan. Melihat pada caption “tunggu..” di laman rasmi Instagram miliknya, ia seakan menjadi satu persoalan adakah Konsert Unplugged yang berdurasi selama 2jam tersebut bakal diterbitkan tidak lama lagi seperti konsert tradisional beliau pada 2013, Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza bersama Orkestra Tradisional Malaysia.
 
Siti memuatnaik video dengan caption "tungguuu". Mungkinkah konsert ini akan diterbitkan? Kredit Instagram Siti
Bercakap mengenai Konsert Lentera Timur pada 2013 yang lalu, buah tangan yang dirakam serta diterbitkan tersebut menerusi CD/VCD dan DVD telah dinobatkan Rakaman Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik pada tahun ini. Jadi, tidak hairanlah jika Konsert Unplugged Siti Nurhaliza 2015 ini bakal mengikut jejak langkah kemenangan dalam Konsert Lentera Timur.
 
Foto : SinarHarian. Album Konsert Lentera Timur pernah memenangi Rakaman Album Terbaik di AIM
Kita sama-sama nantikan perkembangan dari pihak Siti Nurhaliza dan bahagian edaran mengenai prihal ini. Sudah tentu peminat yang hadir dan juga tidak berkesempatan hadir pada malam konsert mengharapkan ianya diterbitkan sebagai koleksi simpanan mereka.

Thursday 9 April 2015

Konsert Siti Nurhaliza Unplugged 2015 'Pukau' Peminat!



Meraikan ulangtahun ke-20 dalam bidang seni suara, figura kesayangan ramai Siti Nurhaliza menghiburkan ribuan yang hadir ke konsert SITI NURHALIZA UNPLUGGED 2015 yang diadakan pada 7 April 2015 yang lalu di panggung sari, Istana Budaya. Akhirnya, impian penyanyi kesayangan Malaysia ini untuk mengadakan konsert unplugged tercapai dengan adanya konsert ini. konsert yang berdurasi selama  2jam itu memukau ribuan penonton dan peminat Siti Nurhaliza sendiri yang hadir iaitu Sitizoners.

Lenggok dan corak penyampaian yang dimikili oleh artis nombor satu Malaysia ini tidak perlu dipertikai. Beliau berjaya membawa penonton terbuai dengan lenggok dan alunan vokal terbaik beliau pada malam tersebut. Bukan itu sahaja, penonton juga tersentuh tatkala Siti sendiri menjemput dan memberi penghargaan kepada insan yang membantunya ketika di awal kemunculannya, tidak lain tidak bukan Dato’ Adnan Abu Hassan. Siti menyampaikan 2 buah lagu, Jerat Percintaan dan Gelora Asmara, yang diiringi oleh Dato’ Adnan. Lagu tersebut adalah antara lagu yag diciptaan oleh komposer hebat itu kepada Siti.

Dengan mendendangkan lebih 15 buah lagu, boleh dikatakan ini adalah sebuah konsert bertaraf megahit pada 2015 apabila jualan tiket bagi konsert tersebut habis dijual. Bukan itu sahaja, pilihan lagu dan susunan muzik yang digubah segar tersebut sangat hebat dan manis. Antara favourite DL adalah medley 3 buah lagu dari Fragmen iaitu Sanubari, Terbaik Bagimu dan Kau Sangat Bererti. Siti ‘goreng’ habis tatkala menjiwai lagu Kau Sangat Bererti. Antara lagu lain yang dinyanyikan oleh beliau adalah Bisikan Asmara, Usah Diragui, Kau Kekasihku, Cahaya Seribu Liku, Suratan Atau Kebetulan, Wajah Kekasih, Aku Cinta Padamu dan banyak lagi.

Tidak keseorangan, persembahan Siti juga dihiburkan oleh 2 figura negara Faizal Tahir dan Awie Rafael – dimana mereka juga turut menyumbang lagu dalam Fragmen. Faizal Tahir menerusi AKU, manakala Awie Rafael menerusi MULA & AKHIR.

Lebih lengkap lagi, dengan kehadiran Tun Dr Mahathir bersama isteri mendapat sorakan dan tepukan yang gemuruh dari penonton. Kita semua tahu bahawa Siti amat mengagumi kepimpinan Tun Mahathir. Dalam perkembangan lain, selepas konsert ini, Siti bakal bertemu dengan peminat sekali lagi dalam Muzikal Fragmen Siti Nurhaliza yang bakal diadakan pada November 2015 ini di Istana Budaya selama 8 hari berturut-turut. Peminat mengharapkan agar konsert unplugged ini dirakam dalam bentuk CD/VCD dan DVD.

Reunion Mr Planet Malaysia 2014 & 2015 di Gambang Resort Kuantan



Walaupun berlainan latar belakang, keutuhan persahabatan yang terjalin antara mereka sangat akrab. Baru-baru ini, team Mr Planet Malaysia yang diketuai oleh abang Deegun Rahman telah mengadakan satu reunion yang melibatkan hampir kesemua anak didik dari pertandingan yang bermula pada 2013 itu iaitu Mr Planet Malaysia 2014 dan Mr Planet 2015.  Seramai sekitar 25 orang termasuk krew menjadikan Gambang Resort Kuantan sebagai destinasi pilihan untuk menghilangkan penat lelah dan beriadah.
Percutian sekitar 2 hari iaitu pada 4 dan 5 April ini memberikan seribu makna buat mereka. Pelbagai tempat sempat disinggahi dan diselangi dengan aktiviti yang penuh keseronokan. Antara tempat yang menjadi tumpuan mereka ada Water Sport Challenges, Animal Show, Tarzan Show dan banyak lagi. Perjalanan ini mengambil masa selama 3 jam dari Kuala Lumpur dimana mereka mula berkumpul di Taman Melati KL pada jam 7 pagi yang melibatkan 5 hingga 6 biji kereta. Jom kita tengok sedikit gambar yang dikongsikan oleh juara Mr Planet Malaysia 2014, Eizaaz Farez.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...