Saturday 23 June 2012

Manfaat DAY NAPPING


Anda selalu mengamalkan tidur waktu tengahari..? apakah kesannya..? baik atau sebaliknya...? ramai yang berpendapat tidur pada waktu tengahari kurang memberi apa2 kebaikan kepada kita, akan tetapi TAHUKAH ANDA bahawa tidur sebentar pada waktu tersebut ( tengahari ) dalam 15-30 minit adalah boleh mengembalikan tenaga & kecerdasan kepada kita pada waktu petang..!


Mesti selepas sahaja terbangun dari tidur pada tengahari atau day napping anda akan mengalami sakit kepala & pening, akan tetapi selepas 10 minit kemudian, satu perubahan yang agak ketara akan berlaku apabila emosi, kecerdasan & fokus anda akan bertambah baik. Hal ini juga berkaitan dengan rembesan hormon dalam tubuh manusia.
Infonya, pada waktu tengahari hormon kortisol menurun pada tahap rendah & mengakibatkan badan kita akan berasa lemah & tidak bermaya. Jadi, cara mengatasinya kita memerlukan tidur yang sekejap supaya badan kembali segar & dapat menjalankan rutin harian seperti biasa.

Kelebihan & manfaat lain :
ü  Mengurangkan tekanan di tempat kerja & belajar.
ü  Meningkatkan kecekapan & produktiviti.
ü  Meningkatkan daya ingatan.
ü  Baik untuk jantung & kesihatan.

Sumber : olahan dari Info Sihat Maskulin April 2012

Friday 22 June 2012

"YOU CAME TO ME" Buah Tangan Sami Yusuf & Siti Nurhaliza


YOU CAME TO ME”. Inilah tajuk lagu & video yang dilancarkan oleh penyanyi Sami Yusuf bersama DIVA negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Pada asalnya, lagu ini adalah lagu asal Sami Yusuf sendiri, tapi bagi versi ini, Dato’ Siti dipanggil menjadi pasangan duet baru menerusi lagu ini. Lagu ketuhanan ini juga akan dialunkan oleh mereka berdua pada konsert Sami Yusuf yang akan diadakan di Malaysia pada bulan Julai 2012 ini.


Kolaborasi antara penyanyi ini menampilkan 3 bahasa yang berbeza iaitu Bahasa Melayu, Inggeris & Arab. Pada pendapat DL sendiri, pada mulanya lagu ini agak sukar nak ‘melekat’ kepada pendengar, tapi sebenarnya lagu seperti ini perlukan masa juga untuk kita fahami & menghayatinya akan tetapi mesej yang mendalam sangatlah bagus...!


Mengenai vokal mereka, gabungan yang menarik, ditambah lagi dengan lunakan suara Dato’ Siti & Sami Yusuf cuma seperti DL kata sebelum ini tadi, lagu ini perlukan masa untuk kita faham, perlu selalu didengar barulah 'tangkap' dan akan menjadi pilihan kita. Cuma ada kalanya, part Dato’ Siti itu kurang kedengaran apabila dialunkan bersama Sami Yusuf.

KLIK DISINI untuk mendengar lagu YOU CAME TO ME

DOMINASI LELAKI : cubaan yang BAGUS & TERBAIK dari Sami Yusuf & Dato’ Siti Nurhaliza sendiri, semoga lagu2 seperti ini dapat lagi dihasilkan pada masa akan datang..!

Wednesday 20 June 2012

JEJAKA-JEJAKA HOT dalam GLAM Lelaki & MASKULIN Julai 2012..!!


Bulan Julai bakal menjelma manakala bulan Jun bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Bagi peminat & pembaca majalah lelaki di Malaysia, GLAM Lelaki & Maskulin sudah tentu tidak lepaskan peluang untuk mendapatkan naskah bagi bulan Julai 2012 ini. Pada kali ini, DOMINASI LELAKI update 2 cover sekali ( Maskulin & GLAM Lelaki ) dalam satu entry..!


Bagi pembaca GLAM Lelaki, seorang aktor yang  sedang hangat di pasaran, Nazim Othman menjadi penghias muka depan majalah tersebut & berbicara tentang  WANITA, MASA & KEHIDUPAN. Bagi pembaca setia MASKULIN pula, jangan lepaskan naskah anda iaitu pada kali ini, MASKULIN memaparkan 3 personaliti & bintang iaitu Aeril, Miller & Shah sebagai penghias muka depan MASKULIN dengan entrynya TRANSFORMASI DUNIA SENI & HIDUP.


Mahukan maklumat & berita dengan lebih lanjut..? segera dapatkan dipasaran..! ianya bukan sahaja sebagai rujukan dalam bidang fesyen, malah bahan bacaan ini juga mengandungi pelbagai input yang berguna kepada anda..! selamat membaca DL ucapkan...!

DOMINASI LELAKI : DL pun masih menunggu MASKULIN & GLAM Lelaki..! tidak sabar untuk memilikinya....! DL antara pembaca setia GLAM Lelaki & MASKULIN...

Tuesday 19 June 2012

Ribuan Itik 'MENDOMINASI' Jalan..!


Berita pagi ini dipetik dari akhbar KOSMO 19 Jun 2012 yang memaparkan berita mengenai ribuan itik di Taizhou, China berjalan di sebatang jalan raya di Taizhou semalam. Secara tidak langsung, pergerakan lalu lintas di jalan tersebut menjadi sangat sesak & terhenti.


Haiwan tersebut berjalan secara berkumpulan & menyebabkan semua motosikal & kereta terpaksa berhenti bagi memberi laluan kepada itik tersebut yang menuju ke kolam.

Petani & beberapa rakannya mengawal pergerakan kira-kira 5 ribu itik dengan menggunakan sebatang kayu. ~ Agensi

TRESPASSING Buah Tangan Terbaru ADAM LAMBERT


Sudah sekian lama menyepi tanpa album baru, tahun 2012 membawa lembaran baru apabila penyanyi Adam Lambert mengeluarkan buah tangan terbaru yang diberi tajuk TRESPASSING. Pada asalnya album kedua dari penyanyi ini dikeluarkan pada bulan Mac lalu tetapi atas sebab tertentu terpaksa ditunda 2 bulan kemudian dikeluarkan pada 15 Mei 2012.

Studio album by Adam Lambert, TRESPASSING

Menariknya pada minggu pertama, debut TRESPASSING melonjak ke NO.1 di BILLABOARD 200, terjual hampir 80,000 pada minggu pertama & album ini juga berada tangga NO.1 di Kanada. Tambahan lagi, pada bulan Jun ini, penjualan TRESPASSING meningkat & menjadi hampir 120,000 di US.

Dalam TRESPASSING juga, Adam Lambert banyak berkerjasama dengan nama2 besar dalam dunia muzik seperti Pharrel Williams, Dr Luke, Josh Abraham, Bruno Mars & banyak lagi nama2 yang gah. Single pertama bagi TRESPASSING adalah “Better Than I Know Myself” yang telah dikeluarkan secara digital pada 20 Disember 2011, manakala “Never Close Our Eyes” menjadi single keduanya.

Deluxe Edition Artwork

Dengan memiliki 12 buah lagu baru & 3 extra ( bagi Deluxe Edition ), kesemuanya mempunyai sentuhan yang menarik & elemen yang menarik dalam setiap tersebut.
Antara lagu2 yang terkandung dalam TRESPASSING adalah :
§  TRESPASSING
§  CUCKOO
§  SHADY feat Nile Rodgers & Sam Sparro
§  NEVER CLOSE OUR EYES
§  KICKIN’ IN
§  NAKED LOVE
§  POP THAT LOCK
§  BETTER THAN I KNOW MYSELF
§  BROKEN ENGLISH
§  UNDERNEATH
§  CHOKEHOLD
§  OUTLAWS OF LOVE
Deluxe Edition :
§  RUNNIN’
§  TAKE BACK
§  NIRVANA

DOMINASI LELAKI : DL sudah mendengar kesemua lagu dalam TRESPASSING, memang menarik..! genre yang dibawakan oleh Adam Lambert dengan suaranya amat serasi, jadi jika anda antara peminatnya, dapatkan 1 salinan TRESPASSING sebagai koleksi..!

Tuesday 12 June 2012

Warna BUKAN Petanda TIDAK Subur..!


Soalan : JIKA air mani itu jernih dan tidak berwarna, adakah ia tidak sihat dan tidak mengandungi sperma?


Jawapan : Air mani mengandungi dua hingga lima peratus benih dan 60 peratus cecair daripada pundi seminal. Selebihnya daripada pundi prostat serta sedikit daripada pundi cowpers dan pundi salur kencing.

Biasanya warna air mani putih, kelabu, sedikit kekuningan dan kadangkala jernih. Jadi, warnanya bukan tanda kesuburan. 

Paling mustahak, kandungan sperma yang ada di dalam air mani. Jika ada sperma, maknanya lelaki itu tidak mandul. 

Setiap lelaki memerlukan sekurang-kurangnya 20 juta sperma dalam setiap satu mililiter air mani. Ini termasuk kira-kira 40 peratus sperma yang aktif dan 30 peratus sperma lagi berbentuk normal. 

Kedudukan dan keadaan sperma juga tidak menentu. Adakala pengeluaran sedikit dan pada waktu lain, ia lebih banyak daripada dijangka.

Sumber : Akhbar Mtero, Doktor Sakit Tuan, Dr. Ismail Thamby

Monday 11 June 2012

Maria Sharapova, JUARA ROLAND GARROS..!


PERMAINAN & TEKNIK YANG PENUH BERGAYA...! kata2 tersebut amat tepat untuk digambarkan kepada juara baru Terbuka Perancis 2012, Maria Sharapova apabila beliau telah memenangi kejohanan terbesar tersebut selepas membelasah pemain Itali, Sara Errani dengan keputusan 6-3 6-2.


Bukan sahaja memiliki tubuh yang tinggi lampai, pakar dalam bidang fesyen, antara atlet paling jelita dalam dunia tenis, atlet wanita paling kaya & dibayar paling tinggi dalam dunia, Maria telah membuktikan bahawa semua kelebihan tersebut mestilah seiring dengan bidang yang dibawanya. Pada aksi final tersebut, Maria mendominasi majoriti perlawanan tetapi ada kalanya melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.



Secara tidak langsung, Maria sekarang telah melengkapkan keempat2 kejuaraan utama GRAND SLAM iaitu pada sebelum ini telah memenangi Wimbledon 2004, Terbuka Amerika 2006, Terbuka Australia 2008 & kini telah memiliki Terbuka Perancis pada tahun 2012. Maria juga individu ke-10 dalam dunia tenis yang berjaya melengkapkan keempat2 kejuaraan tersebut selepas Maureen Connolly, Doris Hart, Shirley Fry Irvin, Billie Jean King, Margaret Court, Chris Evert, Martina Navratilova, Steffi Graf and Serena Williams yang berjaya melakukannya.


bersama 'orang kuat' MARIA SHARAPOVA yang banyak membantunya.



Dalam kedudukan yang telah dikeluarkan hari ini, Maria telah diumumkan & diletakkan pada ranking tertinggi iaitu NO.1 dunia apabila mempunyai nilai mata sebanyak 9490 meninggalkan 700 mata kepada bekas pemain NO.1 dunia, Victoria Azarenka. TAHNIAH sekali lagi diucapkan kepada MARIA SHARAPOVA...!

Friday 8 June 2012

Maria into Roland Garros Final


Maria is into her first Roland Garros final after she defeated no.4 seed Petra Kvitova of the Republic Czech 6-3 6-3 in 1 hour 17 minutes. When the new WTA rankings are released on Monday, Maria will return to NO.1 – the first time since June 2008.


This is Maria’s third appearance in a final in the last four Grand Slam.
Maria broke Kvitova to love to lead 3-2 in the first set. At 5-3 40-0 on Kvitova serve, Maria won the set when Kvitova hit a ball wide.

In the second set, Maria broke Kvitova to lead 3-1 when Kvitova double-faulted. Kvitova got the break back in the next game and then won her own service game to level the set 3-3. Maria won the next two games and at 5-3 40-15, Maria hit a second aces down the line to advance to the final.

In Saturday’s final, Maria will play No.21 seed, Sara Errani of Italy. Maria has never played the 25-years-old before who is playing her first Grand Slam final.
source : mariasharapova.com

Thursday 7 June 2012

MARIA ke Separuh Akhir Terbuka Perancis 2012


Maria Sharapova menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Perancis buat kali ketiga, semalam apabila menewaskan pemain Estonia, Kaia Kanepi 6-2, 6-3 untuk selangkah lagi menghampiri impian memenangi semua empat gelaran Grand Slam dalam kariernya.


Pemain nombor dua dunia dari Russia itu yang turut layak ke separuh akhir pada 2007 dan 2011, akan bertembung juara Wimbledon, Petra Kvitova yang mengalahkan Yaroslava Shvedova dari Kazakhstan 3-6, 6-2, 6-4 untuk mengintai tempat ke final Sabtu ini.

“Saya gembira sekali lagi mara ke separuh akhir. Saya suka kembali ke sini mencabar diri sendiri supaya melangkah lebih jauh dalam kejohanan ini,” kata Maria, yang boleh merampas semula status sebagai pemain nombor satu dunia jika dia berjaya ke final.

“Saya memenangi dua kejohanan menjelang kejohanan di Paris iaitu di Stuttgart dan Rome dan ia memberikan saya keyakinan. Tapi, setiap kejohanan berbeza. Saya gembira untuk meningkat dan saya tahu ia pasti sukar selepas ini.” - AFP

Sunday 3 June 2012

MARIA Mara ke Pusingan Ke-4 di Paris


Dengan hanya mengambil masa selama 66 minit sahaja, bintang tenis handalan dunia, Maria Sharapova mara mudah ke pusingan keempat Terbuka Perancis apabila Maria mudah membelasah pilihan ke-28, Peng Shuai dari China dengan keputusan 6-2 6-1.


Pada servis yang pertama dengan 61% & membawa kepada kenaikan peratusan kepada 85%, Maria melakukan 4 servis ace, 27 kemenangan & 7 kesilapan yang tidak disengajakan.
Pada set pertama, Maria mendominasi perlawanan dengan 3-0 sebelom Peng Shuai memenangi 2 perlawanan seterusnya. Maria sekali lagi membawa rentak kemenangan pada set pertama dengan menang 4 game seterusnya kepada 6-2 yang mengambil masa 32 minit sahaja.


Pada set ke-2, dengan mengambil masa 34 minit, Maria hanya kalah 1 game kepada Peng Shuai. Semangat yang ditunjukkan oleh bintang handalan ini sangat hebat & peluangnya untuk membawa pulang mahkota kejuaraan Terbuka Perancis yang pertama kian menyinar.

Pada pusingan keempat yang akan berlangsung pada hari Isnin ini menyaksikan pertembungan Maria Sharapova dengan bintang dari Republic Czech, Klara Zakopalova. Pertemuan antara mereka 2-1 & Maria mengetuai pertemuan sebelum ini. Perlawanan terakhir antara Maria-Klara adalah di WTA Madrid 2012 pada pusingan kedua apabila Maria menang 6-4 6-3.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...