Friday 16 August 2013

AMOUAGE FATE Haruman Bercirikan MEWAH

Jenama haruman terkenal dunia, AMOUAGE baru-baru ini memperkenal satu lagi keluaran terbaru daripada syarikat mereka yang dipanggil AMOUAGE FATE. Haruman yang hadir dalam pasangan romantik ini dikeluarkan dan dipasarkan sekitar Jun 2013. 


Berketerampilan menarik dengan perician mewah pada botol menepati citarasa unggul pilihan pengguna dengan nota warna ilustrasi bulan, bintang dan matahari ( bayangan kekuningan, ungu, hijau dan biru ) menampakkan lagi ciri AMOUAGE FATE yang sangat mewah.


Haruman ini hadir dalam 2 bentuk si pemakai iaitu bagi LELAKI dan WANITA.

Nota bagi LELAKI : ( INTENSE & SPICY )
TOP NOTE : Saffron, Ginger, Cumin, Wormwood, Mandarin Orange
MIDDLE NOTE : Rose, Incense, Olibanum, Labdanum, Copahu Balm, Immortelle
BASE NOTE : Labdanum, Cedar, Tonka Bean, Licorice, Musk, Sandalwood

Nota bagi WANITA : ( SPICY & FLORAL )
TOP NOTE : Bergamot, Red Chilli Pepper, Pepper, Cinnamon
MIDDLE NOTE : Rose, Jasmine, Narcissus, Incense, Labdanum
BASE NOTE : Vanilla, Patchouli, Benzoin, Castoreum, Leather, Oakmoss


Wednesday 14 August 2013

Garapan Terbaik Siti Nurhaliza & Orkestra Tradisional Malaysia dalam Konsert Lentera Timur Dato' Siti Nurhaliza


Selepas cemerlang dan mendapat liputan yang menyeluruh prihal kejayaan pada konsert Siti Nurhaliza In Symphony sekitar Julai lalu, kini penyanyi yang sangat terkenal dengan lagu CINDAI ini, Dato’ Siti Nurhaliza sekali lagi bakal menggegarkan sebuah lagi pentas bertaraf dunia, Istana Budaya pada September ini dengan 100% alunan dan lenggok irama Malaysia yang bakal dipertaruhkan oleh beliau.

Konsert yang diberi judul Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza ini adalah sebuah konsert yang digarap 100% diiringi Orkestra Tradisional Malaysia iaitu OTM. Lentera Timur membawa maksud yang mendalam dengan definisi indah cahaya ketimuran diharapkan dapat digarap dengan sempurna apabila pelbagai instrument dialun dan digabung menjadi satu melodi yang indah, antaranya gambus, sape, sauna, sitar dan sebagainya.

Garapan ini bakal menjadikan konsert ini lebih hebat ditambah gabungan Siti Nurhaliza yang kita sedia maklum memiliki kawalan vokal yang terbaik dan gubahan instrumen oleh OTM sendiri. Konsert yang berdurasi selama 2 jam ini bakal menampilkan Siti Nurhaliza membawa pelbagai lagu tradisional seperti joget, zapin, asli, masri dan banyak lagi. 


Walaupun mencabar, akan tetapi dengan kekuatan Siti sendiri yang berjaya membawakan elemen dan genre tradisional dengan baik member kelebihan buat beliau. Beliau juga pernah merakamkan pelbbagai album solo yang mempertaruhkan irama tradisional sebagai genre album seperti Cindai, Sahmura, Sanggar Mustika, Lentera Timur dan beberapa kompilasi album seperti Klasik dan album duet bersama Noraniza Idris iaitu Seri Balas.

Tiket telah dijual sekarang bermula dengan harga RM78 sehingga RM518

DOMINASI LELAKI : jika berkesempatan, pihak DL juga ingin luangkan masa untuk ke konsert ini kerana sudah lama DL menantikan dan sudah tentu peminat beliau juga menantikan konsert tradisional dari SITI NURHALIZA ini. Jumpa anda disana


Friday 9 August 2013

iD Haruman Pertama Adam Levine


Lambakan haruman dari selebriti antarabangsa bukanlah sesuatu yang pelik dan hairan kerana dengan adanya koleksi sebegini dapat merapatkan dan member sentuhan ilham kepada peminat selebriti dunia sebagai contoh haruman dari koleksi Britney Spears, Beyonce, Lady Gaga, Justin Bieber, Usher dan ramai lagi mengeluarkan haruman dibawah label nama sendiri. Nah, hari ini DL ingin berkongsi salah satu haruman yang unik kepada jejaka diluar sana.

Dengan mempertaruhkan elemen muzik dalam sentuhan haruman pertama miliknya, ID dikatakan sangat menarik dan istimewa buatnya. Bukan sahaja simple tetapi bentuknya yang diilhamkan dari mikrofon dengan penutup jaringan perak yang mewah menampakkannya lagi unggul.


Bereksperimen dan garapan sempurna nota-nota seperti seri pagi, limau mandarin, serai bagi top note serta diserikan dengan sentuhan middle note buah markisa, sedikit sandalwood, cedarwood menjadikannya sempurna.


DOMINASI LELAKI : haruman ini sangat sesuai dipakai pada siang dan juga malam, kepada jejaka yang mahu mencari haruman, apa kata cuba di kaunter haruman ID dari Adam Levine ini. Selamat Mencuba..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...