Friday 31 August 2012

Pertemuan 2 Manusia KERDIL di Dunia


LONDON: Dua manusia paling kerdil di dunia dipertemukan untuk kali pertama bagi meraikan pertubuhan yang membantu mempopularkan ‘kelebihan’ mereka, lapor media semalam. Lelaki paling rendah di dunia, Chandra Bahadur Dangi, 72, bersemuka dengan wanita paling rendah di dunia, Jyoti Amge, 18, sempena pelancaran edisi terkini buku Rekod Dunia Guinness.


Lelaki dari Nepal dan gadis warga India itu mencuri perhatian dunia apabila ketinggian mereka diiktiraf Rekod Dunia Guinness, baru-baru ini. Walaupun dipisahkan jurang usia yang besar, Chandra dan Jyoti tetap mesra bergurau dalam suasana santai ketika sesi fotografi untuk pelancaran buku berkenaan.

Kedua-dua mereka mengenakan pakaian tradisional masing-masing. Gambar itu juga mencipta rekod dunia tersendiri apabila - untuk kali pertama - lelaki dan wanita paling rendah dipertemukan secara langsung. Sebuah buku terkini Rekod Dunia Guinness yang diletakkan di antara Chandra dan Jyoti menyebabkan naskhah itu menjadi luar biasa besarnya walaupun pada hakikatnya, ia hanya setinggi kira-kira 30.5 sentimeter.

Jyoti - berasal dari Nagpur, India - mendapat pengiktirafan itu pada hari dia menyambut ulang tahun kelahiran ke-18, pada 16 Disember tahun lalu. Jyoti menghidap masalah tumbesaran, dikenali sebagai Achondroplasia, menyebabkan saiz badannya kekal setinggi 78.8 sentimeter. Di sebalik keunikan itu, Jyoti menyimpan cita-cita tinggi dalam bidang hiburan dan mula membintangi beberapa filem Bollywood.

mereka digandingkan bersama lelaki normal

Dia dijadual melawat Britain bagi membantu pelancaran buku Rekod Dunia Guinness, bulan depan. Kata Jyoti, dia tidak sabar membuat kunjungan ke Britain. “Saya suka mengembara dan sejak mendapat pengiktirafan Guinness, saya berpeluang melawat banyak negara luar seperti Jepun dan Eropah,” katanya. Sementara itu, Chandra amat teruja apabila namanya tercatat dalam buku rekod dunia kali ini. “Ia jadi kebanggaan kepada saya, keluarga, kampung dan negara,” katanya. Dia dibesarkan di Kampung Rhimkola, 250 kilometer di barat Kathmandu sebelum keunikan fizikalnya dikesan dan mendapat pengiktirafan, Februari lalu. Chandra meninggalkan kampungnya untuk kali pertama dalam hidupnya apabila mengunjungi Kathmandu bagi membolehkan badannya diukur pegawai Rekod Dunia Guinness.

Dengan ketinggian 54.6 sentimeter, Chandra juga dianggap lelaki paling rendah dalam sejarah. - DM

kredit : Harian Metro

TOP 5 Model Musim Bunga

1. Alfred Kovac


2. Mike Spadino


3. Charlie Timms


4. Baptiste Radufe


5. Benjamin Eidem

Kredit : GLAM Lelaki

Thursday 30 August 2012

Masalah Kekurangan SPERMA



KEKURANGAN SPERMA..? ha, soalan tersebut acap kali diajukan kepada ramai pihak & para pakar. Disini, DL hendak berkongsi dengan anda semua masalah yang mungkin anda hadapi dalam keadaan yang tidak anda sedari. Masalah kekurangan sperma atau dikenali juga sebagai OLIGOSPERMA, iaitu jumlah sperma dalam air mani yang kurang daripada 10% - 15% daripada jumlah yang sebenar..!

OLIGOSPERMA antara faktor sukar mendapat cahaya mata & ketidaksuburan kepada lelaki. Selain itu, faktor lain seperti penyalahgunaan alkohol, pengambilan rokok secara keterlaluan serta pengambilan kondisi endokrin berlebihan iaitu hipogonadism.

Sumber : diolah kembali oleh DOMINASI LELAKI daripada MASKULIN.

Jack Vanderhant by Jordan Graham in Style


Model : Jack Vanderhant
Photo : by Jordan Graham
Credit : Style ( Men Magazine )







Wednesday 29 August 2012

Tom Daley in Heat Magazine


Tom Daley photographed exclusively in Heat Magazine, credit to ;
Model : Tom Daley ( Thomas Robert Daley ),
A diver ( born 21 May 1994 )
Latest ( Olympics Games London 2012Bronze in 10 metre platform )
Credit : HEAT Magazine









CLICK HERE to watch Tom Daley Behind the Scenes at a Heat Mazagine Shoot.

Tuesday 28 August 2012

Kad Raya Daripada Individu yang HEBAT...! Terima Kasih..!


Dari Ramadan sehinggalah Syawal menjelang tiba, ‘pesona’ KAD RAYA antara yang ditunggu2 oleh kita semua kan..? masa inilah, tidak keterlaluan DL cakap semua orang akan sayangkan abg2 posmen semua kan..? hahahaha. Pelbagai status mengenai kad raya sudah di-update..! pelbagai reka bentuk kad raya telah terhasil..! kini, sesi pengumpulan kad raya untuk dikumpul tahun demi tahun..!

kad raya milik Amar Baharin ini sangat cantik & menarik dengan menggunakan tema kuning.

Saban tahun, kad raya menjadi ‘agenda’ terbaik kepada kita, begitu juga buat DL sendiri, seperti tahun2 sebelum ini, kebanyakan kad raya datang dari rakan sekolah, tahun lepas alhamdulillah, rezeki dapat memiliki kad raya dari penyanyi paling polular Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza melalui program Meet & Greet Simplysiti & juga 2 tahun sebelum ini juga DL sendiri dapat memiliki kad raya istimewa dari Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza dan kad raya dari para blogger.


Alhamdulillah, pada tahun ini, rezeki memiliki kad raya masih berterusan. Cuma agak menarik kali ini, 3 kad raya esklusif telah menjadi milik DL sendiri iaitu kad raya Simplysiti ( melalui program yang sama tahun ini ), poskad raya dari Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza & seorang pelakon yang HOT, Amar Baharin.



DOMINASI LELAKI : Terima kasih atas kad raya tersebut..! tahun depan dapat lagi tak..?? hihi..ape2pon semoga kalian terus berjaya..! SALAM LEBARAN kepada semua, MAAF ZAHIR & BATIN jika ada silap & salah melalui karya tulisan DL.

Maria Through 2nd Round of US Open 2012



NO.3 seeded, Maria Sharapova of Russia booked her spot in the second round od the US Open 2012 as she defeated Melinda Czink of Hungary 6-2 6-2 in 67 minutes. Throughtout the match, Maria had 5 aces, 2 double faults, 24 winners & 59 total points wonMaria leads second set 3-0. At 5-2, Maria held her serve at 30 and won the match when Czink hit shot into the net.

Monday 27 August 2012

Perbezaan KATA PEMERI 'ialah' & 'adalah'



Kata Pemeri ialah elemen atau unsur yang menjadi penghubung antara subjek dengan frasa dalam prediket. Kata Pemeri terbahagi kepada 2 jenis;

·        ialah ( hadir di hadapan Kata Nama )
contoh :
1)      Warna biru ialah warna tema baju raya kami tahun ini.
2)     Encik Amer ialah seorang pensyarah.
3)     Biskut Sutramaya ialah biskut kegemaran sahabat saya.
4)     Maria Sharapova ialah atlet wanita paling kaya di dunia.

·        adalah ( hadir di hadapan Frasa Adjektif & Frasa Sendi Nama )
contoh :
1)   Keputusan yang dibuat itu adalah muktamad.
2)  Kenaikan harga barang di kantin sekolah itu adalah tidak wajar.
3)  Objektif utama program motivasi yang diadakan itu adalah untuk meningkatkan lagi keyakinan diri pelajar.
4)  Kenyataan saksi mengenai kes pembunuhan itu adalah sangat penting.

**akan tetapi, pelajar harus INGAT bahawa Kata Pemeri ini TIDAK BOLEH HADIR bersama-sama KATA NAFI kecuali dalam binaaan ADALAH + KATA NAFI + FRASA ADJEKTIF ;
Contoh :
1)      Keputusan perlawanan yang diadakan di stadium tertutup tersebut adalah tidak adil dan terpaksa dibantah.
2)     Dunia yang dicipta oleh Tuhan ini adalah tidak kekal dan suatu hari nanti akan berakhir jua.

Sumber : Dirujuk & diubahsuai oleh DOMINASI LELAKI dari Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga

DOMINASI LELAKI : semoga para pelajar dapat menggunakan nota-nota tersebut dengan sebaik mungkin, mengetahui cara penggunaannya dengan betul & tepat.


Sunday 26 August 2012

INFO 2 - BURUNG UNTA



Tahukah anda, untuk mengekalkan suhu sejuk, BURUNG UNTA akan kencing pada kakinya sendiri supaya dirinya akan berasa sejuk apabila air itu disejat.

Kredit : MASKULIN

Saturday 25 August 2012

Food Act 1983


The documentation approved by the DYMM SPB Yang Dipertuan Agong with the advice and consent of the Dewan Negara & Dewan Rakyat. This act gives the Ministry of Health the authority to ;
·        Inspect any food premise
·        Take samples
·        Do the analysis to check the status of cleanliness and safety of a food.


This act consist of 5 parts ;
·        PRELIMINARY
·        ADMINISTRATION & ENFORCEMENT
·        OFFENCES & EVIDENCE
·        IMPORTATION, WARRANTY & DEFENSES
·        MISCELLANEOUS

Sources : Note Introduction of Food Sanitation & Hygiene

Friday 24 August 2012

GLAM Lelaki September 2012 Cetus EVOLUSI..!


TERBARU & TERGEMPAR..! perhatian kepada pembaca setia GLAM LELAKI ( DL juga pembaca setianya ), baru2 ini page rasmi GLAM LELAKI telah umumkan bahawa GLAM LELAKI telah MENURUNKAN harganya dari RM10 kepada RM7 sahaja..! GEMPAK...!!!
Selain berita mengenai pengumuman PENURUNAN harga majalah pilihan lelaki masa kini tersebut, berita yang menarik perhatian pemerhati & pembaca setia GLAM LELAKI mesti tersenyum lebar apabila buat julung kalinya bermula edisi SEPTEMBER 2012 ini, GLAM LELAKI akan dikeluarkan pada setiap bulan ( berbanding sebelum ini hanya 2 bulan sekali pengeluaran ).


Bertepatan dengan itu, bagi meraikan evolusi terbaru GLAM LELAKI, pemilihan pelakon yang mantap iaitu REMY ISHAK sebagai penghias muka depan majalah tersebut sangat tepat..! apakah terjemahan dari si empunya badan mengenai ‘PAST, PRESENT & FUTURE... of REMY ISHAK..? jangan lupa dapatkannnya di pasaran sekarang..!

Pengeluaran SETIAP BULAN dengan harga RM7..! inikah yang anda cari? SUDAH TENTU.

Sharapova vs Czink in 1st Round of US Open 2012


Maria Back Court Day Dress

The draw final Grand Slam of the year at the US Open 2012 in New York has been released anda Maria Sharapova is seeded NO.3 after Victoria Azarenka & Agnieszka Radwanska. MARIA SHARAPOVA will play Melinda Czink of Hungary ( world number 90 ) & she has never played MELINDA before.


Last year, MARIA reached the third round of US Open and gain 160 points to defend.

Siti Nurhaliza 'TAWAN' Majalah..!!


Mingguan Wanita akan datang menampilkan Siti Nurhaliza sebagai penghias muka depan majalah tersebut. *kredit gambar : page rasmi MINGGUAN WANITA

Musim Syawal yang sedang rancak diraikan, begitu jugak dengan rezeki & tawaran yang diterima oleh penyanyi NO.1 negara ini, Siti Nurhaliza. 2 hari sebelum menjelang Syawal, single & klip video terbarunya yang berkolaborasi bersama juara AF7, Hafiz semakin mendapat sambutan yang hangat. Walaupun pemilik lagu Biarlah Rahsia ini tidak terlibat dengan program Syawal tahun ini kerana jadual promosi Koleksi Bejeweled sedang hangat ‘mengusai’ penggunanya, akan tetapi seperti kebiasaan, saban tahun wajah penyanyi dari Pahang ini ‘diangkat’ antara selebriti yang ‘WAJIB’ memeriahkan lagi muka depan majalah-majalah di Malaysia ini. Mengambil contoh beberapa majalah yang menampilkan biduanita Malaysia ini menjadi penghias majalah adalah HARMONI, SERI DEWI & KELUARGA dan yang terbaru ini MINGGUAN WANITA tidak lama lagi. Selain menjadi cover, penyanyi yang sedang ‘FENOMENA’ menerusi lagu MUARA HATI ciptaan Hafiz & Adi 6ixth Sense ini juga mendominasi kebanyakan lampiran dalam majalah di Malaysia.

antara majalah yang menampilkan Siti Nurhaliza sebagai muka depan Ramadan/Syawal 2012;



busana indah ini dipakai oleh Siti Nurhaliza sebagai lampiran cerita dalam majalah Media Hiburan edisi Syawal.

Saturday 18 August 2012

MUARA HATI Taruhan TERBAIK Dato' Siti & Hafiz


Pesona yang memukau, pembawakan & pengawalan vokal yang TERBAIK..! DL rasa kata-kata inilah yang boleh DL gambarkan kehebatan 2 penyanyi ini ; Dato’ Siti Nurhaliza & Hafiz . Mempertaruhkan MUARA HATI yang diilhamkan oleh Hafiz sendiri & sentuhan magis Adi 6ixth Sense, lagu MUARA HATI ini diibaratkan akan memberi satu fenomena yang HOT kepada 2 penyanyi HEBAT ini. Seperti biasa, magis Dato’ Siti Nurhaliza tidak perlu dipertikaikan lagi apabila beliau dengan jayanya membawakan lagu ini dengan begitu sempurna sekaligus bakal menambat hati pendengar diluar ditambah pula dengan kelunakan vokal oleh Hafiz sendiri.


Lagu MUARA HATI ini adalah lagu tema bgai drama ADAM & HAWA yang bakal ke udara bermula Isnin (Isnin hingga Khamis ), 27 Ogos 2012 ini di Astro saluran Mustika HD.

Adakah gabungan mantap ini bakal mencetuskan fenomena terbesar..? adakah MUARA HATI ini bakal ‘merobohkan’ tembok OMBAK RINDU..?? apa pendapat anda semua..?

KLIK DISINI untuk MTV Muara Hati ( Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz ).

Thursday 16 August 2012

Classification of Foodborne Illness



      INFECTION
·        Ingestion harmful microorganism within a food
·        Caused when a living microorganism is ingested as part of a food.
·        Example : Salmonella spp.

Salmonella

     INTOXICATION
·        Ingestion harmful toxin produced within a food.
·        Caused when a living microorganism grows in or on a food and produce toxin.
·        Example : Clostridium Botulinum & Staphylococcus.

        TOXICO-INFECTION
·        Ingestion harmful microorganism within a food that produce toxin in the human body.
·        Caused when a living microorganism is consumed ( like infection ).
·        Example : Clostridium Perfringens

Wednesday 8 August 2012

Zul Huzaimy Dalam MASKULIN September 2012


MASKULIN bulan September sudah keluar..?? YA, itulah hakikatnya...! memang agak ramai yang terkejut dengan pengeluaran edisi kali ini tapi pihak MASKULIN mempunyai alasannya tersendiri kenapa edisi September dikeluarkan awal dari tarikh kebiasaannya.


Jadi, bagi sesiapa pembaca setia MASKULIN, boleh la dapatkan edisi September MASKULIN di pasaran sekarang dengan wajah pelakon berbakat Zul Huzaimy dipilih sebagai penghias muka depan majalah tersebut.

Antara topik yang menarik dalam MASKULIN September ini adalah seperti TIP Senaman Untuk Si Kurus, TIP Ereksi Lebih ‘Power’, Tabiat Orang Berjaya & banyak lagi menanti anda..! Jom dapatkannya sekarang di pasaran..!

Monday 6 August 2012

GEMERSIK AIDILFITRI 'Taruhan' Pertama Dominasi Lelaki


Pada masa kini, trend bertukar kad raya sudah semakin ‘suram’ lebih-lebih lagi teknologi canggih pada masa kini yang membolehkan mereka ucap ‘SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN’ dibuat melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter & laman sosial yang lain. Akan tetapi, mahukah anda adat bertukar kad raya ini dilupakan..? apa kita kita julang kembali nostalgia kad raya menjadi trend yang sukar untuk dilupakan..!

contoh kad raya yang diterima oleh DL dari Dato' Siti

Kad raya ohh kad raya..! sudah dapat kad raya..? banyak tak..? mahu kongsi dengan kami..? mahukan kad raya dari Dominasi Lelaki..? jom sertai kami...!!

Caranya mudah sahaja, hanya LIKE page kami iaitu DOMINASI LELAKI di laman Facebook anda, dan nantikan status GEMERSIK AIDILFITRI BERSAMA DOMINASI LELAKI dari pihak kami di page DOMINASI LELAKI tidak lama lagi.

Anda hanya perlu :
·        LIKE page DOMINASI LELAKI
·        Nantikan status GEMERSIK AIDILFITRI BERSAMA DOMINASI LELAKI dari pihak DOMINASI LELAKI
·        LIKE status tersebut & KOMEN dengan menggunakan ayat ini ( SAYA PEMBACA SETIA DOMINASI LELAKI )

Mudah bukan...?? jom sertai kami di page DOMINASI LELAKI.

DOMINASI LELAKI : ini adalah percubaan sulung dari pihak DL sendiri, walaupun masih hijau dalam dunia penulisan & blog, DL akan cuba memperbaik kelemahan gaya penulisan kami. Sokongan & kritikan yang membina amatlah diperlukan oleh DL sendiri. SELAMAT BERPUASA & SALAM GEMERSIK AIDILFITRI dari DOMINASI LELAKI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...