Friday 29 May 2015

MIKE GALLYOT Juara Mister Malaysia (Popular) 2016 Menerusi Undian di Dominasi Lelaki




Program Mister Malaysia 2016 kini berada di kemuncak. Pentas final akan diadakan di Kota Dame, Kota Damansara, diterajui oleh HOT Agensi pada jam 8.30 malam ini. Kini secara ekslusif, kami di DL ingin mengumumkan Juara bagi Mister Malaysia (Popular) 2016  yang undian dilakukan menerusi laman web Dominasi Lelaki.

"Dengan memperoleh jumlah undian sebanyak 919 UNDI, Johan Mister Malaysia Popular 2016 menjadi milik MIKE GALLYOT."




Tahniah DL ucapkan. Peserta mewakili Putrajaya itu menewaskan 15 peserta lain dalam undian yang dilakukan menerusi atas talian di laman web berkenaan. Tahniah juga kepada para pengundi kerana undian peserta pada tahun ini nampaknya meningkat dengan mendadak berbanding undian yang dikutip pada tahun lalu.

Senarai Penuh Undian yang diterima oleh para peserta ;



Thursday 28 May 2015

Soo Wincci Rangkul 3 Anugerah


FOTO dari FB dan IG rasmi milik Wincci

Bukan sahaja memiliki raut wajah yang menawan, bekas ratu cantik, penyanyi dan pelakon Soo Wincci membuktikan hasil titik peluh beliau selama ini terkesan. Baru-baru ini, pemegang gelaran Miss World Malaysia 2009 ini merangkul 3 trofi di Anugerah PWH Malaysia. Wincci membawa pulang trofi bagi kategori TOP10 BEST LOCAL SONG, BEST SONG ARRANGEMENT menerusi single Endless Happiness dan MEDIA CHOICE AWARDS
Tahniah kami ucapkan buat Wincci atas kejayaan membawa pulang 3 trofi tersebut.

Pada perkembangan lain, Wincci kini sedang sibuk menjalani pengambaran sebuah drama yang kemungkinan bakal ditayangkan pada Oktober tahun ini. Wincci juga antara selebriti tanah air yang sering berkongsi maklumat, gambar dan perkembangan karier beliau menerusi akaun rasmi Instagram dan Facebook miliknya. Bukan itu sahaja, penyanyi yang pernah tampil dengan album mini berbahasa Melayu, Su Win Si ini bakal hadir dengan filem terbarunya, Kau Yang Satu, sebuah karya yang diadaptasi dari sebuah novel bersama barisan pelakon hebat tanah air yang lain.

Wednesday 27 May 2015

FANTASY INTIMATE EDITION, Haruman ke-17 dari Britney Spears




Penyanyi yang baru sahaja melancarkan single dan MV terbaru, PRETTY GIRL duet bersama rapper terkenal, Iggy Azalea – BRITNEY SPEARS bakal melancarkan haruman terbaru dibawah label FANTASY. Haruman ini merupakan haruman ke-17 dari koleksi Britney sendiri, FANTASY INTIMATE EDITION.

Britney antara selebriti popular yang kerap tampil dengan koleksi haruman termasuk selebriti ternama antarabangsa, Paris Hilton. Haruman edisi pertama dari Britney Spears adalah pada tahun 2004 dan kali terakhir pada 2014 sebelum FANTASY INTIMATE EDITION ini dikeluarkan pada tahun ini. Haruman yang ditampilkan oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu Circus ini memang tidak pernah menghampakan. Setiap kali produk baru ditampilkan, ianya bakal mendapat sokongan dan feedback yang sangat baik dari peminat mahupun pengguna.

Senarai haruman Britney Spears
Curious Britney Spears (2004)
Fantasy (2005)
In Control Curious (2006)
Midnight Fantasy (2006)
Believe (2007)
Curious Heart (2007)
Hidden Fantasy (2008)
Circus Fantasy (2009)
Radiance (2010)
Cosmic Radiance (2011)
Fantasy Anniversary Edition (2013)
Island Fantasy (2013)
Fantasy Stage Edition (2014)
Fantasy The Naughty Remix (2014)
Fantasy The Nice Remix (2014)
Rocker Femme Fantasy (2014)
Fantasy Intimate Edition (2015)

Sumber senarai fragrantica.com

Sunday 24 May 2015

Senarai TOP16 Mister Malaysia 2016



Daripada ratusan jejaka yang menghantar permohonan, seramai 32 peserta telah dipilih ke peringkat semi final bermula 1 Mei 2015 selepas beberapa siri tapisan dibuat oleh penganjur Hot Search 2015 - The Next Mister Malaysia 2016 anjuran bersama Kota Dame, Kota Damansara (Uptown Kota Damansara) dan agensi House of Talents (HOT).

setelah beberapa siri tugasan diberikan kepada kesemua 32 semi finalis, hanya 16 sahaja yang berjaya mara ke peringkat akhir yang dijadualkan berlangsung di pentas utama Kota Dame, Kota Damansara pada 29 Mei ini bagi merebut gelaran Mister Malaysia 2016.

Sehubungan dengan itu, Dominasi Lelaki yang memasuki tahun ketiga sebagai portal rasmi Mister Malaysia cuba untuk menghangatkan lagi acara akhir yang bakal diadakan kurang seminggu sahaja lagi dengan mengadakan undian, wakil negeri manakah yang menjadi pilihan, popular atau mendapat perhatian para pembaca DL untuk dijulang sebagai juara?

Justeru, para pembaca dialu-alukan untuk memilih finalis kegemaran masing-masing di sudut atas sebelah kiri paparan web ini tanda sokongan.

Terima kasih kepada saudara Digun Rahman, wartawan hiburan dan fesyen Utusan Malaysia merangkap pengasas agensi HOT atas kerjasama yang diberikan selama ini.

Di sini, secara ekslusif, DL tampilkan wajah-wajah tampan kesemua 16 finalis MISTER MALAYSIA 2016 yang mewakili negeri-negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Labuan dan Sabah.

PERLIS – SYUAIB YUSOF (2O TAHUN)
KEDAH – AZRIL ZAHARI (29 TAHUN)
PULAU PINANG - ANAS DZUL (20 TAHUN)
PERAK - KISHORE NAATH (23 TAHUN)
SELANGOR – MAHFUZ AIZAK (22 TAHUN)

KUALA LUMPUR – ZAKIR ALI (20 TAHUN)
PUTRAJAYA – MIKE GALLYOT (20 TAHUN)
NEGERI SEMBILAN – ZARUL SHARIF (19 TAHUN)
MELAKA – YUSUF TONY (25 TAHUN)
JOHOR – FAEZ FIRDAUS (24 TAHUN)
PAHANG – HARIDZ ADDIE (20 TAHUN)
TERENGGANU – ALEY AZAMI (23 TAHUN)
KELANTAN – DAFI QAZWAN (23 TAHUN)
SARAWAK – AMIRUL AMIR (21 TAHUN)
LABUAN – ALIFF RADZUAN (23 TAHUN)
SABAH – FAIZUL SYAZWAN ( 27 TAHUN)
Gambar yang sangat menarik ini mendapat sentuhan Arazzsrazzswill. Terima kasih



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...