Tuesday 31 July 2012

Kejutan & 'KILAUAN' Dato' Siti Nurhaliza


Anda peminat setia penyanyi NO.1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza..?? mahukan pekembangan terbarunya & gambar terbarunya yang masih segar dari ‘oven’..??? mahukan gambar ‘kilauan yang mempesona’ beliau...? MERAH @ BIRU yang anda jangka..? yang pasti ianya pasti PANAS dari pemilik lagu Cindai ini..!! nantikannya tidak lama lagi..!


DOMINASI LELAKI : apa yang terlintas di fikiran anda...?? apakah pilihan warna & busana Dato’ Siti nanti..?? nantikan ‘kilauan’ dua ‘EMPAYAR GERGASI’ di Malaysia bergabung yang akan mencetuskan FENOMENA...! nantikannya malam ini kejutan tersebut berlaku..!


Saturday 28 July 2012

Pengantin Remaja Dapat Restu Bapa


PEKAN: Video majlis perkahwinan pengantin muda, Syafiq, 16 dan Yana, 14, yang dipaparkan di YouTube hingga menarik perhatian lebih setengah juta penonton mengejutkan ayah pengantin lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37.


Man berharap, majlis perkahwinan anaknya itu tidak dijadikan isu kerana berkahwin pada usia muda seakan-akan sudah menjadi tradisi dalam keluarganya. 

Hampir semua ahli keluarga, baik sebelah keluarga saya mahupun isteri menamatkan zaman bujang masing-masing pada usia yang muda iaitu 14 hingga 19 tahun

"Saya berkahwin pada usia 19 tahun dan sehingga kini rumah tangga saya bahagia tanpa sebarang masalah", katanya ketika dihubungi.

Man agak keberatan untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkahwinan itu & enggan membenarkan Harian Metro berjumpa & menemu bual anak & menantunya.

DOMINASI LELAKI : artikel dari Harian Metro hari ini, untuk maklumat dengan lebih lanjut, dapatkan Harian Metro hari ini. Kita doakan yang terbaik untuk mereka, Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Syafiq & Yana. Semoga mahligai cinta dibina kekal hingga ke akhir hayat.


Wednesday 25 July 2012

Kutipan The Dark Knight Rises Paling Tinggi


LOS ANGELES: Filem terbaru Batman, The Dark Knight Rises, mengumpul AS$160.9 juta (RM511.3 juta) Ahad lalu menjadikan ia kutipan pembukaan tayangan filem 2D paling tinggi setakat ini.


Bagaimanapun, kutipan itu sedikit kurang berbanding jangkaan awal ekoran insiden serangan di pawagam di Colorado ketika filem berkenaan mula ditayangkan.


Warner Bros berkata, jumlah kutipan filem Christopher Nolan, itu ialah AS$160,887,295 ( RM511,301,432 ) mengatasi filem sebelumnya, The Dark Knight


The dark Knight adalah filem ketiga mencatat penjualan tiket pada tayangan pembukaan selepas The Avangers AS$207.4 juta & Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2, AS$169.2 juta
Sumber : Harian Metro 25/07/2012




NOSTALGIA Dominasi Lelaki VS Siti Nurhaliza


Bertentangan mata, bergambar & beramah mesra bersama...! setahun yang mempersona..! KU MENUNGGU 14 tahun dengan harapan & impian untuk bersua dengan sahmura negara, Siti Nurhaliza, tanggal 12 Ogos 2011 pada jam 4.40 petang menjadi saksi dalam impian DOMINASI LELAKI ( admin ) menggapai impian & harapannya.


Tapi adakah pada tahun 2012 ini, nostalgia tersebut akan kembali bertandang & ‘menghantui’ diri DL..?? adakah pesona Dato’ Siti Nurhaliza akan menerjah lagi peminatnya..? sama2 kita nantikannya kemunculannya..! YA @ TIDAK, semuanya akan terjawab nanti.

DOMINASI LELAKI : masih terngiang-ngiang di ingatan tatkala memandang Dato’ Siti Nurhaliza di depan mata & beramah mesra bersamanya. Terima kasih Siti Nurhaliza, team Meet & Greet Simplysiti & Siti Nurhaliza memang terbaik..! jom kita nantikannya Meet & Greet Simplysiti akan datang..! adakah tempat anda menjadi pilihan..??

Tuesday 24 July 2012

Terciptanya OBOR-OBOR Tiruan..!


Paris-Gabungan silikon polimer yang sangat nipis & sel jantung tikus, tercetusnya penghasilan obor – obor tiruan yang dihasilkan oleh para saintis kemungkinan dapat mengubati penyakit jantung.


Yang menariknya, pengciptaan tersebut membolehkan para saintis mengkaji sistem pam sekaligus dapat digunakan untuk jantung manusia yang mengalami masalah. Obor-obor tersebut dimasukkan ke dalam tangki makmal yang mengandungi cecair yang boleh mengalirkan elektrik.

Suis diletakkan bagi mnegalirkan tenaga elektrik berkuasa satu atau lima volt ke dalam cecair tersebut membolehkan obor – obor tersebut bergerak.

DOMINASI LELAKI : sangat menarik..! untuk maklumat & berita lebih lanjut, dapatkan akhbar KOSMO hari ini.

Saturday 21 July 2012

Roti Bakar Tahun 1981 Bernilai RM1,131


Anda masih bertahan...?? hahahah...BERTAHANLAH..! sebentar lagi DL nak bercerita mengenai makanan..! kalau diamati, ia hanyalah sekeping roti sahaja tapi tahukah anda bahawa sekeping roti ini sangatlah BERNILAI..!


Berdasarkan artikel yang DL baca melalui akhbar KOSMO hari ini, sekeping roti bakar dilelong di Britain kelmarin & nilainya dianggarkan sekitar RM1,131 ( AS$359 ). Menariknya, roti bakar tersebut dipercayai dihidangkan pada 1981 untuk waris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles, lapor Reuters.

Roti itu dipercayai tidak rosak disebabkan disimpan dalam bekas yang kedap pada udara. Pemilik roti tersebut sebelum ianya dilelong adalah Rosemarie Smith yang kini 83 tahun. Smith terfikir untuk menyimpan sekeping roti tersebut setelah melihat Putera Charles meninggalkan roti tersebut di koridor istana.

DOMINASI LELAKI : wahhh..! sangat menarik...! dengarnya lagi, sudah ada 2 pembida yang mahu membeli roti itu menerusi telefon.

Aiman Hakim dalam MASKULIN Ogos 2012


Ramadan yang pertama hari ini...! semoga diharapkan semuanya berjalan dengan lancar ok..! pagi ini DL mahu berkongsi dengan pembaca semua mengenai info terbaru majalah lelaki HOT Malaysia, MASKULIN.


Pada bulan ini ( Ogos ), isunya telah keluar & menariknya pelakon yang semakin meningkat naik Aiman Hakim dipilih menjadi penghias muka depan bagi majalah tersebut. Dalam isu ini juga Aiman ada berbicara mengenai RUPA, BAKAT & GLAMOR..! apakah yang dikongsikan oleh Aiman mengenai 3 perkataan tersebut..?

Selain itu, antara segmen & entry yang menarik untuk dibaca adalah seperti KENALI ZON EROTIK LELAKI, 100 TIP PERSEDIAAN AIDILFITRI secara jimat, TEKNIK FOKUS utk berjaya & banyak lagi. Dapatkan naskah MASKULIN anda dengan segera untuk mengetahui segalanya dengan lebih lanjut..!

DOMINASI LELAKI : DL sudah dapatkannya..! anda bila lagi..? banyak petua & info yang menarik bagi edisi kali ini. SELAMAT MEMBACA & SALAM RAMADAN..!

Friday 20 July 2012

Salam Ramadan Al-Mubarak


Alhamdulillah, bulan yang mulia Ramadan bakal menjelma..! rasa gembira, terharu & sayu jelas terasa apabila bulan Ramadan bertandang tiba. DL juga berharap Ramadan tahun ini akan memberi sejuta keceriaan, kegembiraan & keinsafan pada diri sendiri & yang penting masa2 yang terluang ini, kita penuhkan dengan amal & perkara yang berfaedah.

sekadar gambar hiasan

Sifat membazir haruslah dielakkan dalam bulan ini ok..! janganlah terlalu mengikutkan nafsu membeli tatkala membeli belah di pasaraya atau pon di bazar..! cukuplah mengamalkan sifat kesederhanaan.

Apa2pon semoga Ramadan kali ini membawa seribu kemanisan & penghayatan dalam diri kita, SELAMAT BERPUASA..! jangan lupa bangun sahur tau..!

DOMINASI LELAKI : lagu raya telah berkumandang di kebanyakan mall sekarang..! dan adan diantaranya juga sudah giat menyiapkan kuih utk persiapan hari raya & sebagai jualan untuk mencari rezeki..! DL pon berhajat tahun ni akan dapat hasilkan pelbagai aneka biskut & kek untuk dijamukan di pagi lebaran..( wahhhh, awal la pulak bincang mengenai Syawal..hehe ) SALAM RAMADAN AL-MUBARAK.. jom kongsi pengalaman puasa anda bersama DL..

Thursday 19 July 2012

Lebih SEJUTA Laman Porno DIKEKANG


JAKARTA: Menjelang bulan Ramadan, Kementerian Komunikasi dan Maklumat menjalankan operasi secara besar-besaran membanteras pornografi Internet.


Menterinya, Tifatul Sembiring semalam berkata, pejabatnya telah menutup lebih satu juta laman porno baru-baru ini, yang semuanya beroperasi dari luar negara dan mensasarkan lebih banyak laman pada bulan depan. “Kami akan menyekat lebih banyak laman porno ketika Ramadan walaupun ia tidak bermakna kami akan membenarkan laman seumpamanya beroperasi pada waktu lain sepanjang tahun,” katanya kepada wartawan di pejabatnya.

Ahli politik daripada Partai Keadilan Sejahtera (PKS) itu mendedahkan terdapat kira-kira dua bilion laman web yang mempunyai kandungan pornografi. Menurutnya, pembabitan masyarakat dalam mengekang pornografi Internet adalah penting.

“Saya menyeru rakyat dari mana saja supaya memaklumkan kepada kami jika mereka menemui sebarang laman web porno, supaya kami dapat memeriksanya. Pornografi Internet adalah satu industri dan produsernya selalu mencari cara baru untuk mengelak daripada dikesan.
sumber : Harian Metro 19/-7/2012






Wednesday 18 July 2012

Siti Nurhaliza vs Berlian....!


PESONA BERLIAN...! SITI NURHALIZA VS BERLIAN..! haaaa, apakah yang terlintas di fikiran anda apabila pertama kali anda membaca title entry nie..? pasti anda tertanya2 kan..? adakah album bertemakan berlian..?? adakah Dato’ Siti membeli berlian..?


SEMUANYA AKAN TERJAWAB tidak lama lagi dalam post DL akan datang..! yang pasti SITI NURHALIZA VS BERLIAN akan ‘MENGHANTUI’ anda..! nantikannya..!

Saturday 14 July 2012

Selamat Pengantin Baru Ikon Gadis Melayu Musim Kedua


SELAMAT PENGANTIN BARU..! tahniah DOMINASI LELAKI ucapkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, 52 apabila beliau bergelar suami kepada Juara Gadis Melayu Musim Kedua, Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23 atau manis disapa Fiqa.


Fiqa menerima sembilan hantaran dan dibalas dengan 11 hantaran oleh pihak lelak. Fiqa yang baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi kelihatan lega apabila majlis ini berjalan dengan lancar. Mereka menyulam cinta selama setahun setelah diperkenalkan oleh kenalan sebelum mereka berhubung melalui telefon. Mereka selamat diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan di Taman Seri Semarak semalam.

Kredit gambar ini daripada Zulkifli Idris Photography & terima kasih kepada BeautifulNara.

DOMINASI LELAKI : tahniah sekali lagi DL ucapkan, semoga mahligai cinta yang dibina ini akan berkekalan sehingga akhir hayat...

Friday 13 July 2012

Siti Nurhaliza ANGGUN di Fesyen 5STAR


Baru–baru ini penyanyi no.1 negara Dato’ Siti Nurhaliza dijemput bagi memeriahkan & antara jemputan khas pada acara pertunjukan fesyen 5 Star yang telah dijalankan & berlangsung di Muzium Tekstil Negara dengan jayanya. Ramai lagi selebriti memeriahkan majlis tersebut seperti Nur Fazura, Natasha Hudson, Ziana Zain, Ning Baizura, Tasha Shila & ramai lagi. Pertunjukan fesyen tersebut adalah ilham dari Koleksi Raya 2012 dari 5 pereka fesyen tersohor, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, Hazwani Osman & Zery Zamry. Kredit foto ini dari photographer Ryaniez Moments Photography 










DOMINASI LELAKI : kredit kepada BEAUTIFULNARA atas infonya.

Tuesday 10 July 2012

Pelajar DIPAKSA Minum Air Kencing Sendiri..!


PELAJAR DIPAKSA MINUM AIR KENCING SENDIRI..?? apa sudah jadi..?? YA, inilah senario yang berlaku  di SANTINIKETAN, apabila seorang warden telah memaksa seorang pelajar minum air kencing sendiri sebagai ubat bagi merawat tabiat buruk iaitu kencing di atas tilam. Menurut sumber, pelajar tersebut menghidapi penyakit kencing di atas tilam.

sekadar gambar hiasan

Berita ini telah sampai pada pengetahuan ibu pelajar tersebut, tapi apabila ibu pelajar tersebut mengubungi warden tersebut, warden tersebut memberi jawapan bahawa pelajar tersebut dalam keadaan baik tetapi selalu kencing malam & meminum air kencingnya sendiri.

Berita tersebut amat mengejutkan ibu bapa pelajar tersebut. Mereka yakin bahawa anaknya dipaksa untuk meminum air kencing sendiri, lantas ibu bapa tersebut membuat laporan di balai polis Bolpur.

Sumber : Olahan semula DOMINASI LELAKI dari sumber berita Global, Sinar Harian

Friday 6 July 2012

Elak Rambut BERUBAN..


Anda mengalami masalah RAMBUT BERUBAN..?? macam mana mahu atasinya..? jom kita baca entry yang disediakan oleh DOMINASI LELAKI ini.


Baru-baru ini pihak DL sendiri ada membaca keratan artikel yang dikeluarkan oleh majalah lelaki terkemuka di Malaysia, MASKULIN pada edisi bulan Julai. Dalam  artikel tersebut ada menyatakan tip & cara bagi mengelakkan rambut beruban. DL ‘terpanggil’ untuk berkongsi dengan para pembaca budiman mengenai perkara ini. Jom..!

TIP ELAK RAMBUT BERUBAN
1)      Amalkan pengambilan sumber makanan yang mengandungi sumber protein yang tinggi seperti ikan.
2)     Vitamin B kompleks & Vitamin B5 ( dapat membantu mencegah proses perubahan akibat kekurangan nitrisi pada sel rambut anda.
3)     Pengambilan Vitamin E juga baik untuk merangsang sistem edaran darah pada kulit kepala.

Wednesday 4 July 2012

Siti Nurhaliza Buka Restoran Sendiri..??


Dato’ Siti Nurhaliza buka restoran..?? wahhh.... bestnya..! haaaa, anda jangan terpedaya dengan title entry DOMINASI LELAKI kali ini, gambar yang dilampirkan tersebut bukanlah menu bagi restoran yang diasaskan oleh penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza tapi ianya adalah satu hasil kerja yang dibuat oleh ( Tuan Tanah DOMINASI LELAKI ) untuk subjek Food & Beverage di pusat pengajian.


Sekadar untuk berkongsi, saya diberi tugasan untuk menyiapkan 2 kad menu ( A La Carte Menu & Table D’Hote Menu ) bagi sebuah restoran. Tema BEBAS. Tapi saya telah mencuba & bereksperimentasi hasil kerja ini dengan menggunakan penyanyi NO.1 Malaysia sebagai inspirasi & olahan yang menarik bagi kad menu saya kali ini.


Walaupun dibuat pada saat-saat akhir tapi saya sangat berpuas hati dengan hasilnya. Menu-menu yang dilampirkan juga semuanya bertemakan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh presiden Simplysiti ini. Bagi pemilihan latar belakang, saya memilih tema CETUSAN WARNA & PANCAWARNA sebagai temanya. Jadi, inilah hasilnya yang telah dihantar kepada pensyarah bagi tugasan kad menu. Terima kasih kepada teman-teman serumah yang membantu.

DOMINASI LELAKI : agak-agaknya mesti seronok & menarik kan jika Dato’ Siti memiliki sebuah restoran sendiri..!

Monday 2 July 2012

Hafizul Kamal Juara ON AIR Musim Pertama


Pada baru-baru ini berlangsungnya pertandingan akhir pencarian personaliti dalam bidang pengacaraan yang dipanggil ON AIR musim pertama di Astro Ria. Pertandingan ini memperlihatkan 10 perantis lelaki & 10 perantis wanita bersaing bagi merebut gelaran juara ON AIR musim pertama ini.

Hafizul Kamal menjadi juara ON AIR musim pertama.

ON AIR yang diterajui oleh Aznil Hj Nawawi sebagai anchor & Datin Seri Normala Samsudin sebagai pembantu bersama ini memperlihatkan kecekapan & tahap disiplin seseorang itu untuk bergelar & menjadi sebahagian dalam bidang pengacaraan ini. Pada pentas akhir ( minggu 6 ), Hafizul Kamal telah diumukan sebagai Juara ON AIR dengan ‘membenam’ cabaran 3 lagi perantis yang mara ke pusingan akhir ini iaitu Hefny, Hassanal & Harleena.

Naib Juara

Ketiga

Keempat

Pada pusingan akhir ini juga perantis diarahkan untuk memberi satu pengucapan awam secara spontan yang hanya diberi masa selama 2 minit. Perantis Hafizul menjalankan tugasan terakhir yang diberi dengan cemerlang apabila Anchor & Co-Anchor begitu senang & memuji hasil yang telah dihujah olehnya. Hafizul membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, barangan elektrik RM5000 & sebuah kereta Toyota Rush.

DOMINASI LELAKI : program seperti ini sepatutnya boleh dikekalkan supaya dapat mencari pelapis yang baru dalam dunia pengacaraan. Cuma jika tidak silap, seperti orang ramai tidak tahu menahu mengenai pentas akhir ini berlangsung. TAHNIAH diucapkan kepada para pemenang & kepada mereka yang tidak bernasib baik, anggaplah ini satu permulaan dalam diri anda ok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...