Tuesday 27 May 2014

NAZIM SALLEH Ingin Terjun Bidang Lakonan

Kredit : Khairil Kyle Photoghraphy. Untuk melihat hasil sentuhan gambar yang menarik, ayuh ke Khairil Kyle Photography ini. 

Dalam setiap dalam diri kita semua perlulah ada target dan matlamat yang jelas untuk mencipta kejayaan, begitulah jua dengan jejaka yang sempat DL temubual beberapa hari lepas untuk kolum Oh Lelaki..!! ini, jejaka yang berasal daripada Johor ini dikhabarkan pernah menyertai pertandingan Mister Planet Malaysia 2015 akan tetapi nasib tidak menyebelahinya, beliau terpilih dalam Top100.

jejaka yang mesra disapa Nazim Salleh ini dalam usaha untuk komersialkan diri dalam industri lakonan, peragaan dan juga nyanyian. Khabarnya, setakat ini beliau banyak tertumpu untuk mendapatkan peluang –peluang berlakon dengan mana-mana production dan pada masa yang sama sedang melatih vokal dalam bidang nyanyian.


Hajat saya lebih kepada bidang lakonan dan seandainya peluang diberikan saya ingin menjadi seorang pelakon. Berkenaan dengan nyanyian dan peragaan, itu sebagai tambahan pada diri saya.”katanya

Mengisi masa lapang dengan bernyanyi dan membaca novel, jejaka yang mempunyai ketinggian 172cm ini mencabar diri lagi untuk tampil pada edisi akan datang Mister Planet Malaysia. Tambah beliau, beliau akan cuba sebaik mungkin dan berharap agar masa depan serta usaha beliau akan membuahkan hasil, In Sya Allah.

Sunday 25 May 2014

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular BH 2013



Senarai pemenang Anugerah Bintang Popular BH 2013;

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Artis Baru Lelaki Popular – Achey
Artis Baru Wanita Popular – Zara Zya
Artis Duo Berkumpulan Popular – Akim Ahmad dan Stacy
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Stacy
Pelakon TV Lelaki Popular – Shah Iskandar
Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular – Jep Sepahtu
Artis Komedi Wanita Popular – Jihan
Pengacara TV Lelaki Popular – AC Mizal
Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa
Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali

Undian Online:

Chef Selebriti Popular – Chef Wan
Aksi di Youtube Popular – Mat Luthfi
Artis Lelaki Stylo – Awal Ashaari
Artis Wanita Stylo – Yana Samsudin
Gandingan Serasi Layar – Zara Zya dan Azlee Khairi
Watak Jahat dalam Drama/Filem – Sofi Jikan
Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Dato’ Siti Nurhaliza

Saturday 24 May 2014

"Mestilah Cantik Luar & Dalam"-Mister Kelantan



Sasa dan memiliki rupa paras yang menarik, tidak dinafikan faktor yang dimiliki oleh wakil negeri di pantai timur, Kelantan ini antara calon panas dalam Mister Planet Malaysia 2015 pada tahun ini. Tuan Mohd Faiz bin Tuan Mohd Nor, jejaka yang juga berkhidmat di Ikhtiar Factoring ini sedang dalam proses menyempurnakan bentuk badan yang menarik menjelang final pada 22 Jun depan. “Penting bagi saya dalam memperbaik sebutan dalam BI dan juga menajamkan ilmu alam sekitar. Saya juga sentiasa meminta nasihat dari mereka yang berpengalaman”, tuturnya pembuka bicara.

Ketika ditanya kelebihan yang dimiliki oleh beliau untuk dinobatkan sebagai Mister Planet Malaysia 2015, Mister Kelantan punyai jawapan yang tersendiri – “My body shape and fitness level adalah kelebihan terbaik saya”. Jejaka yang mempunyai ketinggian 178cm juga sering melakukan aktiviti luar seperti hiking, cycling dan bootcamp disamping menikmati sumber alam negara.



DEFINISI MISTER PLANET BUAT MISTER KELANTAN : Mr Planet is a male beauty pageant to represent modern man and become beauty ambassador be a role model. Selain itu, kriteria terbaik yang diperlukan mestilah beauty with our attitude, brain and knowledge.

FINAL QUESTION :
Apakah definisi SKILL dan TALENT bagi anda?

Talent biasanya kebolehan semulajadi untuk melakukan sesuatu, manakala skill adalah keupayaan belajar untuk melakukan sesuatu

Trivia : Jejaka berusia 24 tahun ini juga adalah seorang feelance trainer.


DOMINASI LELAKI : kami di Dominasi Lelaki sentiasa memberi sokongan yang padu, semoga dapat mencapai apa jua harapan dan impian. Semoga Mister Kelantan berjaya pada pentas akhir nanti. Adakah Mister Kelantan menjadi pilihan anda untuk Mister Pilihan Dominasi Lelaki? Jangan lupa untuk mengundi beliau di sidebar sebelah kiri atau klik LIKE pada gambar Mister Kelantan di page rasmi kami di DOMINASI LELAKI. Kredit gambar peserta dari Utusan.
 

Friday 23 May 2014

Jennifer Lopez - "First Love"

Kredit ; page rasmi JLO

Penyanyi cantik dan serba boleh, Jennifer Lopez yang mesra disapa JLo kini tampil dengan single terbaru bagi album kesepuluh beliau yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Lagu ini kini sudah secara rasmi dijual di iTunes.


Single yang dikeluarkan pada 1 Mei 2014 yang lalu berjudul “First Love” mendapat sentuhan Max Martin. Lagu bergenre pop ini mempunyai durasi sekitar 3 minit dan bakal menjadi lagu hit beliau seterusnya. Tambahan lagi, kemungkinan album ini diberi judul “A.K.A”. Nantikan perkembangan album terkini album ini tidak lama lagi.

Tuesday 20 May 2014

"Saya Seorang yang Jujur Mencintai"-Mister Negeri Sembilan




Debaran kian terasa, final Mister Planet Malaysia 2015 semakin hampir, persoalannya adakah semua peserta sudah bersedia untuk kemuncak majlis tersebut? Siapakah yang bakal dijulang sebagai Mister Planet Malaysia 2015 sekaligus menggalas nama Malaysia ke Madrid, Sepanyol pada tahun depan, wakil Negeri Sembilan ada pandangannya yang tersendiri.

“Kini saya aktif ke gym untuk mendapatkan bentuk tubuh yang lebih baik serta menambahkan keyakinan saya ketika diatas pentas kelak sekaligus akan cuba meyakinkan juri dan juga penonton yang hadir”, katanya ketika diminta mengulas prihal persediaan beliau menjelang final bulan Jun ini. Jejaka 27 tahun, Mohd Azlin Shah bin Shahdan ini juga sering melakukan latihan catwalk serta membaca pelbagai artikel dan mencari maklumat sebagai langkah persediaan yang penuh rapi.


“Saya seorang yang jujur mencintai dan menyukai aktiviti berkaitan alam sekitar dimana pendapat saya, ia amat diperlukan bagi seorang Mister Planet. Bagi saya, kejujuran tersebut merangkumi juga untuk memastikan flora, fauna terus terpelihara sebaik mungkin", Katanya. Jejaka yang mempunyai ketinggian 176 cm ini juga akan cuba tampilkan semua pengalaman dan pengembaraannya di Malaysia ke mata dunia.

DEFINISI MISTER PLANET BAGI MISTER NEGERI SEMBILAN : Beauty pageant antarabangsa tahunan bagi lelaki muda moden mempromosikan kesedaran alam sekitar. Mendedikasikan setahun mereka untuk menggalakkan projek tertentu, menangani isu berkaitan alam sekitar dan isu global yang lain. Mampu berdiri dan berusaha untuk perlindungan adalah antara kriterianya. Mereka bukan sahaja cantik dan sasa dari segi rupa paras dan fizikal, tetapi berpengetahuan mengenai alam sekitar”.

FINAL QUESTION
Jika anda diberi pilihan antara SMART atau SEKSI, yang manakah pilihan anda?

"Saya pilih SMART. Bagi saya, SMART adalah sesuatu yang bukan boleh dibentuk dalam masa sehari dua, SMART adalah sesuatu yang dimiliki sejak dari kecil. Berbanding dengan SEKSI yang boleh dibentuk dan diajar dengan lebih mudah dan cepat. ‘The sexiest thing in the entire world is being really smart. And being toughful. And being generous’”.



Jejaka yang kini berkerja di MMC Gamuda ini gemar menghabiskan masa hujung minggunya dengan mendaki bukit atau gunung selain mencari ketenangan di tepi pantai. “Hari minggu adalah hari untuk merehatkan minda, jadi saya lebihkan masa melihat keindahan ciptaan Allah dan merehatkan fizikal dengan menikmati deruan ombak”, katanya akhiri sesi bersama kami.

DOMINASI LELAKI : Selamat maju jaya buat Mister Negeri Sembilan, buat yang terbaik di final kelak. Adakah Mister Negeri Sembilan menjadi pilihan untuk Mister Pilihan Dominasi Lelaki? Jangan lupa untuk mengundi beliau di sidebar sebelah kiri atau klik LIKE pada gambar Mister Negeri Sembilan di page rasmi kami di DOMINASI LELAKI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...