Thursday 22 March 2012

Izara Aisyah yang JELITA..!

Cantik, Manis & Penuh Bergaya..! itulah kata yang sesuai ditujukan kepada pelakon yang mendadak naik & dikenali melalui drama bersiri Vanilla Coklat.

Memiliki pakej yang lengkap & masih muda, pelakon yang berbakat & mencari tumpuan pengarah & peminat di Malaysia, Izara Aisyah telah disunting menjadi penghias muka depan bagi majalah Pesona Pengantin bagi edisi bulan Mac.


Thursday 8 March 2012

Produk Wangian 'BABY' Terbaru dari SIMPLYSITI


Saban bulan, produk kecantikan yang semakin melonjak namanya, SIMPLYSITI telah membuat banyak kejutan & telah memikat ramai pelanggan baru & pelanggan setianya. Bagi bulan Mac ini, sekali lagi, SIMPLYSITI telah membuat satu lagi kejutan apabila produk terbaru mereka iaitu yang bakal berada dipasaran sekitar bulan Mac ini.


Dengan menampilkan 3 wangian yang mempunyai maksud dan citarasa yang tersendiri, SIMPLYSITI membuat perbezaan apabila wangian tersebut memberi gambaran personaliti kepada si pemakai. Dengan menggunakan nama PURE, MEMOIR & PRECIOUS, wangian tersebut mempunyai haruman yang tersendiri yang bakal mencetuskan kehebatan si pemakai. Jom kita saksikan sedikit gambar yang disediakan oleh SIMPLYSITI bagi promosi di Watsons & Guardian dan gambar produk terbaru SIMPLYSITI iaitu wangian mereka.



Nantikan sambungan entry mengenai wangian tersebut pada masa akan datang ok.

Saturday 3 March 2012

Hotel Gay Pertama di New York

Sebuah hotel gay yang pertama telah dibuka di bandar raya New York berdekatan dengan Times Square, laporan dari akhbar KOSMO hari ini.


The Hotel Out NYC itu dilengkapi dengan sebuah kelab malam, spa, kolam renang & restoran. Iai dibuka secara rasmi kelmarin dengan mempunyai 105 buah bilik dengan kadar penginapan bermula pada harga RM750 ( AS$250 ) untuk satu malam – Agensi

LELAKI Runsing Berpayudara

Perkara yang alami dikenali sebagai ‘gynecomastia’. Ini mungkin petanda masalah kesihatan dan perlu dirujuk kepada doktor.

Jika pemeriksaan dilakukan doktor mendapati anda tiada masalah hormon, iaitu tiada kekurangan hormon testosteron (hipogonadisme) atau tiada masalah kebakaan (Sindrom Kleinfelter), masalah anda mungkin perkara semula jadi. 


sekadar gambar hiasan

Boleh cuba menguruskan berat badan jika obes, sekali gus membina badan dan otot dada supaya ‘buah dada’ tidak kelihatan timbul. 

Anda juga boleh membendung dada supaya ia dapat dileperkan. Jika semua itu gagal, anda boleh menjalani pembedahan untuk membuang lemak buah dada supaya kelihatan sesuai dengan jantina anda. 

Anda perlu tahu yang buah dada lelaki juga sensitif kepada sentuhan, terutama di bahagian tompok coklat dan puting. 

Bagaimanapun, melakukan pembedahan buah dada boleh merosakkan tisu sensitif apabila urat saraf terpotong.

 sumber : Soal Jawab  Sakit Tuan, Dr Ismail Thamby ( Akhbar Metro )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...