Saturday 29 March 2014

Mister Global 2014 Milik Mister Myanmar




Mister Global 2014 sudah melabuhkan tirainya beberapa hari yang lepas yang menyaksikan wakil Myanmar, Mister Myanmar diangkat menjadi Mister Global 2014 yang diadakan di Thailand. Pertandingan yang pertama kali ini diadakan turut menyaksikan pertembungan beberapa buah negara yang menghantar peserta yang sangat berpotensi untuk memberikan saingan sengit, antaranya Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam, Myanmar, Kanada, Perancis, Korea dan banyak lagi.


Para peserta telah tiba awal di Thailang bagi memenuhi aktiviti yang disediakan oleh pihak pengurusan Mister Global sepanjang perjalanan pertandingan ini. Dalam perkembangan lain, wakil Malaysia, Muhammad Syazwi Nazri tidak bernasib baik kerana tidak tersenarai dalam kalangan teratas, akan tetapi prestasi yang diberikan oleh beliau sepanjang pertandingan serta tempoh persediaan memang patut diberikan pujian yang tinggi. Kita sedia maklum bahawa beliau menggantikan tempat Zen Zyker disaat akhir, akan tetapi beliau sambut cabaran yang diberikan ini sebagai peluang yang terbaik dan akan berusaha sebaik mungkin.



Walaupun tidak mendapat tempat tertinggi, beliau antara peserta yang menyerlah dan mempunyai personaliti menarik serta aura yang patut dipuji. Ayuh kita lihat coretan penuh dan keputusan penuh Mister Global 2014 yang diadakan pada 27 Mac 2014 yang lalu ;

Mister Global 2014 : Mister Myanmar
1st Runner Up : Mister Canada
2nd Runner Up : Mister Korea
3rd Runner Up : Mister Vietnam
4th Runner Up : Mister Philippines
 
Mister Vietnam turut memenangi bagi Mister Photogenic
TOP5 Best Talent :
Mister Kyrgistan
Mister Korea
Mister Cape Verde Island
Mister Myanmar
Mister Vietnam


Mister Congeniality : Mister Costa Rica





Terima kasih kepada wakil Malaysia, Muhammad Syazwi Nazri atas kerjasama dan performance terbaik yang diberikan sepanjang Mister Global 2014, semoga terus berjaya pada masa akan datang. Kredit kepada semua page yang berkongsi gambar dan maklumat sepanjang Mister Global 2014.

Sunday 16 March 2014

Ganti ZEN ZYKER, SYAZWI NAZRI ke MISTER GLOBAL 2014 di Thailand



 Kini persediaan sudah mencapai 90% dari pelbagai aspek termasuk penjagaan diri, kesihatan badan, rekaan busana yang perlu digayakan olehnya pada pertandingan tersebut. Sudah tentu pemilik nama, Muhammad Syazwi Nazri sudah bersiap sedia untuk menggalas nama Malaysia untuk dibawa ke Thailand bagi suatu pertandingan yang besar iaitu Mister Global 2014. Mister Global 2014 ini akan diadakan pada 27 Mac 2014 di Thailand.

Segalanya hampir sempurna, semuanya hampir selesai, sekitar lebih 90% kerana waktu yang ada pada saya singkat. Saya akan buat yang terbaik lebih”, katanya pada wawancara bersama Dominasi Lelaki.

Kepada yang sering mengikuti perkembangan peserta dan wakil Malaysia yang akan bertanding mungkin sudah mengetahui bahawa pada asalnya, Zen Zyker akan mewakili bagi kategori ini, akan tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, tempatnya digantikan dengan  seorang wakil yang juga mempunyai karisma yang hebat – Syazwi.

Zen Zyker. Kredit Tozieda
Saya sangat gembira apabila dipilih dan saya akan sahut cabaran dan gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin”, tambahnya. Selain Eizaaz tampil dengan rekaan Salikin Sidek dan Adi Waridi, jejaka yang mewakili Negeri Sembilan pada Mister Planet Malaysia ini juga turut menggayakan beberapa helai pakaian yang indah daripada pereka tersohor tersebut. Tegasnya, beliau akan menggunakan sebaik mungkin rekaan dan keistimewaan rekaan yang diberikan kepadanya ( Hulu Balang ) yang direka khas oleh Salikin Sidek.



Pada perkembangan lain, beliau tidak menolak rezeki jika ada yang menawarnya dalam bidang yang berbeza selepas ini seperti lakonan dan akan mengambil peluang tersebut untuk mencabar diri sendiri.  Sasaran saya selepas ini akan terus pada bidang peragaan. Saya sangat sukakan bidang ini”, katanya sebelum akhiri wawancara kami.

DOMINASI LELAKI : Selamat Maju Jaya, semoga dapat buat yang terbaik

Album Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza bersama OTM Kini Di Pasaran





Mahukah anda memiliki 31 buah lagu antara karya irama Malaysia dan pilihan terbaik dari penyanyi terkenal dan NO. 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza? Kini ianya menjadi kenyataan dengan hadirnya buah tangan terbaru daripada penyanyi tersebut – Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Orkestra Tradisional Malaysia dimana konsert ini telah berlangsung sekitar September tahun 2013 yang lalu.

Hadir dengan 2 CD melalui album ini, tidak dinafikan kawalan vokal dan lenggok yang dimiliki oleh Siti tidak perlu disangkal lagi. Beliau berjaya membawa kita semua ‘hanyut’ dalam alunan vokal dan gemalai setiap lagu yang ditampilkan. Paling menyentuh hati melalui trek Patah Hati, dilihat Siti sangat berjaya membawakan dengan penuh perasaan yang sangat mendalam.



Selain CD ini tampil dengan lagu terbaik daripada koleksi beliau, Siti juga tampil dengan 2 lagu baru iaitu Popaleh Weh dan Citra Budaya dimana diambil daripada loghat Pahang manakala Citra Budaya memperlihat gabungan element yang sangat menarik serta digarap dengan Dikir Kelantan vs Dikir Pahang lantas menjadi Dikir Timur yang sangat harmoni.
Pada konsert ini juga, Siti turut menampilkan Raja Gelek Malaysia, Dato’ M. Daud Kilau sebagai penyanyi jemputan dan mereka berduet menerusi 2 buah lagu daripada milik penyanyi tersebut iaitu Cek Mek Molek serta Laksamana Raja Di Laut.

Album ini mula dijual bermula pada minggu ini dengan harga RM39.90 untuk  CD1 & CD2. Jangan lupa dapatkan dipasaran. Kini rasailah keseronokan dan ketinggian martabat muzik tradisional melalui album yang penuh dengan istimewa ini.



Pada perkembangan lain, kini Siti dalam persediaan untuk Minggu Setiausaha dan sebuah konsert sekitar April depan di Singapura. Tambahan lagi, Siti yang juga terkenal dengan lagu Lebih Indah dalam proses menyiapkan album terbaru beliau yang akan dipasaran sekitar pertengahan tahun ini.

SITI Muncul dengan Dato' Siti Nurhaliza LIVE in Singapore




Nama figura terkenal, Siti Nurhaliza tidak perlu diperkenalkan lagi. Memiliki rupa paras yang cantik, dengan pesona diri yang sangat lemah lembut, aura yang memukau serta memilki profile yang sangat kukuh, tidak hairanlah beliau menjadi pilihan lensa kamera sehinggalah tatkala mengadakan konsert berskala besar.

Terkini, penyanyi yang bakal muncul dengan album baharu sekitar pertengahan tahun ini bakal kembali ke Singapura setelah lebih 5 tahun tidak muncul menghiburkan peminatnya di sana. Persembahan istimewa dari penghibur ini akan diadakan pada 12 April 2014 di The Star Theatre dengan durasi sekitar hampir 2 jam.



Tiket bagi Dato’ Siti Nurhaliza Live In Singapore 2014 ini adalah $198, $178, $158, $128, S$88, S$68, S$45.
 
Dalam perkembangan lain juga, Siti Nurhaliza bakal mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha sekitar April ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...