Friday 18 January 2013

Cetusan Gabungan & Kerjasama Terulung CTFM & DOMINASI LELAKI



Pernahkah anda mendengar Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza..?? tahukah anda bahawa Radio CTFM ini TIDAK mempunyai frekuensi & hanya boleh didengari melalui atas talian ( online ). Akan tetapi pada masa kini dengan teknologi yang serba canggih, Radio CTFM boleh didengari melalui aplikasi android anda..! Sebelum berbicara lebih lanjut mengenai Radio CTFM ini, DL ingin memperkenal sedikit sebanyak latar belakang Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza ini.

Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza ini mula ditubuhkan secara rasminya pada 15 Jun 2009 oleh seorang peminat dari Singapura iaitu merangkap sebagai peneraju Radio CTFM ini juga iaitu Khyree Karim ( DJ Khy ). Segmen yang pertama di CTFM adalah segmen ‘Siti Situ Sana Sini’. Tambahan lagi, sekitar bulan Februari pada tahun 2010, tagline pilihan diangkat bagi menguatkan lagi jenama CTFM yang kian membangun ini, maka tercetuslah ‘Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza’ yang masih digunakan sehingga kini.

Kini, Radio CTFM sudah dikenali oleh penggemar DIVA negara, Dato’ Siti Nurhaliza & sudah didengari tidak kira dimana peminatnya berada ( sekitar Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Italy, Ameria Syarikat, Belanda, Australia, Korea, Finland, Lithuania, Denmark, Mexico, Qatar & negara-negara lain ). Tahniah buat Radio CTFM ini, jika pada permulannya Radio CTFM ini kurang mempunyai slot-slot khas & kekurangan DJ, akan tetapi pada tahun 2012 sehingga kini, radio online yang kini meningkat naik mempunyai beberapa segmen & slot khas yang juga dikelolakan oleh dj-dj yang hebat yang keudara secara langsung buat pendengar Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza.

CTFM juga mempunyai team/pasukan yang serba boleh & hebat. ‘Perisa’ segmen-segmen yang menarik oleh dj-dj yang menepati citarasa pendengar amat sesuai dengan konsep CTFM. Antara segmen-segmen yang menarik dalam CTFM seperti ;

CARTA CTNUR11 ( Carta 20 Lagu Terbaik Siti Nurhaliza ) : oleh DJ Khy
The A Show : oleh DJ Apitz
Cahaya Cinta ( Bukan Sekadar Cinta Biasa ) : oleh DJ Nana
Sutramaya : oleh DJ Fauzan
Muzik Siti Nurhaliza : oleh DJ Rayza

Pada awal tahun 2013 ini, DL mempunyai idea ingin & mahu melebarkan pengaruh CTFM, pihak admin DOMINASI LELAKI menyatakan hasrat ingin bekerjasama melalui segmen khas iaitu Carta CTNUR11 yang dikelolakan oleh peneraju CTFM iaitu DJ Khyree. Alhamdulillah, permohonan tersebut disambut baik oleh pihak CTFM & secara rasminya laman rasmi DOMINASI LELAKI menjadi ‘rakan niaga’ bagi segmen Carta CTNUR11 bagi mengemaskini carta 20 lagu terhebat pilihan undian orang ramai di laman rasmi CTFM.

Semoga kerjasama terhebat ini tidaklah terhenti disini, laungan dua empayar ini diharapkan akan menjadi peneraju & medium terbaik penyampaian berita mengenai figura negara, Dato’ Siti Nurhaliza kepada para pendengar CTFM & pembaca DOMINASI LELAKI. Tahniah kepada semua tenaga CTFM, dj-dj yang hebat menjadi peneman setia kepada para pendengar CTFM seluruh dunia. Salam Rindu dari DOMINASI LELAKI.

layari : Radio CTFM untuk maklumat lebih lanjut.

Thursday 17 January 2013

Khasiat BARLI



Minat barli..? tapi, tahukah anda apakah khasiat yang terkandung dalam barli itu sendiri..? jom kita baca sedikit artikel yang DOMINASI LELAKI temui melalui pembacaan baru-baru ini.

BARLI atau juga dikenali sebagai HORDEUM VULGARE( nama saintifik ), dikatakan bijirin pertama yang ditanam di negara timur tengah iaitu kira-kira 9000 tahun lalu & juga bijirin terpenting ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya pula boleh dijadikan kertas dan bahan pembinaan. Manakala keseluruhan tanaman tersebut boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan. Barli ditanam daripada biji sehinggalah menjadi pokok setinggi kira-kira semeter. Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat makanan, protein & karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. Barli juga dibahagikan kepada dua jenis serat iaitu serat boleh larut & tidak boleh larut.

Bijian barli amat kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting ( Vitamin B3 ), thiamine ( Vitamin B1 ), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin. Kajian secara klinikal di Kanada, Amerika Syarikat & Australia juga melaporkan bahawa serar daripada barli, efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah. Kesimpulannya, seperti sembelit, mencegah kanser, melawaskan kencing, melancarkan penghadaman boleh dikurangkan dengan pengambilan bijirin barli ini.

Sumber : olahan kembali dari MASKULIN

Wednesday 16 January 2013

Masalah Pancutan Awal



PANCUTAN AWAL..? Pernahkah anda sebagai para lelaki mengalami PANCUTAN AWAL..? apa itu PANCUTAN AWAL..? PANCUTAN AWAL air mani dinamakan sebagai PREMATURE EJACULATION ( PE ) atau ejakulasi pramatang dan keadaan ini menyebabkan seorang lelaki itu mengeluarkan air mani jauh lebih awal atau boleh dikatakan sebelum isteri mencapai kemuncak syahwat. Biasanya PE mempunyai beberapa faktor menyebabkan ianya terjadi. Faktor psikologi seeprti stres, tekanan emosi, kemurungn & sebagainya. Kebarangkalian peratus sangat kecil mungkin disebabkan faktor fizikal seperti ubat-ubatan, kecederaan & lain-lain. Untuk maklumat lebih lanjut, seseorang lelaki tersebut haruslah berjumpa dengan doktor pakar untuk mengenal pasti punca & rawatan yang perlu dibuat untuk mengatasi perkara ini.

Sumber : olahan dari MASKULIN

Saturday 12 January 2013

Mata Angkasawan Mudah Rosak



Di angkasa, mata angkasawan mudah rosak..? adakah benar.? Berdasarkan kajian di jurnal Radiologi US, melalui dialisis pengimejan reasonans ( MRI ), angkasawan yang menghabiskan masa lebih sebulan di angkasa berpotensi bukan sahaja kerosakan mata malah otak.

Dilaporkan pelbagai kompilasi serupa dengan sindrom yang disebabkan oleh tekanan pada otak, termasuklah gejala seperti lebihan cecair tulang belakang serebrum dan di saraf optik di belakang biji mata sebanyak 33%. Ini adalah disebabkan hipertensi mikrograviti di angkasa yang memberikan risiko hipotesis kepada angkasawan.

sumber : MASKULIN

Friday 11 January 2013

Air Mani TIDAK Pekat



Air Mani adalah cecair yang dikeluarkan apabila seseorang lelaki itu memuncak tahap syahwatnya. Air Mani terdiri daripada campuran sperma, glukos, rembesan kelenjar prostat, antibodi dan bahan-bahan lain yang diperlukan untuk memlihara kualiti sperma. Kesuburan sperma bergantung pada jumlah minima air mani yang dikeluarkan. Bilangan sperma dalam air mani, kuantiti sperma dari segi pergerakannya ( motility ) dan rupa bentuk ( morfologi sperma ). Cair atau pekar air mani bergantung pada faktor tersebut. Analisa air mani amat perlu dijalankan untuk menentukan tahap kesuburan seseorang.

Sumber : MASKULIN

Thursday 10 January 2013

Keputusan Carta CTFM 10 Januari 2013



Keputusan Carta CTNUR11 di Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza pada 10 Januari 2013.

01. Tak Boleh Lupa ( Adiwarna )  * 2 Minggu Berturut-Turut
02. Sekian Lama ( Hadiah Daripada Hati )
03. Cahaya Cinta ( Single )
04. Muara Hati ( Single )
05. Cintamu ( Hadiah Daripada Hati )
06. Ku Milikmu ( EMAS )
07. Jerat Percintaan ( Siti Nurhaliza I )
08. Tahajjud Cinta ( Tahajjud Cinta )
09. Falling In Love ( All Your Love )
10. I Cry Out ( All Your Love )
11. Zapin Bernasib ( Single )
12. Nian Dihati ( Pancawarna )
13. Cinta Tanpa Sempadan ( Single )
14. Percayalah ( Safa )
15. Disini Ku Berjanji ( EMAS )
16. Dalam Diamku ( CTKD )
17. Cinta Ini ( Lentera Timur )
18. Purnama Merindu ( Adiwarna )
19. Joget Menanti Kasih ( Lentera Timur )
20. Syair Kamelia ( Sanggar Mustika )


Lagu Baru Masuk Carta :

Cahaya Cinta ( Single )
Cintamu ( Hadiah Daripada Hati )
Tahajjud Cinta ( Tahajjud Cinta )
Disini Ku Berjanji ( EMAS )
Dalam Diamku ( CTKD )
Joget Menanti Kasih ( Lentera Timur )
Syair Kamelia ( Sanggar Mustika )

Lagu Terkeluar :

Hanya Dia ( CTKD )
Hati Kama ( Seri Balas )
Biarlah Rahsia ( Transkripsi )
Jelmakanlah Ayumu ( Lentera Timur )
Ku Percaya Ada Cinta ( Lentera Timur )
Bisakah ( Transkripsi )
Wajah Kekasih ( Siti Nurhaliza II )



Monday 7 January 2013

Keputusan Carta CTFM 03 Januari 2013



Keputusan Carta CTNUR11 di Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza pada 03 Januari 2013.

1.       Tak Boleh Lupa ( Adiwarna )
2.      Sekian Lama ( Hadiah Daripada Hati )
3.      Hanya Dia ( CTKD )
4.      Muara Hati ( Single )
5.      Cinta Ini ( Lentera Timur )
6.      Ku Milikmu ( EMAS )
7.      Falling In Love ( All Your Love )
8.      Cinta Tanpa Sempadan ( Single )
9.      Zapin Bernasib ( Single )
10.   Jerat Percintaan ( Siti Nurhaliza I )
11.    I Cry Out ( All Your Love )
12.   Nian Di Hati (Pancawarna )
13.   Hati Kama ( Seri Balas )
14.   Percayalah ( Safa )
15.   Purnama Merindu ( Adiwarna )
16.   Ku Percaya Ada Cinta ( Tahajjud Cinta )
17.   Bisakah ( Transkripsi )
18.   Wajah Kekasih ( Siti Nurhaliza II )
19.   Jelmakanlah Ayumu ( Lentera Timur )
20.  Biarlah Rahsia ( Transkripsi )

Model - Lucas Mascarini

 Lucas Mascarini by Vladimir Marti for No Fake Magazine








Sunday 6 January 2013

Ashraf & Izham Omar dalam GLAM Lelaki & Maskulin Januari 2013


Majalah yang khusus buat kaum Adam di Malaysia sangat terbatas, jadi seperti biasa saban bulan & tahun majalah inilah yang menjadi pilihan hati admin DOMINASI LELAKI, tak lain tak bukan GLAM LELAKI & MASKULIN.

Pada kali ini, GLAM LELAKI mempertaruhkan ASHRAF SINCLAIR sebagai penghias muka depan majalah tersebut dengan membicarakan prihal khabar setelah 4 tahun berada di Jakarta. Apakah yang dikongsikan oleh pelakon kacak ini..? manakala bagi majalah MASKULIN pula menampilkan ikon, AHMAD IZHAM OMAR sebagai penghias muka depan majalah tersebut. Banyak cerita yang menarik & pelbagai isu & maklumat terdapat dalam majalah-majalah ini. Jadi, jangan lupa dapatkan naskah anda di pasaran sekarang..!




'DILEMA' Terukir Di Bintang pada AJL 27



Kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-27 semakin hangat membara & malam ini juga adalah malam penentuan lagu manakah yang akan dijulang sebagai Juara Lagu bagi edisi ke-27 ni. Sehangat membara kehangatan Juara Lagu tersebut, cerita & berita yang ingin Dominasi Lelaki sampaikan juga boleh diangkat antara berita yang tergempar yang kedengaran pada masa kini. Bermulanya tatkala finalis AJL 27, Yuna yang tidak dapat membuat persembahan pada pertandingan gilang gemilang tersebut akhirnya terjawab apabila Aizat Amdan akan menggantikan tempatnya yang bakal mendendangkan TERUKIR DI BINTANG pada pentas final malam ini. Akan tetapi tatkala berita Aizat yang akan membawa lagu hit dari Yuna itu, sisi berita & cerita yang hangat diperkatakan apabila seorang penyanyi lama & veteran, Uji Rashid adalah antara nama yang disebut oleh Yuna & dipilih olehnya untuk membawakan lagu tersebut di pentas final nanti. Adakah Aizat atau Uji Rashid akan membawakan TERUKIR DI BINTANG..?? tatkala mendengar nama Uji Rashid yang akan membawakan lagu tersebut, ada yang menyatakan kemampuan beliau membawa lagu tersebut, tetapi kalau diamati kembali bagi pendapat Dominasi Lelaki sendiri, pemilihan Uji Rashid oleh Yuna adalah pemilihan yang tepat ditambah pula melodi & gaya klasik pada lagu ini sangat kuat. Jadi tidak hairanlah jika Yuna ingin mendapatkan Uji Rashid sebagai pilihan hatinya membawa TERUKIR DI BINTANG pada final malam ini.

Akan tetapi, berdasarkan berita yang Dominasi Lelaki baca daripada portal MURAI.COM & akhbar baru-baru ini menyatakan bahawa Aizat Amdan adalah individu yang bakal membawa lagu tersebut pada malam ini. Berdasarkan artikel yang dibuat/dirujuk pada Murai.com, setelah mendapatkan penjelasan daripada individu terdekat Uji Rashid, memang ianya BENAR & semuanya diluar bidang kuasa mereka. Aizat Amdan diletakkan sebagai penyampai lagu TERUKIR DI BINTANG.

Dominasi Lelaki bersimpati kepada Uji Rashid kerana segalan persiapan seperti konsep, busana yang bakal digayakan olehnya pada malam ini juga hampir siap & beliau adalah individu terakhir yang diberitahu mengenai pertukaran ini. Beliau juga tidak mahu menunding jari kepada sesiapa atas perkara yang telah terjadi. Berita pertukaran ini juga telah menyentuh hati seorang pelawak terkenal Malaysia, Saiful Apek melalui Facebooknya, Saiful Apek Official Fan Page.

DOMINASI LELAKI : Ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku ini, semoga Uji Rashid sentiasa tabah & kembali sihat. Tahniah juga kepada Yuna apabila TERUKIR DI BINTANG antara finalis yang berentap malam ini.

Friday 4 January 2013

INFO 3 - 7 UP



Tahukah anda bahawa TITIK MERAH pada logo minuman 7UP merujuk pada mata merah pencipta minuman tersebut iaitu CHARLES LEIPER GRIG iaitu seorang albino.

sumber : MASKULIN

Thursday 3 January 2013

Siti Nurhaliza Pembuka Tirai Wajah Baru In-Trend Januari 2013


Rasanya masih belum terlambat lagi pihak DOMINASI LELAKI ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua di luar sana termasuklah mereka pembaca setia DOMINASI LELAKI. Alhamdulillah, tatkala melangkah ke tahun yang baru ini, pelbagai azam & semangat baru mahu diterapkan dan seharusnya sama-sama kita doakan agar tahun ini menjadi tahun yang istimewa & lebih baik dari tahun sebelum ini, InsyaAllah.
Seiringan dengan tahun baru iaitu tahun 2013, pelbagai cerita menarik mahu dikongsi bersama pembaca sekali & mestilah tahun ini juga insyaAllah kami akan memperkenal kolum yang terbaru bertepatan dengan tahun pertama DOMINASI LELAKI ditubuhkan ( pada 1 Januari 2012 ).

Pada tahun 2013 ini, DOMINASI LELAKI mulakan artikel coretannya dengan mempamerkan ‘kehebatan’ figura Malaysia yang diangkat menjadi penghias muka depan bagi majalah In-Trend yang KINI BERWAJAH BARU..! masih menggunakan konsep INSPIRASI GAYA HIDUP ANDA, wajah baru majalah tersebut tampaknya lebih segar & menepati citarasa pembaca setia & mungkin ‘menawan’ hati pembaca yang baru hendak mengenali majalah ini. Tampak lebih menarik lagi, pemilihan figura negara, Dato’ Siti Nurhaliza sebagai penghias muka depan nampaknya sangat sesuai dengan pesona & aura DIVA yang memukau. Tampil dalam dua (2) cover yang berbeza, Siti nampak mudah menggayakan apa jua tema yang diberikan kepadanya. Dua versi yang berbeza menampakkan sisi Siti yang segar & DIVA.

Gambar ini menampakkan pesona Dato' Siti yang DIVA & klasik

Gambar ini pula menampakkan Dato' Siti seorang yang segar & ceria.

DOMINASI LELAKI : sekali lagi DOMINASI LELAKI ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013, semoga kalian sentiasa gembira, berjaya & menjadi insan yang lebih cemerlang. Doakan juga agar tahun 2013 ini menjadi tahun bertuah kepada DOMINASI LELAKI. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...