Monday 30 June 2014

KITA Taruhan Forteen


KREDIT : WIKI

Selain memiliki rupa paras yang menarik, kumpulan yang semakin popular, Forteen juga mempunyai bakat suara yang terbaik. Kini, kumpulan yang dianggotai oleh 4 jejaka ini tampil dengan album sulung yang diberi judul “KITA”.

Mempertaruhkan 6 buah lagi, album sulung ini ibarat satu platform untuk mengukuhkan lagi jenama Forteen dalam industri. Setelah tampil dengan single pertama, “BERDUA BERSATU” pada sekitar Ogos 2011 dan menjadi pilihan pendengar, nama kumpulan ini terus melonjak. Antara single mereka yang terkenal seperti “SEPERTI DULU” dan “KITA” yang juga turut menyerlah dalam industri.

Album “KITA” ini boleh dilabelkan sebagai langkah bertuah kepada kumpulan ini apabila hampir kesemua lagu yang dibawakan oleh anak muda ini mudah diterima dan mendapat sambutan, melodi dan lirik juga menarik. Jadinya, album “KITA” ini amat berbaloi untuk dimiliki oleh peminat mereka dan penggemar muzik.

Antara lagu yang terkandung juga dalam album ini adalah seperti “KETIKA INI”, “TIDAK PERNAH BERJUMPA” dan “DIKAU SAJA”.  Bagi pilihan kami di DL, kami memilih “SEPERTI DULU”, “TIDAK PERNAH BERJUMPA” dan “KITA” sebagai pilihan. Tahniah kepada Forteen, keseluruhan dalam album ini sangat menarik.

Sunday 29 June 2014

Maria Mara, Serena Terkandas di Wimbledon 2014


KREDIT FOTO : zimbio

Pemain Rusia, Maria Sharapova terus beraksi cemerlang pada kejohanan Wimbledon selepas mara ke pusingan keempat dengan menundukkan pemain Amerika Syarikat, Alison Riske 6-3 6-0 dalam masa 68 minit malam tadi waktu Malaysia. Maria yang bermula dengan agak perlahan pada set pertama ketinggalan 0-2 dan mula bangkit untuk menyamakan kedudukan 3-3 dan terus memenangi games seterusnya sehingga kemenangan berpihak kepada beliau dengan 6-3.

Pada set kedua, pemain yang baru memenangi Grand Slam di Terbuka Perancis tidak memberikan ruang kepada pemain Amerika Syarikat apabila mendominasi kesemua games dan menang 6-0 dalam hanya masa 26 minit.

Dalam perlawanan lain, juara bertahan, Serena Williams menerima kejutan terbesar apabila tewas di pusingan ketiga kepada pemain Perancis, Alize Cornet dengan keputusan 1-6 6-3 6-4 dan ini adalah kejutan terbesar sebagai pemain pilihan pertama dan juara bertahan. Pada perlawanan sebelum ini, pilihan kedua, Li Na juga turut diberikan jalan keluar oleh pemain bukan pilihan.

Saturday 28 June 2014

Felixia Yeap & Ameera Zaini dalam Pesona Pengantin Julai 2014


KREDIT : PAGE PESONA PENGANTIN

Tampak ayu dan manis, itulah bait-bait yang pantas diperkatakan kepada  2 jelitawan yang menghiasi muka depan PESONA PENGANTIN bagi edisi Julai 2014 ini yang menampilkan Felixia Yeap dan Ameera Zaini sebagai gadis sampulnya.

Dalam edisi kali ini juga, PESONA PENGANTIN turut tampil dengan pelbagai input seperti dekorasi pelamin, idea khas perkahwinan dan pelbagai ilham hijab para mempelai. Dapatkan dipasaran PESONA PENGANTIN edisi Julai 2014.

Friday 27 June 2014

Siti Nurhaliza & Soo Wincci Tercalon dalam Anugerah K NEWAY 2014


KREDIT : DISINI
Penyanyi NO.1 negara, Siti Nurhaliza dan bekas Miss World Malaysia, Soo Wincci tercalon dalam Anugerah K NEWAY 2014. Anugerah K NEWAY adalam kesinambungan daripada Anugerah Lagu Melayu Paling Popular 2013. Penyanyi dan juga ratu cantik yang kini semakin dikenali di Taiwan tercalon bagi 2 kategori iaitu 10 Lagu Paling Popular serta Artis Baru Terbaik Karaoke menerusi lagu Musim Asmara yang dipertaruhkan dalam album berbahasa Melayunya, Su Win Si manakala Siti tercalon bagi kategori Artis Wanita Terbaik Karaoke menerusi lagu Galau.

Antara wajah-wajah dan selebriti yang turut tersenarai dalam kategori yang dipertandingkan adalah Adira, Jac, Shila Amzah, Fida, Hafiz, Hazama, Forteen, Rossa dan ramai lagi.
 
KREDIT : KOSMO
Ini adalah edisi kedua selepas ianya diadakan pada tahun 2013. Temanya adalah “Muzik Untuk Semua” diangkat bagi memeriahkan lagi industri muzik tanah air. Sejumlah 7 kategori dipertandingkan seperti ;

10 Lagu Paling Popular
5 Lagu Serantau Terbaik Karaoke
Artis Baru Terbaik Karaoke
Artis Lelaki Terbaik Karaoke
Artis Wanita Terbaik Karaoke
Duo/Kumpulan Terbaik Karaoke
Muzik Video Terbaik Karaoke

Majlis akan diadakan di The Garden Theatre, Mid Valley pada 5 September 2014 ini. Undian boleh dilakukan di laman web yang disediakan DISINI.

Thursday 26 June 2014

AFIZI ROSLEE Dinobat Jejaka Pilihan DOMINASI LELAKI


KREDIT FOTO : ADIB SC PHOTOGRAPHY

Teka-teki siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Jejaka/Mister Pilihan Dominasi Lelaki akhirnya terjawab selepas jumlah undian daripada jumlah LIKE pada gambar, VOTE di laman rasmi DL dan pemarkahan yang diberikan oleh juri-juri dalaman kami sendiri yang mempunyai kepakaran dalam bidang male pageant ini. Penjurian dibuat berdasarkan beberapa kriteria yang penting seperti bentuk badan, disiplin, grooming para peserta dan beberapa kriteria lain. Markah tersebut telah ditambah dengan pungutan undian daripada peminat dan pengikut DL serta penyokong peserta pencarian Mister Planet Malaysia 2015. Undian dibuat dalam tempoh sebulan.


Dengan itu, pihak kami ingin mengucapkan jutaan tahniah dan berbesar hati menerima kunjungan tiba, Mister Sabah, Afizi Roslee sebagai Mister/Jejaka Pilihan Dominasi Lelaki 2014 atas undian yang dipungut oleh beliau telah menewaskan 15 calon dan peserta lain. Beliau telah berjaya memungut 595 mata dan sekaligus beliau dipilih menjadi Mister/Jejaka Pilihan Dominasi Lelaki 2014. Sebagai penghargaan, beliau akan muncul dalam beberapa artikel terpilih Dominasi Lelaki selama 6 bulan bermula tempoh Jun 2014 ini. Tahniah diucapkan kepada beliau. Saya sebagai admin disini, mengucapkan jutaan tahniah dan mendoakan kejayaan beliau pada masa akan datang. Ini kami lampirkan TOP3 Mister/Jejaka Pilihan Dominasi Lelaki 2014 ;

Juara Mister/Jejaka Pilihan Dominasi Lelaki : Mohd Afizi Roslee (Mister Sabah) – 595 undi
Tempat Kedua : Adam Zuan (Mister Melaka) – 578 undi
Tempat Ketiga : Afie Firdaus (Mister Johor) – 283 undi

Tempat Kedua : Adam Zuan (Mister Melaka)

Tempat Ketiga : Afie Firdaus (Mister Johor)

Wednesday 25 June 2014

Keputusan Penuh Mister Planet Malaysia 2015


Mister Planet Malaysia 2015 telah melabuhkan tirainya baru-baru ini dan menobatkan wakil Perlis, seorang jejaka dan pelajar Master jurusan Perubatan Nuklear, Nazmi Nordin sebagai juara Mister Planet Malaysia 2015. Secara tidak langsung, beliau akan menggalas nama negara ke Madrid, Sepanyol pada tahun 2015. Ini adalah tahun kedua penganjuran diadakan di Malaysia selepas wakil Kedah, Eizaaz Farez Zakaria dinobatkan sebagai Mister Planet Malaysia 2014 pada tahun lalu dan bakal ke Manila, Filipina pada tahun ini untuk berentap di peringkat antarabangsa di Mister Planet 2014. Ayuh kita lihat hadiah dan kategori sampingan yang dimenangi oleh peserta pada kemuncak Mister Planet Malaysia 2015 tempoh hari;
 
Mister Perlis & Mister Kelantan (Winner & 1st Runner Up)
2nd Runner (Mister Sarawak), 3rd Runner (Mister Pahang), 4th Runner (Mister Labuan), 5th Runner (Mister Selangor)

Mister Popular – Mister Putrajaya
Mister Photogenic – Mister Perlis
Mister Fitness – Mister Terengganu
Mister Charity – Mister Negeri Sembilan
Mister Talented – Mister Sarawak
Mister Eco Environment – Mister Kelantan
Mister Entrepreneur – Mister Terengganu
Mister Friendship – Mister Pahang
Mister Charming – Mister Kedah
Mister Physic – Mister Melaka
Mister Best Hair Style – Mister Pulau Pinang
Mister Best Catwalk – Mister Pahang
Mister Intelligence – Mister Perlis
Mister Personality – Mister Labuan
Miss Malaysia Pageant Award – Mister Terengganu
Mister Pilihan Dominasi Lelaki – Mister Sabah

Mister Popular – Mister Putrajaya
Mister Photogenic & Mister Intelligence – Mister Perlis
Mister Entrepreneur, Mister Fitness & Mister MMP Award - Mister Terengganu
Mister Charity – Mister Negeri Sembilan
Mister Talented – Mister Sarawak
Mister Eco Environment – Mister Kelantan
Mister Friendship & Mister Best Catwalk – Mister Pahang
Mister Charming – Mister Kedah
Mister Physic – Mister Melaka
Mister Best Hair Style – Mister Pulau Pinang
Mister Personality – Mister Labuan
Mister Pilihan Dominasi Lelaki – Mister Sabah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...