Thursday, 19 July 2012

Lebih SEJUTA Laman Porno DIKEKANG


JAKARTA: Menjelang bulan Ramadan, Kementerian Komunikasi dan Maklumat menjalankan operasi secara besar-besaran membanteras pornografi Internet.


Menterinya, Tifatul Sembiring semalam berkata, pejabatnya telah menutup lebih satu juta laman porno baru-baru ini, yang semuanya beroperasi dari luar negara dan mensasarkan lebih banyak laman pada bulan depan. “Kami akan menyekat lebih banyak laman porno ketika Ramadan walaupun ia tidak bermakna kami akan membenarkan laman seumpamanya beroperasi pada waktu lain sepanjang tahun,” katanya kepada wartawan di pejabatnya.

Ahli politik daripada Partai Keadilan Sejahtera (PKS) itu mendedahkan terdapat kira-kira dua bilion laman web yang mempunyai kandungan pornografi. Menurutnya, pembabitan masyarakat dalam mengekang pornografi Internet adalah penting.

“Saya menyeru rakyat dari mana saja supaya memaklumkan kepada kami jika mereka menemui sebarang laman web porno, supaya kami dapat memeriksanya. Pornografi Internet adalah satu industri dan produsernya selalu mencari cara baru untuk mengelak daripada dikesan.
sumber : Harian Metro 19/-7/2012






Wednesday, 18 July 2012

Siti Nurhaliza vs Berlian....!


PESONA BERLIAN...! SITI NURHALIZA VS BERLIAN..! haaaa, apakah yang terlintas di fikiran anda apabila pertama kali anda membaca title entry nie..? pasti anda tertanya2 kan..? adakah album bertemakan berlian..?? adakah Dato’ Siti membeli berlian..?


SEMUANYA AKAN TERJAWAB tidak lama lagi dalam post DL akan datang..! yang pasti SITI NURHALIZA VS BERLIAN akan ‘MENGHANTUI’ anda..! nantikannya..!

Saturday, 14 July 2012

Selamat Pengantin Baru Ikon Gadis Melayu Musim Kedua


SELAMAT PENGANTIN BARU..! tahniah DOMINASI LELAKI ucapkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, 52 apabila beliau bergelar suami kepada Juara Gadis Melayu Musim Kedua, Nur Syafiqa Amirol Melvin, 23 atau manis disapa Fiqa.


Fiqa menerima sembilan hantaran dan dibalas dengan 11 hantaran oleh pihak lelak. Fiqa yang baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Sarjana Muda Sains Mikrobiologi kelihatan lega apabila majlis ini berjalan dengan lancar. Mereka menyulam cinta selama setahun setelah diperkenalkan oleh kenalan sebelum mereka berhubung melalui telefon. Mereka selamat diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan di Taman Seri Semarak semalam.

Kredit gambar ini daripada Zulkifli Idris Photography & terima kasih kepada BeautifulNara.

DOMINASI LELAKI : tahniah sekali lagi DL ucapkan, semoga mahligai cinta yang dibina ini akan berkekalan sehingga akhir hayat...

Friday, 13 July 2012

Siti Nurhaliza ANGGUN di Fesyen 5STAR


Baru–baru ini penyanyi no.1 negara Dato’ Siti Nurhaliza dijemput bagi memeriahkan & antara jemputan khas pada acara pertunjukan fesyen 5 Star yang telah dijalankan & berlangsung di Muzium Tekstil Negara dengan jayanya. Ramai lagi selebriti memeriahkan majlis tersebut seperti Nur Fazura, Natasha Hudson, Ziana Zain, Ning Baizura, Tasha Shila & ramai lagi. Pertunjukan fesyen tersebut adalah ilham dari Koleksi Raya 2012 dari 5 pereka fesyen tersohor, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, Hazwani Osman & Zery Zamry. Kredit foto ini dari photographer Ryaniez Moments Photography 










DOMINASI LELAKI : kredit kepada BEAUTIFULNARA atas infonya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...